CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 140|Reply: 0

Maybank lancar dana ekuiti sektor tenaga bersih RM1.568b

[Copy link]
Post time 16-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MALAYAN Banking Bhd (Maybank) dan Maybank MEACP Pte Ltd dari Singapura melancarkan dana ekuiti swasta dengan saiz AS$500 juta (RM1.568 bilion) bagi menawarkan peluang kepada pelabur antarabangsa meraih manfaat daripada potensi sektor tenaga bersih dan boleh diperbaharui di Asia.\rPada masa ini, dana yang akan memberi keutamaan pelaburannya kepada projek infrastruktur jana kuasa menggunakan sumber diperbaharui itu sudah mengumpul AS$87.5 juta dengan Maybank melabur AS$50 juta, Bank Pembangunan Asia (AS$20 juta) dan International Finance Corporation (AS$17.5 juta).\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd, Tengku Datuk Zafrul Tengku Aziz, berkata dana ekuiti swasta sepuluh tahun itu disasarkan kepada pelabur institusi global dengan pelaburan minimum AS$10 juta.\r\r\n\n\n\n\n  “Dana itu akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio projek tenaga bersih di Asia Pasifik terutama di China, India, Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Laos,” katanya selepas memeterai perjanjian dan pelancaran dana itu di Kuala Lumpur, semalam.\rBeliau memeterai perjanjian itu bagi pihak Maybank manakala Maybank MEACP diwakili Ketua Eksekutifnya, Mumtaz Khan.\rTengku Zafrul berkata, dana berkenaan adalah yang pertama dikhaskan untuk tenaga diperbaharui dan bersih diterajui oleh sebuah bank di Asia Tenggara dengan tumpuan ke atas projek tenaga bersih dalam sektor seperti angin, solar, geoterma, hidro, biojisim, bahan api bio dan keberkesanan tenaga.\rBeliau berkata, dana berkenaan akan diurus bersama oleh Mayban Ventures Sdn Bhd (Maybank Ventures) dan Maybank MEACP, sebuah pengurus dana ekuiti swasta usaha sama Maybank dengan pengurus dana swasta dari Asia Pasifik dan Asia Barat.\r\n\n\n\n\rSementara itu, Mumtaz berkata, penubuhan tabung itu menterjemahkan wawasan Maybank untuk membangunkan persekitaran mapan untuk kepentingan masyarakat Asia serta sejajar wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga diperbaharui dan bersih di rantau ini.\rBeliau berkata, sektor itu mencatatkan pertumbuhan pesat dengan pelbagai peluang untuk masyarakat perusahaan kecil dan sederhana.\r“Dengan sumber asli yang ketara terutama minyak sawit, Malaysia menawarkan potensi besar membangunkan projek biogas dan biojisim dengan menggunakan sisa tanaman untuk diubah kepada tenaga dan produk lain,” katanya.\rMumtaz berkata, tabung yang disokong dan diterajui Maybank itu telah menarik minat pelabur dari negara Eropah, Scandinavia, Amerika Syarikat, Asia Barat dan Asia.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.355164 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list