CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115|Reply: 0

Jepun belum ada pelan hapuskan sisa radioaktif

[Copy link]
Post time 5-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Jepun dilaporkan berjaya menstabilkan loji nuklear yang terjejas berikutan tsunami tetapi kini berdepan  krisis lain iaitu persoalan mengenai  apa  akan dilakukan dengan semua sisa radioaktif yang dihasilkan daripada bencana alam itu.\rMenteri krisis nuklear negara itu, Goshi Hosono, semalam berkata Jepun  belum mempunyai satu pelan menyeluruh bagaimana untuk melupuskan semua sisa terbabit yang terkumpul sejak gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu.\r\n\n\n\n\rHosono memberikan penilaian itu selepas kerajaan mengumumkan sejumlah 900 bilion yen (RM35.87 bilion) yang diperuntukkan bagi membantu pengendali loji menampung kos besar pemulihan tanpa mengalami kerugian. Pegawai menolak kritikan bahawa peruntukan itu sebagai satu bayaran penyelamat, menekankan bahawa wang terbabit daripada dana bersama pengendali loji dengan sumbangan kerajaan yang perlu dibayar balik.\r\r\n\n\n\n\n   Bencana yang membunuh hampir 20,000 penduduk di sepanjang pantai timur laut Jepun itu menarik perhatian dunia sebagai kemalangan nuklear terburuk selepas Chernobyl, mencetuskan peleburan, kebakaran dan kebocoran radiasi di stesen kuasa nuklear Fukushima Dai-ichi di timur laut Tokyo.\rPihak berkuasa berkata,  hampir lapan bulan kemudian  loji terbabit berada dalam keadaan stabil dan kebocoran semakin kurang berbanding awal krisis terbabit. Mereka berharap mencapai ‘cold shutdown’ di mana suhu reaktor di bawah 100 darjah Celsius sehingga akhir tahun ini. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.065103 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list