CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 137|Reply: 0

Ulasan Pasaran: Pasaran saham Malaysia suram

[Copy link]
Post time 22-11-2011 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Krisis hutang euro punca sentimen tidak menentu peringkat serantauHARGA saham di Bursa Malaysia ditutup teramat rendah semalam sekali gus mencerminkan sentimen suram di pasaran serantau yang terus bimbang dengan krisis hutang zon euro yang belum selesai, kata peniaga.\n\n\n\n  Mereka berkata, kenyataan lemah dibuat  Timbalan  Perdana Menteri China, Wang Qishan, bahawa tinjauan ekonomi global kekal teruk dan kemelesetan global  bakal berlaku turut menjejaskan pasaran.\n\n\n\n\n\n  Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 20.32 mata kepada 1,434.08 selepas dibuka 2.64 mata lebih rendah pada 1,451.76.Indeks Kewangan kerugian 139.25 mata kepada 12,849.54, Indeks Perladangan susut 70.51 mata kepada 7,544.13 dan Indeks Perindustrian lebih rendah 57.35 mata kepada 2,615.83.Indeks FBM Emas merosot 134.569 mata kepada 9,850.98, Indeks FBM70 berkurangan 119.29 mata kepada 10,809.03, Indeks FBM Top 100 merudum 130.27 mata kepada 9,655.04 dan Indeks FBM ACE turun 115.55 mata kepada 4,080.37.Saham rugi mengatasi saham untung dengan 661 berbalas 176 sementara 194 kaunter tidak berubah, 450 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.\n\n\n\nJumlah dagangan merosot kepada 1.416 bilion saham bernilai RM1.161 bilion daripada 1.462 bilion saham bernilai RM1.196 bilion Jumaat lalu.Untuk saham aktif, Compugates Holdings menokok setengah sen kepada 8.5 sen, Fast Track Solution susut setengah sen kepada 10 sen dan DPS Resources turun 4.5 sen kepada 18 sen. Sumatec Resources, bagaimanapun, menambah tiga sen kepada 20.5 sen.  Di kalangan yang berwajaran tinggi, Maybank lebih rendah lima sen kepada RM8.20, CIMB lega 10 sen kepada RM6.77 dan Sime Darby merosot 10 sen kepada RM8.80. RHB Capital, bagaimanapun, meningkat dua sen kepada RM7.31.Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 1.026 bilion saham bernilai RM1.109 bilion berbanding 1.046 bilion saham bernilai RM1.141 bilion Jumaat lalu.Jumlah dagangan di pasaran ACE, lebih rendah kepada 296.151 juta saham bernilai RM42.217 juta daripada 350.682 juta saham bernilai RM50.021 juta minggu lalu.Waran pula mengukuh kepada 81.512 juta saham bernilai RM7.159 juta daripada 63.245 juta saham bernilai RM5.382 juta Jumaat lalu.Produk pengguna menguasai 162.6 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian 147.8 juta, pembinaan 28.3 juta, urus niaga dan perkhidmatan 368.2 juta, teknologi 24.4 juta, infrastruktur 21.8 juta, kewangan 67.6 juta, perhotelan 1.1 juta, hartanah 150.6 juta, perladangan 33.2 juta, perlombongan 44,000, REITs 1.2 juta dan dana tertutup 25,000. –  BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 1.041119 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list