CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 115136|Reply: 895

Ogy Nak Saman Johan RL (Latest : Johan Kurang Ajar, Pg 3)

   Close [Copy link]
Post time 26-11-2011 11:47 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juliez at 27-11-2011 02:36

kredit : rotikaya


EKSKLUSIF: Ogy Bakal Menyaman Johan Raja Lawak, Minta Menteri Buat Sesuatu




Bercakap tentang isu saman, kami sendiri boleh naik bulu roma. Maklumlah, hampir jadi mangsa saman emosi. Heh.


Isu ini kami hidu Khamis yang lalu sebelum kami berjaya dapatkan Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Ogy) untuk pengesahan tindakan beliau untuk membuka fail saman.


Menurut Ogy, beliau baru sahaja habis berbincang dengan peguam peribadi berkaitan niat untuk mengambil tindakan terhadap Johan Raja Lawak ekoran insiden di’Festival Filem Malaysia ke 24.


Jadi, apakah punca Ogy ingin mengambil tindakan saman terhadap Johan Raja Lawak? Kalau anda masih ingat, pada malam anugerah FFM24 yang lalu, mereka merupakan pasangan pengacara yang buat pertama kali di’gandingkan.


Menurut Ogy, pasangan pengacara beliau itu banyak mengeluarkan kenyataan berunsur merendahkan diri beliau sebagai anak seni & artis yang lebih senior — dan semua itu tidak wujud dalam skrip asal.


“Biar saya beri satu contoh, dalam satu selingan di’atas pentas Johan ada menyebut merujuk kepada saya di’sebelah — ada bakat ke? — dan saya anggap perkataan Johan itu sebagai merendahkan kebolehan saya”. ujar Ogy.


“Tidak pernah sebelum ini pasangan pengacara saya merendahkan apa yang saya ada atau menjadikan saya sebagai bahan komedi — Salleh Yaacob yang merupakan bapa saudara Johan pun lebih professional”


Menurut Ogy lagi, Johan Raja Lawak juga beberapa kali merujuk beliau sebagai ‘orang tua’ dan mempersendakan fitrah beliau sebagai seorang manusia ciptaan Tuhan — yang Ogy anggap sebagai satu tindakan kurang bijak.


“Saya turut melihat trend di’kalangan artis baru yang seakan sudah hilang hormat kepada artis senior dan saya pasti kes saya bukan satu satu’nya. Saya mewakili mereka untuk memberi pengajaran,” jelas Ogy.


Ogy turut meminta Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim yang turut hadir pada malam FFM 24 itu berbuat sesuatu tentang isu ini kerana tidak mahu ianya menjadi satu virus dalam industri hiburan.



BINCANGKAN!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 11:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:50 PM | Show all posts
em dah agak dah tgk muka kak ogy macam ala2 sentap jer bila johan sebut 'org tua' even dia nak gurau jer pon...muka kak ogy macam ala2 senyum kambing gitu...cian kak ogy...x patot johan malukan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:51 PM | Show all posts
tak tengok pun FFm tu..xdapat nk komen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:51 PM | Show all posts
skang musim artis sentap myentap sindir menyindir ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2011 11:53 PM | Show all posts
skang musim artis sentap myentap sindir menyindir ke
gurlfriday Post at 26-11-2011 23:51



   khennn.. memanjang sentap kiri kanan. ms sheols jadi pengacara dgn org lain ada gak usik mengusikkan.. apa yg nak sentap sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2011 11:54 PM | Show all posts
sentap skit saman.padahal ramai jek yg sentap ngan ogy, dorang xsaman tu patut syukur dah.ko ingat ko sorang yg bleh laser?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:54 PM | Show all posts
ogy ni poyo...die 'mempuakakan' org lain x pe lak.. bile org mempuakakan die tau lak nak sentap2 bagai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2011 11:54 PM | Show all posts
dah memang tua.. aznil tu ngaku sendiri dirinya kertu.. yg dia dok melezer2 budak2 AF, tak rasa pulak ibu bapa budak2 tu terasa ke tak... kena kat batang idung sendiri, tau sentap
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:55 PM | Show all posts

Ogy Nak Saman Johan Raja Lawak

Memang org tua pun...takkan nak panggil awek mude..sentap tak tentu pasal..dia usik org boleh pulak..lol!


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2011 11:55 PM | Show all posts
Baru tau Salleh Yakob tu pak sedara Johan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 12:00 AM | Show all posts
Chet
Br ken bahan camtu dah bising
Die tu bahan org x pe
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 12:02 AM | Show all posts
betul ke sumber dr rotikaya ni..huhuhu..dulu de skali cite sal elia EX kerol fahmi dok kate kat twitter yg de org col2 dia pkai no xdikenali..trus je rotikaya ckp kerol fahmi yg col..tp yg sebenarnye..mane ade fahmi tu col elia tu..dia main petik je name sape2..pe pun..kita tggu dan lihat je la......
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 12:04 AM | Show all posts
mcm soalan esei SPM pulak..BINCANGKAN...

Kak Ogy xperlu la nk saman menyaman...tegur la si Johan tu elok2 kalau xpuas hati pun....dia masa muda kemain lg dk laser2 org..dah jdi "org tua" ni sentap la pulak kena laser...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 12:05 AM | Show all posts
Hentikanlah saman-menyaman nih, kita sebagai umat Islam kan boleh bawak bincang maaf-bermaafan, kan tu lebih bagus. Saman-menyaman nih orang kapir punya budaya, kalau bleh selesai kat luar maaf-bermaafan sesama insan kan lebih bagus
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 12:07 AM | Show all posts
mengada..kan ke johan melawak jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2011 12:07 AM | Show all posts
kn ke si johan tu gelak2 lg..mkna nye anggap je la as gurauan....xleh ke gtu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 12:07 AM | Show all posts
yes ogy you are old...accept the fact la...dah patut letak kat muzium pun...just becos u failkan saman tht doesnt mean u r rite or will win..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 12:08 AM | Show all posts
sikit2 nak saman. aku tgk pengacara lain yg kena perli2 mcm tu relax je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2011 12:09 AM | Show all posts
retis2 yg menghampiri usia kertu memang cepat sentap dan mudah melatah....
ogy, paknil, azwan......lebih kurang je diorg nih
iols rasa kalo ogy nk laser atau lahar si johan tu xde lah apa sgt.....
tp kalo nk saman memang melampau lah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.069547 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list