CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 165|Reply: 0

Papan gentian batang sawit dikomersial

[Copy link]
Post time 17-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MPOB jalin kerjasama dengan syarikat Korea Selatan\rUSAHA berterusan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) bahan buangan sawit mula menunjukkan hasil apabila pengeluaran secara komersial Papan Gentian Berketumpatan Sederhana (MDF) daripada batang sawit (OPT) dilaksanakan baru-baru ini.\r\n\n\n\n\rIa susulan kerjasama antara agensi itu dengan syarikat Korea Selatan, Dongwha Fiberboard Sdn Bhd (Dongwha).\r\r\n\n\n\n\nMelalui usaha sama itu, MPOB membekalkan kepakaran dan teknologi yang dipatenkan kepada Dongwha yang akan mengeluarkan MDF daripada OPT itu di tiga kilangnya di Nilai, Negeri Sembilan; Merbok serta Kulim di Kedah.\rBerdasarkan kapasiti pengeluaran tiga kilang berkenaan sebanyak 1,700 meter padu sehari, syarikat itu memerlukan sumber bahan berjumlah 2,720 tan sehari.\rPelancaran pengkomersialan MDF daripada OPT itu disempurnakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok kelmarin sempena Kongres Antarabangsa Minyak Sawit (PIPOC 2011) yang berlangsung selama tiga hari di Kuala Lumpur yang berakhir hari ini.\rMPOB dalam kenyataannya pada kongres itu berkata, pengkomersialan MDF daripada OPT menunjukkan yang bahan berkenaan yang sebelum ini hanya dibuang begitu saja mempunyai nilai ekonomi tinggi dan mampu menjadi alternatif kepada kayu getah serta kayu tropika lain yang kini berdepan masalah kekurangan bekalan dan harga yang tinggi.\r\n\n\n\n\rMPOB memulakan R&D bagi pengeluaran MDF sejak 1990-an dan tahun lalu ia membina kilang percubaan sebagai pusat bagi prapengkomersialannya.\rDalam perkembangan sama, MPOB berkata, ia telah membangunkan sebanyak 48 teknologi membabitkan penggunaan biomas sawit dalam pelbagai sektor.\rSektor terbabit adalah bio-komposit, produk pertanian, produk kimia serta bio-tenaga dengan antara yang paling menonjol adalah MDF, komposit plastik automotif, briquettes dan pengeluaran selulos.\rSementara itu, Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Choo Yuen May, berkata industri sawit dijangka menyumbang RM178 bilion kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) pada 2020 melalui R&D serta inovasi yang dilaksanakan agensi itu.\rStrategi berkenaan membabitkan peningkatan pengeluaran, mekanisasi perladangan sawit, pembaikan amalan perladangan dan peningkatan pengeluaran produk dengan nilai tambah, katanya pada pembentangan kertas kerja bertajuk ‘Program Transformasi Ekonomi Negara: Peranan Industri Minyak Sawit.’\rMPOB juga katanya, berusaha membangunkan produk oleo derivatives yang mana bidang itu mampu menyumbang GNI sebanyak RM5.8 bilion pada tahun 2020.\rChoo berkata, melalui R&D yang dijalankannya, MPOB dapat meletakkan Malaysia sebagai peserta industri makanan dan produk berasaskan kesihatan di samping meningkatkan pegangan pasaran di peringkat global termasuk untuk produk halal.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:37 AM GMT+8 , Processed in 0.626752 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list