CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 180|Reply: 0

Transformasi tingkat nilai aset Bumiputera

[Copy link]
Post time 28-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
USAHA meningkatkan penciptaan kekayaan Bumiputera, yang menjadi objektif utama dalam Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera akan tercapai menerusi peningkatan nilai aset milik Bumiputera, kata Peneraju Agenda Bumiputera atau TERAJU.\r“Nilai aset milik Bumiputera seperti unit amanah, dana zakat dan tanah wakaf boleh dipertingkatkan melalui pengumpulan dan pengurusan lebih berkesan oleh institusi pelaburan Bumiputera,” katanya dalam dokumen ‘Transformasi Ekonomi  Bumiputera: Satu Hala Tuju yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.\r\n\n\n\n\r  Mengikut TERAJU, terdapat asas kekayaan Bumiputera yang kukuh, hasil dari usaha yang dilaksanakan menerusi penggemblengan dan pengurusan aset Bumiputera oleh beberapa institusi kerajaan.\r\r\n\n\n\n\n  Merujuk kepada data Unit Perancang Ekonomi (EPU), TERAJU berkata, aset kewangan lebih daripada RM120 bilion telah dikumpulkan melalui institusi pelaburan Bumiputera seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Tabung Haji.\r“Aset ini telah menunjukkan pertumbuhan ketara,” katanya, sambil menyatakan bahawa dana PNB terus meningkat daripada sekitar RM30 bilion pada 1999 kepada sekitar RM150 bilion pada awal 2010, yang adalah 15 peratus daripada modal pasaran keseluruhan.\rMengenai pemilikan hartanah Bumiputera, TERAJU yang adalah sekretariat kepada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB), berkata ia adalah sebanyak 24 peratus berdasarkan maklumat pinjaman hartanah yang dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia.\rPada masa sama, Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) telah dilaksanakan untuk memudahkan pemilikan rumah oleh Bumiputera dan rakyat Malaysia.\r\n\n\n\n\rNamun, TERAJU berkata, masih terdapat potensi meningkatkan nilai hartanah Bumiputera seperti pembangunan tanah waqaf yang boleh dilaksanakan menerusi pajakan jangka panjang kepada pemaju hartanah yang akan menjana pendapatan pemaju dan kontraktor Bumiputera.\r“Sebagai contoh, pembinaan menara pejabat oleh Tabung Haji atas tanah wakaf di Kuala Lumpur, yang telah dipajak kepada Bank Islam. Hartanah yang dipajak akan menjana pendapatan tambahan kepada Tabung Haji dan Majlis Agama Islam,” katanya.\rTERAJU berkata, ada lebih 11,000 hektar tanah wakaf berdaftar di seluruh Malaysia.\rDaripada jumlah itu, 6,200 hektar ditetapkan untuk kegunaan khusus seperti pembinaan masjid sementara bakinya untuk kegunaan am. – BERNAMA\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 1.428159 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list