CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

FDI Malaysia lonjak 42 peratus

[Copy link]
Post time 29-11-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PELABURAN langsung asing (FDI) Malaysia melonjak 42 peratus kepada RM26.4 bilion pada akhir September tahun ini berbanding RM18.6 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.\rData terbaru Jabatan Perangkaan menunjukkan yang inisiatif kerajaan untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi sudah membuahkan hasil, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed.\r\n\n\n\n\r  “Berdasarkan kepada aliran masuk FDI untuk tempoh sembilan bulan, kemungkinan yang jumlah FDI tahun ini boleh melepasi angka tahun lalu,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.\r\r\n\n\n\n\n  Jumlah keseluruhan FDI untuk 2010 adalah RM29.3 bilion, sementara dalam tahun 2009 adalah RM5 bilion.\rMustapa berkata, Malaysia menerima FDI yang kukuh pada suku pertama dan kedua tahun ini, masing-masing berjumlah RM10.1 bilion dan RM11.07 bilion.\rBagaimanapun, FDI untuk suku ketiga menyederhana kepada RM5.17 bilion, sebahagiannya disebabkan oleh iklim ekonomi luar yang lemah, terutama krisis hutang zon Euro dan kelembapan ekonomi AS.\rMengenai pelaburan persendirian, Mustapa berkata kerajaan yakin mencapai sasaran RM94 bilion tahun ini.\r\n\n\n\n\rPelaburan persendirian untuk tempoh Januari-September berjumlah RM75 bilion seperti yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan baru-baru ini. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.440304 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list