CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6040|Reply: 13

[Tempatan] Lagi pokok tumbang menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

[Copy link]
Post time 13-5-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 13-5-2024 06:09 PM

KUALA LUMPUR – Kejadian sebuah lagi pokok tumbang di Jalan Pinang berhadapan Kuwait Bank, di sini kira-kira pukul 3.30 petang tadi hampir mengenai kenderaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
  


Bagaimanapun, keadaan beliau dan kenderaan yang dinaiki jenis Lexus 350 dilaporkan dalam keadaan selamat.

Menurut Pegawai Media Ketua Menteri Melaka, Shahnor Samsudin, ketika kejadian, rombongan Ab. Rauf yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara sedang melalui kawasan tersebut untuk menghadiri satu urusan rasmi di ibu kota.

“Rombongan kami (Ketua Menteri) sebanyak empat kenderaan baru sahaja tiba dari Melaka. Kejadian tu betul-betul berlaku depan mata. Selang sebuah kereta sahaja.

“Kereta Ketua Menteri terselamat tetapi kereta pengiring polis jenis Proton X70 yang berada hadapan sekali turut terkena pokok yang tumbang.

“Setakat ini anggota dalam kenderaan terselamat, cuma cermin belakang kereta pengiring itu habis pecah. Keadaan belakang kereta juga kemek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Shahnor, sebelum kejadian, dia dan pegawai-pegawai yang lain di dalam kenderaan terdengar satu bunyi kuat, seakan-akan sesuatu mahu jatuh dan tumbang.

“Kebetulan ketika kejadian saya dan pegawai lain memang sedang berborak tentang pokok tumbang sebab keadaan masa tu memang hujan yang sangat lebat.

“Sekelip mata sahaja betul-betul jadi depan mata dan terkena kereta jenis MPV Vellfire warna merah depan kami. Bagaimanapun, kenderaan itu bukan salah satu daripada rombongan kami.

“Mula-mula panik ingat kereta Ketua Menteri turut kena, tetapi alhamdulillah beliau selamat. Kami juga selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

KUALA LUMPUR – Sebuah pokok dilaporkan telah tumbang dipercayai menghempap kenderaan di Jalan Pinang, hadapan Kuwait Bank, di sini, hari ini.
  




Susulan kejadian itu, laluan tersebut terpaksa ditutup sementara bagi proses pembersihan.

Menerusi video tular di laman Facebook, dimaklumkan sebuah kenderaan turut dihempap dalam kejadian tersebut.

Bagaimanapun, pihak Kosmo! masih mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa mengenai kejadian itu. – KOSMO! ONLINE.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kena vvip Ni cepat sikit viral nya
Tindakan mesti pantas
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduh... Ruginya rakyat Tanjung Bidara... Almost.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 06:17 PM | Show all posts
Perwira2022 replied at 13-5-2024 06:10 PM
Aduh... Ruginya rakyat Tanjung Bidara... Almost.

Hahaha.. Jangan pakkk.. Bini dia lawo pakkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya sekarang ni musim angin hujan kuat
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
mak oi obes nya
itu ke KM kome??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini abd rauf ni nampak jauh muda drpd dia,bini baru ke bini bernombor atau tu mmg satu2nya bini dia eh
Mcm pemes gak kat ig bini dia tu,
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 13-5-2024 08:31 PM
Bini abd rauf ni nampak jauh muda drpd dia,bini baru ke bini bernombor atau tu mmg satu2nya bini dia ...

Tu bini muda
Bini tua putih2 jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
tetiap hari hujan+ribut angin kuat belah petang skrg ni. kat area umah iols pun sama, bergegar2 sliding door.
mujur takde kemalangan jiwa lg
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahhh.. Kalo innalillah harus mlm ni OT kasi clear terus suma pokok² rendang berisiko tumbang jatuh atas vvip
Esok panas molep key el pokok dh togel blake
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis la pokok kena tebang, makin panas la dunia
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat le tu nanti pokok2 ditebang. Elok gak le ganti yg rendah2 je cuma jgn menghalang pandangan mata udah le
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ketua menteri melaka yg obese tu ke? yg pandai jilat ponorogo terus jd kmm kan walaupun obes. nk gelak takut dosa
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 07:48 AM | Show all posts
Malaysia nie cukup suka tanam pokok yg boleh membesar tahap melampau di sepanjang jalan. x sesuai. siapa la juru landskap yg bagi cadangan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070469 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list