CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 109|Reply: 0

Bayar zakat tanpa wayar dilancar

[Copy link]
Post time 18-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Mudahkan pemegang kad kredit AmIslamic berurusan dengan LZSAMISLAMIC Bank Bhd, unit perbankan Islam AmBank Group melancarkan Zakat@AmIslamic Bank, iaitu saluran pembayaran zakat melalui terminal tanpa wayar yang membolehkan pemegang kad kreditnya membayar zakat di kaunter bergerak Lembaga Zakat Selangor (LZS).\n\n\n\n  Ketua Eksekutifnya, Datuk Mahdi Murad berkata pelancaran kemudahan itu adalah tambahan kepada kemudahan pembayaran zakat lain yang ditawarkan pihaknya ketika ini, iaitu menerusi potongan akaun simpanan, akaun semasa dan kad kredit menggunakan perbankan dalam talian (AmOnline) dan perbankan mudah alih (AmGenie).\n\n\n\n\n  Beliau menjelaskan, AmIslamic Bank mula bekerjasama dengan LZS sejak Disember 2002 dalam usaha memudahkan urusan pembayaran zakat di negeri itu.“Kami berharap dengan perkhidmatan tambahan ini, ia akan meningkatkan lagi jumlah pungutan zakat berbanding tahun sebelumnya,” katanya selepas pelancaran kemudahan itu di Kuala Lumpur, semalam.Mahdi berkata, AmIslamic Bank sedang berbincang dengan  beberapa lembaga zakat negeri  lain bagi memperluaskan perkhidmatan terbabit  di seluruh negara menjelang tahun depan.Mahdi  berkata, AmIslamic Bank akan melancarkan lebih banyak produk kewangan Islam inovatif bagi mengukuhkan kedudukannya dalam sektor kewangan Islam tempatan.\n\n\n\nKatanya, pihaknya menyasarkan meningkatkan sumbangan kepada pendapatan kumpulan kepada 30 peratus menjelang 2015 berbanding hanya 20 peratus sekarang.Sementara itu, Ketua Eksekutif LKS, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata dengan pelancaran kemudahan pembaya-ran zakat terbaru  ditawarkan AmIslamic, pihaknya yakin dapat mengutip RM100,000 menjelang akhir tahun ini menerusi Kumpulan AmBank.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.629040 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list