CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Media Prima untung RM132.7j

[Copy link]
Post time 19-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pendapatan bersih kumpulan naik lima peratus kepada RM1.19b\rMEDIA Prima Bhd, mencatatkan keuntungan  selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) sebelum ditolak perkara luar biasa sebanyak RM132.7 juta dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2011, berbanding RM110.5 juta dalam tempoh sama sebelumnya.\r\n\n\n\n\r  Margin Patami tidak termasuk perkara luar biasa kumpulan media bersepadu terbesar itu adalah sebanyak 11 peratus melebihi 10 peratus yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Bagaimanapun Patami termasuk perkara luar biasa dalam tempoh dikaji adalah RM132.6 juta, berbanding RM154.1 juta dalam tempoh sama tahun lalu yang termasuk faedah diperoleh daripada pembayaran berjumlah RM43.55 juta hasil pengambilalihan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP).\rPendapatan bersih kumpulan media itu dalam tempoh dikaji meningkat lima peratus kepada RM1.19 bilion daripada RM1.13 bilion.\rPengerusinya, Datuk Johan Jaaffar berkata, pertumbuhan berterusan prestasi kewangan kumpulan membuktikan keberkesanan semua operasi rangkaian media di bawah Media Prima yang berfungsi secara bersama dalam menyediakan penyelesaian media bersepadu dan holistik kepada penonton.\r“Kami akan terus mengharmonikan platform sedia ada bagi membolehkannya terus menyumbang keputusan positif kepada kumpulan dengan melaksanakan strategi perkongsian sumber dan promosi rentas platform,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur semalam.\r\n\n\n\n\rKeuntungan bersih rangkaian televisyen di bawah Media Prima, merangkumi TV3, ntv7, 8TV dan TV9 meningkat 30 peratus, manakala pendapatan pula naik enam peratus, sekali gus kekal sebagai salah satu penyumbang utama kepada pendapatan kumpulan.\rTV3 kekal peneraju dan mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen televisyen percuma (FTA) nombor satu negara, menjadikannya stesen televisyen tunggal yang paling kerap ditonton dengan penguasaan pasaran penonton sebanyak 28 peratus.\rPendapatan NSTP, yang mewakili media cetak Media Prima pula meningkat tujuh peratus susulan pertumbuhan kukuh hasil iklan iaitu sebanyak 17 peratus.\rPertumbuhan hasil iklan itu diterajui akhbar nombor satu yang paling banyak diedarkan di dalam negara, iaitu Harian Metro.\rPendapatan bersih segmen bahagian media luar mencatatkan peningkatan sembilan peratus, diraih daripada peningkatan empat peratus keuntungan bersih berbanding tempoh sama tahun lalu.\rRangkaian Radio Media Prima turut menunjukkan hasil konsisten dengan ketiga-tiga stesen radio, hotfm, FlyFM dan OneFM menunjukkan peningkatan kukuh dalam bilangan pendengar.\rMenurut Nielsen RAM Wave 2, 2011, Hotfm muncul peneraju dalam segmen rangkaian radio Media Prima dengan mencatatkan jumlah pendengar hampir 3.6 juta sehari.\rSementara itu, Pengarah Urusan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin berkata, prestasi kewangan semasa itu mencerminkan sentimen berhati-hati syarikat pengiklanan terhadap ketidaktentuan persekitaran ekonomi global.\r“Berdasarkan situasi semasa ini, kumpulan telah menetapkan beberapa strategi untuk memenuhi permintaan pengiklan termasuk pelancaran IM (pemasaran bersepadu) baru-baru ini yang menyediakan penyelesaian bersepadu merentas platform kepada pelanggan dan pengiklan yang berpotensi untuk mencapai kumpulan sasaran yang lebih luas.\r“Menerusi strategi seperti ini, bersama dengan penekanan berterusan ke atas aspek pengurusan kos serta usaha bersepadu dikalangan semua platform media kami, ia akan membolehkan Media Prima mencatatkan pertumbuhan kukuh dalam keseluruhan pendapatan,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.070530 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list