CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19345|Reply: 92

Azad Jazmin Mahu Teruskan Saman Terhadap Faezah Elai?

[Copy link]
Post time 12-8-2011 09:00 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by achik2009 at 12-8-2011 09:01

by Li Ee Kee | 11 Aug 2011



Rasanya sudah ramai yang maklum, pelakon cantik, Faezah Elai telah pun mengumumkan yang dia akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan pilihannya, Heykal Hanafiah pada 9 September hadapan. Walaupun sebelum ini masing-masing menafikan percintaan mereka, tetapi pengumuman yang dibuat pada Selasa lalu menjawab segala teka-teki.

Dengan perkembangan terkini, GUA terpanggil untuk menghubungi bekas kekasih Faezah Elai, Azad Jazmin untuk mendapatkan komen daripadanya. Ini kerana pelakon filem ‘Ngangkung’ ini pernah memberitahu yang dia akan menyaman Faezah seandainya pelakon ini membuat pengumumuan untuk berkahwin dengan Heykal.

“Saya pun baru tahu tentang pengumuman ini. Kalau ikutkan hati memang saya mahu menyaman terus Si dia, tetapi saya perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu. Jadi, saya tidak boleh ulas lanjut. Peguam saya pun sudah nasihatkan supaya jangan beri sebarang kenyataan. Biar peguam saya buat semakan dahulu. Selepas itu barulah saya akan ceritakan tindakan selanjutnya. Mengikut perbincangan awal dahulu, peguam saya maklumkan ada 20 perkara yang boleh dijadikan kes.

"Walau apa pun saya gembira dan puas hati dengan berita ini. Ia membuktikan dakwaan saya sebelum ini adalah benar. Saya tidak mereka-reka cerita. Memang dia punya alasan sendiri, tetapi saya percaya peminat bijak untuk menilai,” ulas Azad.

Ditanya mengapa dia begitu beria-ia mahu menyaman Faezah, Azad menjelaskan dia mahu membersihkan imejnya yang telah tercalar.

“Saya bukan mahu malukan dia, tetapi saya mahu membersihkan nama dan imej saya yang sudah tercalar. Selepas kontroversi itu tercetus, ramai yang mula salah sangka dengan saya. Apabila saya berjalan di luar, ada peminat yang secara terang-terangan mengutuk saya. Mereka kata saya sengaja mahu jatuhkan dia. Selain itu, selepas kes itu juga, saya kurang dapat tawaran berlakon, Mungkin penerbit tidak mahu ambil risiko. Selepas kes ini reda, barulah saya dapat beberapa tawaran berlakon kembali,” ujar Azad lagi.

Rakam lagu dengan Eira Syazira

Dalam perkembangan lain, Azad rupa-rupanya baru selesai merakamkan single duet bersama teman wanitanya, Eira Syazira. Single berjudul "Lagu Jiwa" ini akan dimuatkan dalam album pertamanya yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Selain lagu duet ini, saya juga sudah rakamkan dua lagu yang lain iaitu "Bungaku Cintaku" dan "Ku Tunggu Di Kuala Lumpur".  Kedua-dua single ini kita akan lancarkan dahulu sebelum album. Sama juga dengan lagu duet tadi,” ujar Azad.

Sebelum mengakhiri perbualan, Azad sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang selama ini banyak memberi sokongan dan memahami situasi yang dialaminya.



Credits: gua.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 09:08 AM | Show all posts
all the best to both of u naa.. masalah bile ex bertembung ngan ex...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:11 AM | Show all posts
xyah lah saman... kebenaran berpihak pada yg benar pun dah cukup... org tau la sapa yg propa sebenarnya... hang teruskan cinta hang dgn eira...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:11 AM | Show all posts
Ape problem dorang nih sebenarnya??
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:13 AM | Show all posts
... btol la die cakap selama neh faezah ada hubungan ngan heykal..tp faezah perampas ngan lantang nyer tuduh azad memacam...dasar pompuan murah...

dah salah tuh ngaku jeh la..motip turn around bagai..last2 ko umumkan jugak ko nak kawen ngan laki orng tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:13 AM | Show all posts
ingat kan dah abes dah isu nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2011 09:14 AM | Show all posts
saman jeh uols..bia orng tau plak si hipokrit faezah tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:15 AM | Show all posts
lupakan je la benda yg dh lepas..
hang stay ja dgn eira tuh..
suma pun dah taw sapa yg propa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 09:15 AM | Show all posts
aik..xsangka btl faezah akn bkahwin dgn HH u..wa keciwa ooo....bkn apa2 dia mati2 menafikan hubungan tersebut...aku mnt kat faezah ni comelll..p tu lah.xbole ke ambik yg up ckit dari HH tu??muka u kan lawa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:16 AM | Show all posts
saman saman. dapat duit boleh terus meminang eira. hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:38 AM | Show all posts
btw sore mamat ni sedap!
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:41 AM | Show all posts
saman sajork pompan itew......berlagak suciiiiiii sgt x rampas laki org
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:48 AM | Show all posts
Haish mcm2 dunia hiburan ni kan.. Malu sket saman, nk bersihkan name saman.. Ermmm saman sana saman sini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:49 AM | Show all posts
baik wat hal sdiri la..masing2 pn da jmpa pasangan idup da..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:55 AM | Show all posts
tak follow sangat kes derang...tapi tak yah la kot nak saman..sebab semua dah tau sapa ikut jalan bengkang bengkok..sapa ikut highway..huhuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 09:56 AM | Show all posts
saman je.
esok keluar pula kenyataan minat tu nak saman kau pulak
saman sana, saman sini
ujung2 siapa pun tak bayar saman
propa je lebih
konon nak jaga imej
ada ke imej
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2011 10:02 AM | Show all posts
ex bertembung ex jadi xXx kot abe shamsik ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:06 AM | Show all posts
iols ketinggalan monorel ni... apsal mamat ni nak saman minah tu yekk...?????
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:08 AM | Show all posts
Aku minat mamat ni...Penang mariiii....awek dia pun lawa si iera tu...tp kes dia dgn si faezah ni aku xtau....kes apooo???????
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2011 10:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by pipigebu at 12-8-2011 10:42

ai suka mamat penang ni tp x suka awek dia tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064840 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list