CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Laba Affin Holdings RM216.2j

[Copy link]
Post time 19-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peningkatan pendapatan susulan pertumbuhan faedah bersihAFFIN Holdings Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai hampir 45 peratus dalam suku ketiga berakhir 30 September 2011, kepada RM216.2 juta daripada RM149.2 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan sebelumnya.\n\n\n\n  Ini diraihnya daripada pendapatan sebanyak RM680.1 juta, meningkat 13.8 peratus daripada RM597.8 juta.\n\n\n\n\n  Berikutan pencapaian kukuh dalam suku ketiga itu, keuntungan sebelum cukai terkumpul kumpulan perbankan itu bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan semasa adalah berjumlah RM534.5 juta meningkat 11.2 peratus daripada RM480.8 juta.Pendapatan terkumpulnya dalam tempoh itu ialah kira-kira RM2.0 bilion, naik 18 peratus daripada RM1.7 bilion.Keuntungan lebih baik bagi tempoh sembilan bulan itu dicapai susulan pertumbuhan pendapatan faedah bersih dan pendapatan perbankan Islam yang masing-masing meningkat RM15.1 juta dan RM13.4 juta serta penurunan caj pinjaman, iaitu hanya RM24.2 juta berbanding RM61.9 juta dalam tempoh sama tahun kewangan lalu.Pendapatan faedah bersih kumpulan itu meningkat kepada RM646.0 juta berbanding RM630.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan 2.4 peratus.\n\n\n\nPulangan tahunan ke atas ekuiti (ROE) dan pulangan atas aset (ROA) bagi tempoh sembilan bulan pula masing-masing adalah 9.3 peratus dan 1.0 peratus.Berikutan prestasi kukuh itu, Lembaga Pengarah kumpulan perbankan itu mencadangkan dividen kasar awal 12 sen sesaham.Mengulas pencapaian itu, Pengerusi Affin Holdings, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, berkata keputusan suku ketiga itu melebihi jangkaan dengan kumpulan itu kini berada di landasan kukuh untuk mencatat satu lagi tahun kewangan yang baik dengan pertumbuhan positif.“Ini adalah bukti kekuatan dan kepelbagaian model perniagaan kami dalam sektor perkhidmatan kewangan Kumpulan,\" katanya dalam kenyataan semalam.AFFIN Bank Bhd terus menjadi penyumbang utama keuntungan kumpulan dengan mencatatkan keuntungan sebelum cukai terkumpul sebanyak RM448.5 juta berbanding RM392.7 juta dalam tempoh sama tahun lalu.Ia terutama disebabkan pendapatan faedah bersih yang lebih tinggi dan pendapatan perbankan Islam serta penurunan nilai pinjaman.Dalam segmen aktiviti pelaburan, AFFIN Investment Bank Bhd (AIBB) turut mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan dengan meraih keuntungan sebelum cukai RM41.5 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2011, meningkat 92.1 peratus berbanding tempoh sama sebelumnya.Kumpulan itu berkata, peningkatan itu dicapai hasil sumbangan positif pendapatan pembrokeran dan pendapatan pelaburan.Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2011, AIBB mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM80.4 juta, naik 17.0 peratus berbanding RM68.7 juta tempoh sama tahun lalu, manakala AFFIN Moneybrokers Sdn turut meraih peningkatan keuntungan sebelum cukai kepada RM2.8 juta berbanding RM1.3 juta tempoh sama tahun lalu.Unit insurans amnya, AXA-AFFIN Life Insurance Bhd pula mencatatkan kerugian sebelum cukai lebih rendah sebanyak RM4.7 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2011 berbanding dengan kerugian sebelum cukai sebanyak RM8.6 juta sebelumnya, sementara AXA-AFFIN General Insurance Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM10.1 juta berbanding RM28.6 juta.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.392807 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list