CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

Maybank sokong panduan pinjaman

[Copy link]
Post time 23-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Langkah  bendung masalah hutang isi rumah\rMALAYAN Banking Bhd (Maybank), bank terbesar dari segi aset di negara ini, menyifatkan garis panduan baru pinjaman yang dikuatkuasakan Bank Negara Malaysia sebagai tepat pada masa dan wajar sebagai langkah berjaga-jaga membendung peningkatan keterlaluan hutang isi rumah.\r\n\n\n\n\r  Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Wahid Omar, berkata meskipun kadar hutang isi rumah di Malaysia kini tidak terlalu tinggi iaitu pada paras 77 peratus,  langkah berwaspada oleh bank pusat adalah perlu sebelum keadaan bertukar menjadi lebih buruk.\r\r\n\n\n\n\n  Pembabitan awal Bank Negara dalam isu itu katanya, adalah langkah tepat memandangkan ia akan dirujuk oleh pelbagai institusi kewangan di negara ini untuk memberi pinjaman secara lebih bertanggungjawab.\r“Langkah oleh Bank Negara itu mungkin  menyaksikan pengagihan pinjaman menjadi kurang aktif berbanding sebelumnya tetapi pada masa sama, peminjam akan menjadi lebih bertanggungjawab  melunaskan pinjaman masing-masing. \r“Justeru, ia juga boleh membantu meningkatkan pendapatan bank terbabit,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan zakat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir  Baharom di Kuala Lumpur semalam.\rBank Negara pada Jumaat lalu mengumumkan akan memperkenalkan garis panduan baru untuk pembiayaan rumah dan kenderaan, penggunaan kad kredit dan kad caj serta pinjaman peribadi, termasuk kemudahan overdraf bermula 1 Januari depan. \r\n\n\n\n\rDitanya mengenai ramalan pertumbuhan pada tahun hadapan, Wahid berkata, industri perbankan dijangka mengalami pertumbuhan 1.5 hingga 2 kali ganda Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).\rPada majlis itu, Maybank Islamic Bhd menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM9.02 juta dengan peningkatan sebanyak RM1.95 juta berbanding tahun sebelumnya. Dari jumlah itu, RM740,000 akan diagihkan kepada Pusat Zakat Wilayah Persekutuan.\rKetua Eksekutif Maybank Islamic, Muzaffar Hisham, berkata pihaknya mencapai pulangan yang menguntungkan pada tahun kewangan berakhir Jun 2011 apabila mengalami pertumbuhan sebanyak 57 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.734674 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list