CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 114|Reply: 0

Parti pimpinan Putin hilang majoriti mudah

[Copy link]
Post time 6-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MOSCOW: Parti pemerintah pimpinan Vladimir Putin semalam memenangi pilihan raya parlimen Russia, tetapi  kehilangan majoriti yang ketara  dalam rancangannya  untuk kembali ke Kremlin pada 2012. \rKeputusan itu bermakna partinya, Parti Bersatu Russia hilang majoriti perlembagaan dua pertiga dalam Duma Negeri yang memerlukan kelulusan terhadap sebarang perubahan dalam perlembagaan, yang memberi isyarat bahawa populariti Putin semakin berkurang. \r\n\n\n\n\r  Pembangkang berkata kelmarin undi dibayangi  pelbagai penipuan, pada masa  sama pihak berkuasa mahu mempertahankan dominasi Kesatuan Russia dengan taktik kotor termasuk serangan siber terhadap laman web dan gangguan ke atas  pemerhati pilihan raya. \r\r\n\n\n\n\n  “Berdasarkan keputusan ini, kami mampu memastikan kestabilan pembangunan negara ini” kata Putin dalam ucapan  dibuat bersebelahan Presiden Dmitry Medvedev di ibu pejabat kempen partinya. \rKetua suruhan jaya pilihan raya, Vladimir Churov berkata Kesatuan Russia perlu mendapat 238 kerusi 450 kerusi dalam Duma Negeri untuk majoriti mutlak, tetapi memperoleh jumlah kerusi  jauh lebih sedikit  berbanding 315 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 2007.\rBeliau berkata,  parti itu hanya mampu memenangi 49.54 peratus undi, berbeza daripada pilihan raya 2007 di mana populariti Putin  memuncak dan partinya memenangi lebih 64 peratus. \rPembangkang terbesar adalah Parti Komunis dengan 92 kerusi, diikuti Parti Keadilan Russia dengan 64 kerusi dan parti ultra nasionalis, Parti Demokratik Liberal dengan 56 kerusi. Keputusan berdasarkan 96 peratus kiraan undi. –  AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.062720 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list