CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Bangkok terus bah sebulan lagi

[Copy link]
Post time 9-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Angka korban banjir meningkat 527,   Yingluck batal hasrat  ke sidang APECBANGKOK: Banjir di Bangkok diramalkan berterusan sebulan lagi dan dilaporkan mula memasuki kawasan Soi Yothin Pattana 3 menuju kediaman Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berhampiran lebuh raya Ramintra-Ekkamai di daerah Lat Phrao.\n\n\n\nMenteri Tenaga Thailand, Pichai Naripthaphan, berkata  Bangkok berkemungkinan terus dibanjiri sehingga sebulan tetapi turut meramalkan paras air menurun pada pertengahan bulan depan.\n\n\n\n\nBanjir itu juga memaksa Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra membatalkan kehadiran dalam sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Hawaii hujung minggu ini.Pengumuman berkenaan dibuat ketika angka kematian daripada bencana sejak tiga bulan lalu meningkat kepada 527 orang dan banjir semakin menenggelamkan ibu negara Thailand.Yingluck yang pertama kali berhadapan dengan krisis menguji kepimpinannya merancang untuk memberi taklimat ringkas kepada pemimpin APEC mengenai krisis berkenaan.Tetapi, beliau membuat keputusan untuk menghantar timbalannya, Kittirat Na-Ranong yang juga Menteri Perdagangan ke APEC.\n\n\n\nYingluck juga akan berbincang dengan Kabinetnya sama ada untuk menghadiri satu perhimpunan pemimpin Asia Tenggara di Bali, minggu depan.Akhbar The Nation melaporkan, banjir yang kian buruk semalam memaksa lebih ramai penduduk Bangkok berpindah selain turut mengancam terputusnya laluan utama Rama II. Arahan berpindah terbaru dikeluarkan kepada penduduk di Bang Chan di daerah Klong Sam Wa, di Bangkok.Sehingga kini arahan berpindah membabitkan 15 daripada 50 daerah di Bangkok. Banjir disifatkan amat serius di mana sekurang-kurangnya 12 daerah menyaksikan semua penduduk dinasihatkan meninggalkan kediaman. Bagaimanapun, tidak semua penduduk  setuju berpindah.Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra berkata kira-kira 800,000 penduduk memilih untuk terus tinggal di kediaman mereka yang teruk dilanda banjir.“Kami cuba membantu mereka dengan menghantar barangan bantuan,” katanya.Sementara itu, Bangkok Post melaporkan, Pasukan Operasi Bantuan Banjir (FROC) menubuhkan sebuah panel bagi menyiasat dakwaan bahawa bekalan bantuan yang diperuntukkan kepada mangsa banjir terlalu mahal.Jawatankuasa tujuh ahli dipengerusikan oleh setiausaha sementara perdagangan Yangyong Phuangrach dilantik oleh pengarah FROC, Pracha Promnok yang mahu keputusan diperoleh dalam masa tiga hari.Siasatan adalah berikutan dakwaan luar biasa selepas aduan melalui media sosial dan parti pembangkang, Parti Demokrat mengenai harga terlalu tinggi bagi beg bantuan yang bernilai 800 baht (RM81) setiap satu.Kebanyakan penduduk tidak percaya barangan yang kebanyakan adalah makanan dalam tin berharga terlalu tinggi. Beg bantuan bernilai 800 baht itu dikatakan sama kandungannya dengan beg bantuan yang dihasilkan sendiri FROC bernilai 300 baht (RM30) setiap satu.Yingluck yang bimbang mengenai berita berkenaan berkata, sebarang perbuatan salah tidak sepatutnya berlaku ketika beribu-ribu rakyat Thailand menderita banjir. – Agensi/AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.124836 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list