CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 129|Reply: 0

Perjanjian mata wang dimuktamad

[Copy link]
Post time 17-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Usaha sama Bank Negara, Turki galak pelaburan\rBANK Negara Malaysia dan Bank Pusat Turki semakin hampir memuktamadkan perjanjian pertukaran mata wang bertujuan menggalakkan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.\r\n\n\n\n\r Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata kedua-dua bank pusat itu  dalam proses menyiapkan beberapa aspek berhubung perjanjian terbabit.\r\r\n\n\n\n\n  “Proses kelulusan berkenaan akan membabitkan beberapa kementerian. Ia mengambil masa,” katanya pada  selepas Forum Perbankan Pusat Abad ke-21: Implikasi Ekonomi dan Kewangan Global di Kuala Lumpur, semalam.\rForum itu dibentangkan pensyarah ekonomi antarabangsa, Catholic University of Argentina (UCA), Martin Redrado yang turut dihadiri  20 anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Hadir sama, Gabenor Bank Pusat Turki, Dr Erdem Basci.\rDi bawah  perjanjian pertukaran mata wang, negara yang terbabit bersetuju menukar sejumlah mata wang pada kadar faedah dipersetujui pada tempoh matang tertentu.\rBank Negara adalah antara bank pusat pertama di dunia yang memeterai perjanjian sedemikian apabila melaksanakannya dengan China dua tahun lalu.\r\n\n\n\n\rPerjanjian itu menyediakan RM40 bilion atau 80 bilion renminbi berkuat kuasa tiga tahun bermula 2009, dan boleh dilanjutkan jika dipersetujui  kedua-dua negara.\rZeti berkata, hasil  perjanjian pertukaran mata wang antara Malaysia dan China sebelum ini  menyaksikan jumlah pertukaran mata wang kedua-dua negara amat  memberangsangkan.\r“Kami dapati pada separuh pertama tahun ini urus niaga itu merekodkan pertumbuhan dua angka berbanding mata wang tempatan,” katanya.\rSementara itu, Basci berkata pihaknya hampir bersedia untuk belajar dan mengikat perjanjian berkenaan dengan Malaysia dan juga China.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.054276 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list