CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 150|Reply: 0

Thailand sambut Loy Krathong dalam bah

[Copy link]
Post time 12-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk diminta tak hanyut tanglung, elak kebakaranBANGKOK: Sahattaya Vitayakaseat meletakkan bot kecil berbentuk mahkota yang dibuat daripada daun pisang dan bunga ke dalam air keruh lalu membiarkan ia hanyut ke arah bangku di taman yang ditenggelami Sungai Chao Phraya. \rBeliau kemudian memejamkan mata dan berdoa, dengan diam merayu kemaafan daripada Dewi Air  yang dipercayai bertanggungjawab menyebabkan banjir selama tiga bulan yang membunuh lebih 500 orang.\r\n\n\n\n\r“Saya tidak bercadang keluar malam ini kerana terlalu banyak kesedihan dan kehilangan. Namun ini adalah peluang untuk menghanyutkan  kesengsaraan kami,” kata Sahattaya, 45, kelmarin ketika negara itu meraikan Loy Krathong, pesta bulan penuh yang diadakan setiap tahun apabila musim hujan tiba di penghujung.\r\r\n\n\n\n\nRakyat Thai percaya bot dengan lilin bernyala diletakkan di dalamnya yang dilancarkan ketika cuti Loy Krathong boleh menolak nasib malang, membolehkan kehidupan baru muncul. Namun tradisi tahun ini, yang bermula ratusan tahun lalu dilakukan untuk menghormati air itu sendiri.\rBanjir disebabkan berbulan-bulan menerima hujan lebat melanda negara itu, menenggelami keseluruhan bandar raya dalam bencana alam paling buruk dalam sejarah moden Thai. Sejak beberapa minggu lalu, kawasan di luar Bangkok juga ditenggelami, memaksa penduduk meninggalkan penempatan dengan bot yang dihasilkan daripada apa saja bahan yang boleh terapung – bekas plastik, botol kosong dan buluh.\rAncaman masih belum berakhir dan Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand bertindak dengan membatalkan semua perayaan rasmi Loy Krathong di ibu kota tahun ini.\rSungai Chao Phraya yang selalunya dipenuhi puluhan ribu tanglung terapung ketika perayaan berkenaan, kelihatan gelap dan hampir kosong malam kelmarin.\r\n\n\n\n\rPihak Berkuasa Metropolitan Bangkok menggesa penduduk tidak melayarkan tanglung di sungai itu atau mana-mana zon banjir kerana bimbang ia mungkin menyebabkan kebakaran di rumah yang ditinggalkan atau menghalang longkang dan terusan yang penting membantu mengalirkan air di bandar raya dengan sembilan juta penduduk itu.\rBagaimanapun, masih ada rakyat Thai yang keluar meraikan perayaan itu, meletak kereta di seluruh Bangkok dengan peniaga menjual mi, belon dan krathong yang dibuat daripada kon air krim. Cuma satu perkara berbeza kali ini iaitu kotak derma untuk membantu mangsa banjir. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050826 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list