CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

KLK mahu tambah keluasan ladang

[Copy link]
Post time 19-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tinjau peluang beli tanah di luar negara\rSYARIKAT perladangan, Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) bercadang menambah  keluasan ladang sawit dan getahnya kepada 300,000 hektar daripada 250,000 hektar ketika ini dengan tumpuan kepada pembelian tanah di luar negara.\r\n\n\n\n\r  Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Lee Oi Hian berkata pihaknya kini meninjau peluang membeli tanah di Indonesia, Afrika dan Amerika Selatan.\r\r\n\n\n\n\n  Beliau berkata, peluang untuk KLK  meluaskan keluasan ladangnya ketika ini adalah lebih besar di luar negara kerana tanah bagi perladangan secara besar-besaran di negara ini semakin berkurangan dan mahal.\r“Pembelian tanah di luar negara itu kini dalam perancangan. Kami menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian,” katanya pada sidang media di Petaling Jaya semalam.\rLee berkata KLK  juga menjangkakan pengeluaran buah tandan segar (FFB) sawitnya mencatatkan pertumbuhan tahunan lapan hingga 10 peratus secara mapan dalam tempoh dua tahun akan datang berikutan peningkatan pokok matang.\rPertumbuhan itu, katanya turut disokong oleh amalan pertanian baik dan kecekapan operasi kilangnya.\r\n\n\n\n\rLee berkata, KLK juga sedang membina tiga kilang di Kalimantan Timur, Indonesia bagi menyokong peningkatan pengeluaran ladang sawitnya di situ.\rBagi segmen oleokimia, Lee berkata KLK memperuntukkan RM700 juta untuk membina kemudahan oleokimia termasuk loji alkohol berlemak dan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia yang dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun ini.\rDi samping itu, KLK juga meninjau peluang mengambil alih syarikat oleokimia pada masa depan bagi memenuhi peningkatan permintaan produk berkenaan.\rMengenai segmen hartanah, Lee menjelaskan, KLK bercadang melancarkan antara empat hingga lima fasa baru projek hartanahnya di Bandar Seri Coalfields.\rBandar berkenaan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM3.8 bilion dimajukan di kawasan seluas 400 hektar di Sungai Buloh.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.057337 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list