CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 130|Reply: 0

Bisnes Dunia: Saham Asia ditutup tidak menentu

[Copy link]
Post time 18-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bank di AS akan terjejas teruk jika krisis hutang Eropah  melepasi negara bermasalahPASARAN saham Asia ditutup tidak menentu semalam, masing-masing mencari hala tuju selepas sebuah agensi penarafan kredit memberi amaran bahawa bank di Amerika Syarikat (AS) akan terjejas teruk jika krisis hutang Eropah merebak melepasi negara bermasalah kewangan seperti Greece.\n\n\n\nHarga minyak berlegar di atas AS$102 setong, manakala dolar AS meningkat berbanding yen dan euro.\n\n\n\n\nIndeks Hang Seng di Hong Kong jatuh 0.9 peratus kepada 18,793.28 mata, manakala indeks Kospi Korea Selatan menokok 0.6 peratus kepada 1,867.56 mata.Indeks Nikkei 225 Jepun meningkat 0.1 peratus pada 8,475 mata, manakala penanda aras di China, Indeks Komposit Shanghai mendatar pada 2,467.67 mata.Indeks penanda aras di Singapura, Indonesia, New Zealand dan India masing-masing jatuh.“Krisis hutang negara di Eropah adalah penghalang besar pasaran ketika ini,” kata peniaga dagangan utama di Piper Jaffray Asia Securities Ltd Hong Kong, Andrew Sullivan. \n\n\n\nPasaran Asia jatuh apabila kebimbangan di Eropah memuncak berikutan kenaikan kadar pulangan bon kerajaan 10 tahun Itali sehingga hampir tujuh peratus.Ia adalah paras yang sebelum ini menyebabkan Greece, Ireland dan Portugal meminta rancangan menyelamat.Kedudukan itu juga mencetuskan kebimbangan kerana Itali dianggap terlalu besar untuk diselamatkan.Perkembangan itu disusuli amaran daripada Fitch Ratings, satu daripada tiga agensi penarafan kredit utama bahawa bank di AS akan ‘terjejas teruk’ jika krisis hutang Eropah mereka di luar negara yang berdepan masalah.Perkembangan pada Rabu itu meningkatkan kebimbangan mengenai ekonomi kewangan global.“Wabak daripada krisis hutang zon euro merebak pantas, mengancam menjadikan krisis serantau menjadi krisis global,” kata ahli strategi di Credit Agricole CIB dalam satu nota penyelidikan.Pelabur Asia juga runsing mengenai kedudukan kewangan pemaju hartanah yang dicetuskan kebimbangan terhadap penurunan harga di pasaran hartanah China yang sebelumnya rancak, kata Sullivan.Di New York kelmarin, purata perindustrian Dow Jones ditutup pada 11,905.59 mata, kerugian 1.6 peratus, dengan majoriti kerugian itu dicatatkan selepas laporan Fitch berkenaan dikeluarkan. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.649580 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list