CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 0

Laut sebar sisa radioaktif Fukushima

[Copy link]
Post time 18-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TOKYO: Sebahagian besar sisa radioaktif akibat bencana di loji nuklear Fukushima jatuh ke lautan dan merebak ke seluruh planet selepas dibawa air laut, kata penyelidik Jepun di sini semalam.\rSelain itu, pihak berkuasa mengharamkan beras dari sebuah kawasan berhampiran loji Fukushima yang membocorkan radiasi sejak musnah dalam gempa bumi dan tsunami, 11 Mac lalu.\r\n\n\n\n\rSehingga 80 peratus bahan radiasi caesium yang dibebaskan loji kuasa Fukushima Daiichi jatuh ke Pasifik dan menular ke laut lain di seluruh dunia, kata saintis di Institut Penyelidikan Meteorologi.\r\r\n\n\n\n\n“Bakinya jatuh di atas tanah di  sekitar Fukushima. Akibatnya lautan lebih tercemar berbanding darat walaupun data terkini menunjukkan pencemaran lautan disebabkan kemalangan itu di bawah paras yang menjejaskan manusia,” kata penyelidik di institut itu, Hiroshi Takahashi.\rPenyelidik berkata, bahan radioaktif termasuk caesium-137, tersebar luas apabila memasuki lautan dan setiap partikel diukur tidak sampai satu mikrometer, satu pertujuh daripada saiz sel darah merah manusia.\rMenggunakan simulasi komputer, mereka menetapkan bahan radioaktiif pertama tersebar ke timur laut melepasi timur Russia dan Alaska, sebelum masuk ke Lautan Pasifik dan sampai ke pantai barat Amerika sekitar 17 Mac lalu, kata Takahashi.\rBahan itu dipercayai menyempurnakan penyebaran seluruh dunia pada 24 Mac lalu, katanya, sambil menambah hasil kajian akan dibentangkan di pertemuan akademik di Nagoya, tengah Jepun.\r\n\n\n\n\rBeberapa kajian terdahulu, termasuk satu yang dihasilkan di Perancis bulan lalu, merumuskan kejatuhan itu dicairkan oleh arus lautan dan kecuali bagi spesies berhampiran pantai, ia tidak memberi ancaman. – Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.667220 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list