CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112|Reply: 0

Palestin perlu satu undi lagi

[Copy link]
Post time 10-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Luar dedah masalah dapat  sokongan di Majlis Keselamatan  PBBRAMALLAH: Pemimpin Palestin buat kali pertama mengaku tidak mendapat sokongan mencukupi dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mengiktiraf negara Palestin yang merdeka.Kenyataan itu dikeluarkan ketika Majlis Keselamatan PBB menerima laporan menyebut belum ada kata sepakat di kalangan 15 negara anggotanya mengenai permohonan menjadikan Palestin anggota baru badan dunia itu.\n\n\n\nSembilan undian diperlukan untuk kelulusan tetapi mana-mana lima negara anggota boleh menggunakan kuasa veto iaitu Amerika Syarikat, Russia, China, Perancis dan Britain.\n\n\n\n\nAmerika dan Israel menegaskan negara Palestin hanya boleh wujud menerusi rundingan.Menteri Luar Palestin, Riad Malki, memberitahu agensi berita kelmarin: “Jelas sekarang, kami tidak akan memperoleh sembilan undi kerana campur tangan Amerika.”Namun, mereka masih boleh memohon kepada Perhimpunan Agung PBB. Palestin memulakan usaha mereka di PBB September lalu, membayangkan kemarahan berhubung rundingan damai dengan Israel tergantung.Terdahulu, 15 negara anggota Majlis Keselamatan tidak mencapai kata sepakat berhubung permohonan Palestin menganggotai PBB, menurut deraf laporan   diedarkan kelmarin.\n\n\n\nLaporan empat muka surat itu yang diperoleh Associated Press menyebut anggota majlis terbahagi antara mereka yang menyokong keanggotaan Palestin, mereka yang tidak dapat menyokongnya sekarang dan mereka yang menentang kerana percaya permohonan tidak memenuhi kriteria keanggotaan.Selepas menilai deraf laporan, Duta Portugal ke PBB, Jose Filipe Moraes Cabral, yang menjadi Presiden Majlis Keselamatan, merumuskan jawatankuasa kemasukan tidak dapat membuat cadangan sebulat suara kepada Majlis Keselamatan.Lima belas negara anggota itu, yang mengandungi jawatankuasa kemasukan, diberi deraf berkenaan untuk menilai dan diminta memberikan sebarang cadangan menjelang semalam.“Kami akan   meneliti sama ada akan memindanya lagi,” kata Duta Perancis ke PBB, Gerard Araud.Jawatankuasa kemasukan penuh dijangka mengadakan pertemuan esok, dan diplomat berkemungkinan meluluskan deraf berkenaan dan menghantarnya kepada Majlis Keselamatan. Apa yang akan berlaku seterusnya masih samar.Salah satu penyokong Palestin dalam majlis berkenaan, berkemungkinan Lubnan atau Afrika Selatan, akan menyerahkan resolusi mencadangkan keanggotaan Palestin diundi dalam badan itu, kata diplomat  yang enggan dikenali. Bagi membolehkan resolusi itu diterima majlis, ia memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan mesti mengelak veto daripada mana-mana anggota tetap iaitu Amerika, Russia, China, Britain dan Perancis. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.086603 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list