CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1810|Reply: 14

[Tempatan] 42 cedera bas terbalik dalam longkang

  [Copy link]
Post time 12-5-2024 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Anggota bomba memeriksa bas persiaran yang terbalik di Kilometer 265 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di Ipoh, pagi tadi. - Foto ihsan Bomba Perak





IPOH: Sebuah bas persiaran dinaiki 41 penumpang dipercayai dalam perjalanan menghadiri majlis keagamaan terbalik selepas terbabas di Kilometer 265 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, pagi tadi.

Dalam nahas dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 7.28 pagi itu, semua mangsa serta pemandu bas mengalami kecederaan, namun kebanyakannya hanya cedera ringan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata sebaik menerima laporan, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya dihantar ke lokasi dengan dibantu anggota BBP Kuala Kangsar.

Selain bas berkenaan, katanya, sebuah kereta turut terbabit dalam kejadian itu, namun pemandunya tidak cedera.

"Berdasarkan maklumat awal, bas berkenaan dalam perjalanan dari Kupang, Kedah menuju Ipoh membawa penumpang bagi menghadiri upacara keagamaan, namun terbabas apabila memasuki longkang di sisi bahu jalan.

"Semua mangsa cedera selepas bas terbalik ke dalam longkang, dibawa ke hospital dengan kebanyakan daripada mereka cedera ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) selain ambulans Kementerian Kesihatan (KKM).

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 12:49 PM | Show all posts
cek cctv kot2 ada salah laku dreba
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas Pesiaran selalu bawa laju.

Cash on the spot
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib semua hanya cedera ringan
hrp siasat la punca kejadian
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti bawak laju kona leper la tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bas persiaran apa ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Driving sambil layan tiktok ke
Jalan camtu luas, longkang jg yg dituju
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Keagamaan apa tu? Melawat tokong ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas terowong ke ni turun bukit..time tu jln licin baru lepas ujan
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun cedera ringan, tapi masa terbalik tu kesian kebykan warga emas kan , bertindih2 dgn brg lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Belah utara ni berbukit gunung ganang takut la dahla bas mostly takde seatbelt
Teringat dulu2 ada accident bas double decker yg mangsa twins depa duk belah bawah langgar divider cut the bas in half nauzubillah
I naik bas nak selatan jb or mersing je tak takut jalan flat je huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak elak area selatan ipoh yg selalu accident tu, boleh lalu WCE . kalau dari selatan kena lalu dari sg besar/ sekinchan , keluar kat trong (taiping) ... i kalau naik motorhome mmg lalu wce sambil2 singgah tengok sawah padi
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Uikk..br mlm tadi aku lalu situ..balik dari kulim anta anak. Mlm tadi memang hujan area situ jln basah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak dari gambar macam ramai atok nenek. Kesian la pulak tergolek masuk longkang.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2024 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan mereka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058415 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list