CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 127|Reply: 0

PBB gesa Vietnam tutup pusat pemulihan dadah

[Copy link]
Post time 7-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
HANOI: Pakar yang dilantik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan Vietnam menutup pusat pemulihan untuk penagih dadah dan pekerja seks berikutan kritikan penderaan oleh kumpulan hak asasi antarabangsa yang menyifatkannya sebagai tidak produktif.\rWakil khas Majlis Hak Kemanusiaan PBB, Anand Grover, berkata pada akhir lawatan 10 hari ke Vietnam,  pusat itu melanggar hak penagih dadah dan ia tidak berkesan. Beliau berkata kerajaan perlu meluaskan rawatan alternatif untuk penagih dadah.    \r\n\n\n\n\r“Tahanan dinafikan hak untuk bebas daripada rawatan yang tidak dipersetujui selain hak mendapatkan persetujuan dalam semua keputusan mengenai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan. \r\r\n\n\n\n\nKritikannya diikuti satu laporan Pemerhati Hak Kemanusiaan yang meminta Vietnam menutup pusat pemulihan dadah yang dikatakan mendedahkan tahanan kepada penderaan. \rGrover berkata tahanan wajib di pusat turut menimbulkan kebimbangan mengenai proses  tahanan, yang ‘tidak ada hak untuk mengetahui kes terhadap mereka dan mencabarnya di mahkamah sebelum keputusan dibuat,’. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.821270 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list