CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Ikhwanul Muslimin sasaran baru penggodam Anonymous

[Copy link]
Post time 12-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Kumpulan penggodam Anonymous yang sebelum ini melakukan tindakan terhadap pengedar  dadah Mexico dan pasukan keselamatan Israel kini menemui sasaran terbaru, kumpulan Ikhwanul Muslimin Mesir.\r“Ikhwanul Muslimim menjadi satu sasaran kepada kebangkitan yang diperjuangkan Mesir. Mereka cuba memusnahkan kedaulatan penduduk Mesir dan juga negara lain termasuk Amerika Syarikat,” kata kumpulan itu dalam satu kiriman ke YouTube\r\n\n\n\nKumpulan  terbabit yang menggelarkan operasi mereka ‘OpBrotherhood’ dan menjanjikan sasaran halaman web utama Ikhwanul Muslimin, Ikhwan Online pada Jumaat 6 petang waktu Greenwich. Halaman terbabit mungkin menjadi sasaran perkhidmatan pengagihan penafian (DDoS) serangan.\r\rSerangan terhadap Ikhwanul Muslimin Mesir akan menjadi acara menarik bagi Anonymous. Serangan penggodam itu menunjukkan sokongan terhadap penduduk Palestin dan mungkin menyerang pelayan kerajaan Israel sepanjang hujung minggu. (Israel menafikan  pelayan mereka turut diserang).\r\n\n\n\n\n\rSeorang  ahli Anonymous, “Sabu” turut mempunyai bendera pergerakan Islam Palestin Hamas yang dijadikan ikon Twitter beliau.\rBagaimanapun Anonymous tidak berbelah dalam menyokong kebangkitan di Semenanjung Arab yang menggulingkan pemimpin Tunisia, Mesir dan Libya tahun ini. \rIkhwanul Muslimin, pertubuhan politik Mesir sejak sekian lama pada awalnya melakukan demonstrasi besar-besaran menentang Presiden Hosni Mubarak yang bermula lewat Januari. Sokongannya kemudian menjadi penting kepada kejayaan pergerakan 11 Februari.\r“Ikhwan Muslimin bermula sebagai  kumpulan kebajikan penduduk dengan niat yang adil dan saksama. \r“Namun, beberapa dekad berlalu, rasuah merampas misi baiknya dan berpaling kepada organisasi  gilakan kuasa untuk mengambil alih negara berdaulat Arab,” kata video Anonymous. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.059785 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list