CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Wanita Saudi semakin kaya

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Aset persendirian di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan RM125.6 bilion\rRIYADH: Seorang pakar mendedahkan aset tunai yang dimiliki wanita Arab Saudi kini bernilai AS$12 bilion (RM37.5 bilion). \r\n\n\n\n\rSebagai tambahan, jumlah kekayaan persendirian wanita di negara Teluk dan Asia Barat dianggarkan AS$40 bilion (RM125.6 bilion).\r\r\n\n\n\n\n“Penyertaan Wanita Teluk dalam bidang ekonomi menjadi semakin penting  kerana pembabitan mereka dalam pelaburan meningkat kepada   kira-kira  AS$500 bilion (RM1.5 trilion),” kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Changing Our World, Michael Hoffman.\rBeliau membuat pendedahan ini  dalam syarahannya yang dipetik laman web www.yallafinance.com. \rBeliau bercakap mengenai masa depan dan aspirasi untuk tahun baru terutama yang berkaitan sumber kewangan dan penyelesaian sesuai pada peringkat antarabangsa.\rSelain itu, Hoffman turut membentangkan statistik mengenai potensi besar pelaburan yang diuruskan wanita seluruh negara yang beliau anggarkan bernilai kira-kira AS$20 trilion (RM62.5 trilion), menambah sembilan peratus daripada aset dimiliki wanita dan kadar ini dijangka meningkat dalam dekad akan datang.\r\n\n\n\rDalam perkembangan lain, Arab Saudi berada di tangga keempat ekonomi terbesar dari segi simpanan keseluruhan sehingga akhir 2010 dengan jumlah simpanan termasuk emas sebanyak  SR 1.7 trilion (RM1.4 trilion).\rHoffman menambah sepanjang tempoh 10 bulan pertama pada 2011, jumlah simpanan kewangan negara itu meningkat sebanyak 18 peratus menjadikannya SR1.97 trilion (RM1.64 trilion). – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 05:49 PM GMT+8 , Processed in 0.066354 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list