CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Suu Kyi mahu tanding pilihan raya

[Copy link]
Post time 13-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
YANGON: Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkemungkinan besar bertanding dalam pilihan raya kecil yang diadakan dalam masa beberapa bulan lagi, kata jurucakap partinya semalam, berikutan perubahan kepada undang-undang pendaftaran parti.\rLiga Demokrasi Kebangsaan (NLD), tidak disenaraikan tahun lalu kerana memulaukan pilihan raya, akan mempertimbangkan untuk mendaftar semula sebagai parti politik, membuka jalan kepada Suu Kyi untuk kembali ke arena politik.\r\n\n\n\n\r“NLD berkemungkinan besar  mendaftar dan Suu Kyi berkemungkinan mengambil  bahagian dalam pilihan raya kecil akan datang,” kata jurucakap parti, Nyan Win.\r\r\n\n\n\n\nTidak diketahui bila pilihan raya kecil akan diadakan tetapi ada  40 kerusi dalam dua dewan Parlimen.\rNLD menang dalam pilihan raya 1990 tetapi tidak dibenarkan memerintah, dan ia memulaukan pilihan raya tahun lalu kerana peraturan yang memaksa ia menyingkirkan anggota yang dipenjarakan. Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah ketika itu.\rBeliau dibebaskan beberapa hari selepas pilihan raya November lalu yang dikritik sebagai dipenuhi penipuan oleh Barat dan dicemari dakwaan berlaku penipuan.\rBagaimanapuni kerajaan baru yang disokong tentera mengejutkan pengkritik dengan mengadakan siri perubahan.\r\n\n\n\n\rIa termasuk penggubalan undang-undang ke atas parti politik, diluluskan oleh Presiden Thein Sein, yang memansuhkan syarat semua parti perlu setuju untuk memelihara Perlembagaan 2008 negara itu, menurut media.\rKeputusan untuk mendaftar semula NLD memang dijangka selepas 100 anggota kanan parti berkumpul di Yangon semalam untuk membincangkan langkah itu.\rNyan Win tidak memberi kenyataan mengenai kawasan  yang akan diwakili Suu Kyi, tetapi sumber parti berkata beliau akan bertanding \rdi Yangon. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.359091 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list