CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 153|Reply: 0

Sawit penyelamat ekonomi

[Copy link]
Post time 16-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Komoditi mampu kekang kesan negatif krisis kewangan global\rINDUSTRI sawit mampu berfungsi sebagai penyelamat ekonomi negara jika berlakunya krisis ekonomi dunia, kata  Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.\r\n\n\n\n\r  Beliau berkata, bersandarkan sumbangan pentingnya kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara secara konsisten sejak beberapa tahun lalu, industri itu dilihat berkeupayaan mengekang kesan negatif yang boleh menggugat pertumbuhan ekonomi negara.\r\r\n\n\n\n\n “Sejak krisis kewangan pada 1997/98 lalu, kita boleh lihat industri sawit kekal berdaya saing sama ada dari segi pengeluaran mahupun nilai eksport berbanding sektor lain, berikutan peranan utamanya sebagai bahan penghasilan produk makanan serta produk industri lain di seluruh dunia.\r“Jadi tidak hairanlah jika permintaan minyak sawit mentah (MSM) serta produk berkaitannya terus kukuh meskipun dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.\r“Sehubungan itu, saya amat yakin, jika ketidaktentuan ekonomi global disebabkan masalah hutang kerajaan blok Eropah berterusan menjadi buruk hingga mencetuskan satu lagi krisis ekonomi dunia, industri sawit boleh memainkan peranan sebagai ‘penyelamat’ ekonomi negara,” katanya kepada media selepas merasmikan pembukaan Kongres Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2011 di Kuala Lumpur semalam.\rHadir sama, Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Seri Shahrir Abdul Samad; Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May; dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim.\r\n\n\n\n\rKetika ini, China adalah pengimport utama MSM Malaysia diikuti oleh Pakistan. Negara pengimport utama lain ialah dari Kesatuan Eropah (EU), India, Amerika Syarikat, Mesir dan Jepun.\rJumlah eksport ke negara berkenaan adalah sebanyak 11.37 juta tan atau merangkumi 68.2 peratus daripada eksport minyak sawit Malaysia tahun lalu.\rDompok berkata, bersandarkan permintaan yang menggalakkan daripada negara pengimport utama itu, eksport minyak sawit negara tahun ini dijangka melepasi paras sasaran sebanyak RM70 bilion berbanding RM62.8 bilion tahun lalu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.304350 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list