CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2827|Reply: 1

[Dunia] AI hentam, jejaskan peluang kerjaya ibarat 'tsunami' - IMF

[Copy link]
Post time 14-5-2024 01:53 PM | Show all posts |Read mode
AI hentam, jejaskan peluang kerjaya ibarat 'tsunami' - IMF

https://www.bharian.com.my/dunia ... -ibarat-tsunami-imf

Mei 14, 2024 @ 11:46am


Logo Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dilihat di luar bangunan ibu pejabat di Washington, Amerika Syarikat (AS). - Foto REUTERS

ZURICH: Kecerdasan buatan (AI) melanda pasaran buruh global seperti 'tsunami', kata Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva.

Pada satu acara di Zurich, beliau menjelaskan bahawa AI mungkin memberi kesan terhadap 60 peratus pekerjaan dalam ekonomi maju dan 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Kami hanya mempunyai sedikit masa untuk menyediakan orang ramai dan sektor perniagaan untuk menghadapinya.

"Ia boleh membawa peningkatan produktiviti yang luar biasa jika kita menguruskannya dengan baik.

"Bagaimanapun, ia juga boleh membawa kepada lebih banyak maklumat salah dan sudah tentu lebih banyak ketidaksamaan dalam masyarakat kita," katanya pada acara anjuran Institut Kajian Antarabangsa Switzerland, yang dikaitkan dengan Universiti Zurich.

Tambah Georgieva, ekonomi dunia menjadi lebih terdedah kepada kejutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, antaranya kerana pandemik global pada 2020 dan perang di Ukraine.

Walaupun beliau menjangkakan lebih banyak kejutan, terutama disebabkan oleh krisis perubahan iklim, sebaliknya AI kekal berdaya tahan.

Sepanjang ucapannya, beliau dicemuh oleh aktivis yang menggesa tindakan terhadap perubahan iklim dan menangani beban hutang di negara membangun.

"Kita tidak berada dalam kemelesetan global, tahun lalu terdapat kebimbangan bahawa kebanyakan ekonomi akan merudum, namun itu tidak berlaku.

"Inflasi yang melanda kita dengan daya yang sangat kuat sebelum ini, kini sedang berkurangan hampir di mana-mana," katanya.

Jelas beliau, AI dijangka menimbulkan risiko kepada keselamatan pekerjaan di seluruh dunia, namun menawarkan 'peluang besar' untuk meningkatkan tahap produktiviti dan merangsang pertumbuhan ekonomi global.

"Pekerjaan mungkin hilang sama sekali, sesuatu yang tidak bagus, atau AI boleh meningkatkan sektor pekerjaan. Jadi, anda sebenarnya akan menjadi lebih produktif dan tahap pendapatan mungkin meningkat," kata Georgieva.

Pengerusi Bank Negara Switzerland (SNB), Thomas Jordan, yang turut berucap pada majlis itu, berkata usaha menentang inflasi di Switzerland kini jauh lebih maju.

Inflasi meningkat kepada 1.4 peratus pada April, bulan ke-11 berturut-turut kenaikan harga berada dalam julat sasaran SNB antara 0 hingga dua peratus.

"Tinjauan untuk inflasi adalah lebih baik. Nampaknya untuk beberapa tahun akan datang, inflasi mungkin benar-benar berada dalam julat kestabilan harga yang sama," katanya. - REUTERS

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk ingatkan AI anwar ibrahim.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057360 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list