CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 169|Reply: 0

Volkswagen Passat CKD di pasaran esok

[Copy link]
Post time 22-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Harga model sulung  kilang DRB-Hicom  di Pekan dijangka lebih rendah berbanding CBU\rKUMPULAN pertama model Volkswagen Passat 1.8 pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di kilang DRB-Hicom Bhd di Pekan akan memasuki pasaran bermula esok.\r\n\n\n\n \rPengeluaran CBU Passat yang termasuk dalam kategori kereta ‘premium eksekutif’ itu sesuatu dinantikan pengguna negara ini kerana ia model Volkswagen pertama dipasang di Malaysia.\r\r\n\n\n\n\nPerkara itu diumumkan Pengarah Urusan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil pada sidang media selepas melancarkan Program Industry Centric Adjunct International College of Automotive (ICAM) di Pekan, semalam.\rKatanya, kira-kira 70 unit model Passat 1.8 akan mula dipasarkan mulai Rabu ini dan ia hasil daripada memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara DRB-Hicom dan Volkswagen untuk bekerjasama dalam pemasangan dan pengeluaran kenderaan Volkswagen di Malaysia pada Ogos lalu.\rMohd Khamil bagaimanapun enggan mendedahkan anggaran harga yang akan ditawarkan kepada pembeli tetapi berkata, pihaknya masih menunggu kelulusan daripada kerajaan.\rKereta jenama Jerman itu pernah memenangi beberapa anugerah Car of The Year (COTY) 2010 anjuran New Straits Times/Maybank, termasuk ‘Overall Car of the Year 2010’; ‘Premium Executive Car 2010’ (bawah RM300,000) serta anugerah bagi kategori ‘Good Design 2010’.\r\n\n\n\n\rBerdasarkan harga pasaran semasa bagi model diimport sepenuhnya (CBU), Volkswagen Passat CC yang dilengkapi dengan pecutan enjin turbo 2.0 liter ditawarkan pada harga RM243,888 tanpa insurans.\r“Sehubungan itu, harga bagi model pemasangan tempatan (CKD) yang akan ditawarkan itu dijangka  lebih rendah berbanding model CBU,” katanya.\rMohd Khamil juga berkata, kini pengeluarannya dibuat secara berperingkat seperti yang dipersetujui dengan Volkswagen.\r“Kilang DRB Hicom mempunyai kapasiti memasang sehingga 100,000 unit kenderaan tetapi kapasiti sebenarnya ialah kira-kira 60,000 unit kerana ia turut mengeluarkan kenderaan jenama lain seperti Isuzu, Suzuki, Daihatsu dan Mercedes Benz,” katanya.    \rMengenai Program Industry Centric Adjunct ICAM, beliau berkata, ia adalah program pertama seumpama itu yang dilaksanakan kolej automotif di negara ini.\r“Melalui kaedah ini, pelajar akan memperoleh pengetahuan tambahan yang dikongsi secara langsung oleh pakar dalam industri,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.089577 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list