CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Syria sedia undur kereta perisai

[Copy link]
Post time 4-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Liga Arab mahu keganasan terhadap penunjuk perasaan dihenti, tamat krisis politik\rKAHERAH: Syria menerima cadangan Liga Arab yang menggesa ia mengundurkan kereta perisai dari jalan raya dan menghentikan keganasan terhadap penunjuk perasaan dalam usaha menamatkan krisis politik negara itu yang berlanjutan selama tujuh bulan, persetujuan yang dipandang skeptikal oleh pembangkang.\r\n\n\n\n\rSelepas pengumuman kelmarin, Menteri Luar Qatar, Hamad bin Jassim, menggesa Damsyik mematuhi cadangan itu dengan bertindak di tengah kebimbangan Syria meneruskan tindakan keras ke atas penunjuk perasaan antikerajaan di sebalik kecaman antarabangsa dan janji melakukan perubahan.\r\r\n\n\n\n\nAktivis Syria yang kini berada di Amerika Syarikat, Najib al-Ghadban, yang juga anggota pembangkang, Majlis Kebangsaan Syria, berkata pelaksanaan inisiatif itu bermakna berakhirnya rejim dan Presiden Bashar al-Assad tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.\r“Apa yang berlaku hari ini cuma cubaan mendapatkan lebih banyak masa. Rejim ini dikenali kerana tipu daya dan memberikan janji dan tidak melaksanakannya,” kata al-Ghadban kepada The Associated Press. \rDalam keganasan terbaru, tembakan mesingan dan letupan kedengaran di bandar raya yang menjadi pusat kebangkitan rakyat Syria ketika aktivis melaporkan dua serangan kejam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang dalam masa 24 jam, walaupun tidak jelas siapa mendalangi serangan.\rUsaha Liga Arab mencerminkan keinginan kuat kumpulan itu untuk mengelak melihat seorang lagi pemimpin Arab ditumbangkan secara ganas dan diseret di atas jalan raya, seperti yang berlaku kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, bulan lalu. Keputusan Liga Arab membuka jalan kepada serangan udara NATO yang membantu menjatuhkan Gaddafi. \r\n\n\n\n\rSyria bersetuju untuk mengundurkan semua kereta kebal dan kereta perisai dari jalan raya, menghentikan tindakan ganas terhadap penunjuk perasaan, membebaskan semua tahanan politik dan memulakan dialog dengan pembangkang dalam masa dua minggu, menurut cadangan itu. Syria juga bersetuju membenarkan wartawan, kumpulan hak dan wakil Liga Arab memantau keadaan di negara itu.\rBagaimanapun masih tidak pasti  sama ada kerajaan bersetuju melaksanakannya. Aktivis laman web sosial menggesa perarakan besar-besaran diadakan di seluruh Syria untuk menguji komitmen kerajaan kepada rancangan Liga Arab, walaupun tidak menyatakan tarikh tertentu.\rBerpuluh-puluh  orang juga mengadakan bantahan di luar ibu pejabat Liga Arab di Kaherah ketika Menteri Luar negara anggota mengadakan pertemuan kelmarin, mengibarkan bendera Syria dan melaungkan slogan menentang Assad.\rCadangan tidak menyatakan di mana dialog antara pihak berkuasa dan pembangkang akan diadakan. Diplomat Arab yang terbabit dalam proses berkenaan berkata mereka mencadangkan di Kaherah manakala wakil Syria bertegas mahukan dialog diadakan di Damsyik. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.063003 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list