CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28907|Reply: 199

Nota Agama dan Ilmiah nukilan Gua Anak Melaka al-Madani dan lain-lain.

[Copy link]
Post time 7-12-2011 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by GuaAnakMelaka at 7-1-2012 22:48

NOTA 1 : ALAMBARZAKH YANG MENGGERUNKAN...



Amru bin Maimun al-Adawi mengatakan bahawaRasululullah saw meminta berlindung dari beberapa perkara selepas solat :

اللَّهُم إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ ، وَأَعُوذُ بِكَ أَنْأُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمُرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الدُّنْيَا ،وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

Hadis riwayatImam Bukhari rahimullah


الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومنسيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلاالله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيهصلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.

أما بعد:

Bismillah

dengannama Allah Maha Pemurah lagi amat Penyayang..



Alhamdulillah ,syukur pada-Mu
Maha Pengasih,aku masih hidup dan sihat...akubersyukur pada-Mu yang meminjamkan usia ini dan aku berdoa agar diberikankekuatan memanfaatkan usia ini untuk beribadat pada-Mu..


Sekarang jam menunjukkan 1.52 pagi,7 Disember 2011 bersamaan 11 Muharram1433 Hijrah....Sudah lama tidak menulis nota maka kali ini aku menulis sebuahnota buat diriku dan semua fans Kisah Teladan bertajuk
"ALAM BARZAKH YANG MENGGERUNKAN..."



Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialahsuatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyardaripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dindingpembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah diadibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakhatau alam kubur.



Menurut Syeikh Abu Bakar al-Jazairi rahimullah pula dalam bukunya‘Aqidatul-Mukmin, alam Barzakh ini dapat diibaratkan sebagai alam perhentiandan penantian sementara menunggu tibanya akhirat bagi orang-orang yang telahmati dan berpisah dengan dunia. Di alam Barzakh ini ruh-ruh dihimpunkanhinggalah sampai masa berlakunya kiamat di mana ia akan dipertemu kembalidengan jasadnya.


أبوجعفر الطحاوي رحمه الله :

إن الدور ثلاثة : دار الدنيا ، ودار البرزخ ، ودار القرار

Manakala Imam Abu Jaafar At-Thohawi rahimullahmengatakan "Sesungguhnya rumah itu tiga ; Rumah dunia,rumah barzakh (kubur) dan rumah kekal (akhirat )



Alam barzakh adalah benar,sebagaimana difirmankan Allah dalam surahat-Taubah

ayat 101 :

" Dan di antaraorang-orang yang di sekeliling kamu dari orang-orang

"A'rab" ada yang bersifat munafik dan(demikian juga) sebahagian dari

penduduk Madinah; mereka telah berkeras dengan sifatmunafik; engkau

tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah yangmengetahui mereka.Kami

akanazabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada

azabyang besar."


Imam Ibnu Kathirrahimullah mengatakan bahawa maksud azab berulang-ulang adalah azab kubur ,manakalaazab yang besar adalah di akhirat iaitu Neraka.Nauzubillah…

Allah swt juga berfirman :

“Mereka didedahkan kepada bahan api Neraka padawaktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hariberlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun danpengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (SurahGhafir: 46)

Last edited by GuaAnakMelaka on 9-8-2012 02:02 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2011 11:16 AM | Show all posts
Manakala antara hadis sahih yang menjadi nas azab kubur adalah :
1.Daripada riwayat Abi Ayyub katanya:Maksudnya: “Pada suatu hari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar selepas matahari terbenam. Lalu Baginda mendengar suara. Baginda bersabda: “Mayat Yahudi itu diazab di dalam kuburnya” (Hadis riwayat Imam Muslim dan al-Bukhari)
2.Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma: Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya mayat itu diazab disebabkan oleh ratapan orang-orang yang hidup” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
3. “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Imam Muslim)
4. Rasullah s.a.w bersabda:
” Kalaulah tidak kerana kamu sekelian akan dikuburkan di dalam tanah nescaya aku akan berdoa kepada Allah supaya Dia mendengarkan kamu dari siksa kubur sebagaimana aku mendengarnya”(Direkodkan Imam Bukhari dan Muslim )
5. Sabda Rasulullah s.a.w: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyiksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 ekor ular yang akan mematuk/menyengatnya hingga berdirinya kiamat. Jika sekiranya seekor sahaja dari ular-ular itu meniupkan bisanya ke bumi nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi)”.- (Riwayat Imam Ahmad dari Abi Said al-Khudri r.a.)

6.Imam Ibnu Abid-Dunia rahimullah di dalam kitabnya ” Kitabul Kubur” ada menyebut  daripada As-Sya’bi, bahawa dia telah menceritakan seorang yang berkata kepada Nabi s.a.w. : sekali peristiwa semasa aku melalui padang Badar, aku terlihat seorang keluar dari dalam bumi, lalu dia dikejar dan dipukul oleh seorang yang lain dengan sebatang besi hingga ia terbenam ke dalam bumi. Kemudian dia keluar semula, lalu dikejar dan dipukul lagi, maka berkata Rasullah s.a.w. Itu lah Abu Jahal bin Hisyam sedang di siksa hingga hari kiamat.

Imam Nawawi rahimullah dalam menafsirkan hadis yang direkodkan Imam Muslim :
لقنوا موتاكم لا إله إلا الله
(talqinkankan mayat kamu LAILAHAILLALLAH ) iaitu agar orang yang menghadiri individu yang sedang sakit nazak agar membacakan kalimah LAILAHAILLALLAH supaya orang tersebut mengakhiri nafasnya dengan kalimah tauhid.Ia berdasarkan sebuah hadis bermaksud
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلامِهِ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Barangsiapa yang akhir kalimahnya LAILAHAILLALLAH  akan masuk Syurga".(Hadis rekod Imam Ahmad dan Abu Daud )

Imam Nawawi juga mengatakan makruh orang ramai menyebut perkara lain ketika berhadapan orang yang sedang nazak kerna takut individu tersebut tidak dapat mengucap kalimah tauhid….Wallahua'lam..

Imam Tarmizi dan Ahmad merekodkan sebuah hadis
                                         " مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ
Maksudnya " Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah swt menjauhkannya dari fitnah kubur "

Imam Ahmad merekodkan sebuah hadis daif   "Dari Said al-Khudri r.a berkata ,bahawa Rasululullah saw bersabda " Sesungguhnya mayat mengetahui sesiapa yang memegangnya,dan sesiapa yang memandikannya dan siapa yang mengikutinya ke kubur".

Imam Tarmizi dan Ahmad merekodkan sebuah hadis  dan ditakrifkan hadis hasan oleh Imam Albani rahimullah :
إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الاخِرَةِ فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ
Maksudnya "Sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah akhirat.Maka Jika seseorang lepas darinya (azab kubur ) maka selepasnya adalah lebih mudah.Dan jika seseorang tidak lepas darinya maka selepasnya adalah lebih dahsyat"

Imam Ibnu Majah dan Ahmad merekodkan sebuah hadis bahawa Baginda saw  melalui perkuburan dan memberitahu para sahabat bahawa mayat di dalam kubur sedang diazab.Baginda menerangkan mengenai punca azab kubur " وَمَا يُعَذَّبَانِ إِلا فِي الْبَوْلِ وَالْغِيبَةِ
Maksudnya an tiada keduanya diazab melainkan kerana kencing dan mengumpat"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:16 AM | Show all posts
Imam Ibnu Qayyim rahimullah mengatakan azab kubur terbahagi kepada dua iaitu :
1.Azab kekal iaitu azab kepada orang kafir ,Munafik,Musyrik .Mereka akan diazab hingga kiamat.
2.Azab bertempoh iaitu kepada org Islam yang melakukan dosa.Mereka  akan diazab mengikut sekadar dosanya dan akan berhenti azab.Azab kepada mereka juga akan terhenti dengan doa,sedekah,istighfar atau amalan  seperti bacaan Quran yang disedekahkan pahala kpd mereka.

           Azab kubur dan soal Mungkar Nankir adalah benar kerna terdapat nas Quran dan hadis mengenainya.Beriman dengannya adalah wajib dan mengingkarinya adalah kafir.

               Alam barzakh adalah alam yang amat menggerunkan.Semua manusia pasti mati dan kita semua akan menemuinya.

               Azab kubur juga adalah azab yang pedih dan siksa.Pabila Baginda saw menceritakan fitnah kubur,Ibnu Omar r.a bertanya "Adakah kita berakal sebagaimana sekarang?(tahu dan sedar soal Malaikat dan azab kubur ) "Baginda saw menjawab "Ya..sebagaimana kamu sekarang"

                  Apa yang kita lakukan di dunia ketika masih hidup,akan mendapat balasan di alam barzakh.Jika banyak dosa,maka bersedikalah mendapat azab kubur,jika banyak pahala,kita akan aman damai di kubur…
            Ramai manusia beriman dengan alam barzakh dan azab kubur,namun malangnya ramai manusia masih meninggalkan solat,makan harta haram,membuka aurat,suka mengumpat,mengambil hak orang lain,membunuh,merompak dan pelbagai kejahatan.

    Kita perlu berusaha menjadi manusia beriman dan bertakwa agar alam barzakh yang bakal ditempuhi adalah alam yang bahagia dan tenang.Kita mati dengan iman dan berada dalam kubur dengan penuh kesenangan dan kerehatan…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:17 AM | Show all posts
Antara amalan yang diajar Baginda saw adalah :
1.Doa menjauhi azab kubur :
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

اللهم إني أعوذ بك من العجز و الكسل و الجبن و البخل و الهرم و أعوذ بك من عذاب القبر و أعوذ بك من عذاب النار و أعوذ بك من فتنة المحيا و الممات

اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر و أعوذ بك من عذاب النار و أعوذ بك من فتنة المحيا و الممات و أعوذ بك من فتنة المسيح الدجال)

(اللهم رب جبريل و ميكائيل و رب إسرافيل أعوذ بك من حر النار و من عذاب القبر)

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”(riwayat Imam Muslim )

2.Menjauhi dosa yang boleh menyebabkan azab kubur.
Antara dosa yang menyebabkan seseorang diazab kubur adalah tidak menjaga kebersihan kencing,mengumpat,memfitnah  dan sebagainya (dosa kepada manusia).Begitu juga jauhkan segala dosa besar seperti meninggalkan solat atau meminum arak.

3.Beristighfar dan berzikir setiap hari.

4.Rajin menzirahi kubur sebagai mengingati mati.

5.Melakukan amalan  pahala berpanjangan seperti sedekah jariah .

Imam Muslim,Abu Daud,Nasaai,Tarmizi,Ahmad,Ad-Darimi
إِذَا مَاتَ الإنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلاثَةٍ ، إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ ) .

Maksudnya "Apabila mati seseorang insan terputuslah amalannya melainkan tiga perkara ; Sedekah jariah atau ilmu bermanfaat atau anak soleh mendoakan baginya"
6. Membiasakan membaca surah al-Mulk. Sabda Nabi: “Surah Tabarak (yakni al-Mulk) adalah penegah/penghalang dari azab kubur”.- (Hadis sahih  riwayat Imam Ahmad dari Ibnu ‘Abbas r.a.).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:17 AM | Show all posts
Imam Ibnu Qayyim rahimahullah mengatakan bahawa seksa kubur ditimpakan kerana berbagai macam dosa dan maksiat, di antaranya:

1. Melaga-lagakan (mengadu domba) dan mengampu. Nabi S.A.W berwasiat kepada Sayidina Ali : “Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi “Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut).”

2. Tidak basuh dengan suci selepas buang air kecil. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: “Bersih-bersihlah kamu daripada kencing, sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing. (yakni hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya.)

3. Solat tanpa bersuci. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Hadis Riwayat Muslim ) Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah melihat seseorang melakukan solat, sedangkan pada tumitnya ada sedikit yang tidak terkena siraman air wuduk. Nabi S.A.W. memerintahkannya untuk mengulangi wuduk dan solatnya . (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud) Nabi S.A.W. menyuruh orang tersebut untuk mengulangi solatnya kerana solat tersebut dilakukan tanpa bersuci dan tidak sah.

4. Berdusta. Rasulullah S.A.W. bersabda kepada Sayyidina Ali k.w. yang bermaksud : “Wahai Ali ! Berbuatlah jujur sekalipun hal itu akan membahayakan dirimu di dunia. Sesungguhnya kejujuran itu bermanfaat di kemudian hari. Dan janganlah berdusta sekalipun bermanfaat bagimu ketika itu kerana kedustaan itu akan menyulitkan kamu di kemudian hari.”

5. Melalaikan dan malas mengerjakan solat. Nabi S.A.W. ada bersabda yang bermaksud : “ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

6. Tidak mengeluarkan zakat. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Barangsiapa mempunyai emas atau perak senisab, sedang tidak di keluarkan zakatnya, kelak di hari kemudian ia akan di kejar-kejar oleh ular yang besar dan sangat berbisa dari neraka yang mengigit tangannya sehingga terpotong, kemudian tangannya kembali sebagai sediakala, di gigit lagi ular itu, demikianlah setiap masa, sehingga akhirnya orang yang bakhil itu akan di seret ke Neraka Jahannam”

7. Berzina. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “ Jauhilah oleh kamu akan zina, kerana kecelakaannya empat macam iaitu hilang seri (cahaya) pada wajahnya , di sempitkan rezekinya , dan kemurkaan Allah atasnya dan menyebabkan kekal di dalam neraka.” (Hadis riwayat Thabrany dan Ibnu Abbas)

8. Mencuri. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Berkhianat. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Empat perkara, siapa yang terdapat padanya empat perkara ini, maka ia adalah munafik tulen, dan siapa yang terdapat padanya salah satu darinya, maka padanya ada satu ciri kemunafikan; apabila diberi amanah ia berkhianat, apabila bercerita ia berdusta, apabila membuat janji ia mungkiri dan apabila berdebat ia curang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 34, 2459, 3178 dan Muslim no. 2635. dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.)

10. Menfitnah sesama umat Islam. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Makan riba. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al- Baqarah ayat 278-279)

12. Tidak menolong orang yang di zalimi. Firman Allah S.W.T. dalam hadis qudsi yang maksudnya : “Wahai segenap hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan perbuatan zalim atas diri-Ku dan Aku telah menjadikan hal tersebut sebagai perkara yang haram antara sesama kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi.”(Hadis Riwayat Muslim)

13. Minum khamar ( tuak, arak atau minuman keras ). Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:  “ Empat (macam manusia) tidak Allah masukkan mereka itu ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak , pemakan riba, menzalami (memakan) harta anak yatim dengan tidak hak dan derhaka pada ibu atau bapa.” (Hadis Riwayat Al-Hakim)

14. Memanjangkan kain hingga di bawah mata kaki. Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Barangsiapa menyeret pakaiannya kerana sombong maka Allah tidak memandangnya pada hari kiamat”.(Hadis Riwayat Bukhari)

15. Membunuh. Firman Allah S.A.W. yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” (Surah An- Nisaa’ ayat 93) Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir. Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang terbunuh itu berkata :’ Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku’. Maka Allah berkata kepada sipembunuh :’ Celakalah engkau’, lalu di bawalah orang itu ke neraka.”

16. Mencaci sahabat Rasulullah S.A.W. Allah S.W.T. berfirman, yang bermaksud : “Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka reda kepadaNya. Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang besar”. (Surah at-Taubah ayat 100) Al-Qadhi ‘Iyaadh berkata :”Jumhur ulama berpendapat bahawa orang yang menghina/mencaci maki para shahabat Rasulullah S.A.W. harus dihukum takzir (yakni harus didera menurut kebijaksanaan hakimIslam )”. [Fathul Bari VII hal. 36].

17. Mati dalam keadaan membawa bidaah. Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “Barangsiapa membuat buat hal baru yang baik dalam Islam, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang mengikutinya dan tak berkurang sedikitpun dari pahalanya, dan barangsiapa membuat-buat hal baru yg buruk dalam Islam, maka baginya dosanya dan dosa orang yang mengikutinya dan tak dikurangkan sedikitpun dari dosanya” (Sahih Muslim hadis no.1017, demikian pula diriwayatkan pada Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Baihaqi Alkubra, Sunan Addarimiy, Sahih Ibn Hibban dan banyak lagi).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:18 AM | Show all posts
Imam Ali bin Abi Thalib r.a  berkata:
“Wahai hamba-hamba Allah, setelah kematian alam kubur lebih menderita
daripada kematian itu sendiri bagi orang yang tidak diampuni dosa-
dosanya. Karena itu, kakutlah kamu pada kesempitan kubur, penderitaan,
kegelapan, dan keterasingannya. Sesungguhnya kuburan itu berkata
setiap hari: Aku adalah rumah keterasingan, aku rumah kesepian, aku
rumah cacing-cacing. Kuburan adalah bagian dari taman-taman surga dan
sekaligus bagian dari jurang-jurang neraka. Sesungguhnya kehidupan
yang sempit yang diperingatkan oleh Allah kepada musuh-musuh-Nya
adalah siksaan kubur. Allah mengirimkan kepada orang yang kafir di
kuburnya sembilan puluh sembilan ular yang besar untuk mencabik-cabik
dagingnya dan memecah-mecah tulangnya. Allah mengirimnya berulang kali
sampai hari kiamat. Dan sekiranya ular itu didatangkan ke bumi,
niscaya tak akan ada tumbuh-tumbuhan dan tak akan terjaga tanaman di
dalamnya.Wahai Hamba-hamba Allah, sungguh dirimu lemah, jasadmu lembut dan
rapuh sangat mudah dihancurkan.”


      "Ya Allah Ya Rahman,jauhkanlah kami dari azab kubur.Jadikan kubur kami satu taman dari taman Syurga dan jauhilah kubur kami menjadi lobang dari lobang Neraka..Ya Allah Ya Rahim,matikan kami dalam iman dan mengucapkan kalimah tauhid.Ya Zal Jala wal Ikram,perkenankanlah doa kami…….amin"

           Segala kelemahan dan kenaifan milikku bernama Saat,manakala kebaikan dan kesempurnaan hanya milik Allah Maha Gagah lagi AMat Mengetahui……….

Saat Sulaiman
7 Disember 2011
Rabu yang indah………………….

Rujukan :
1.Kitabul Barzakh
2.Kutubul hadis
3.Internet
4.Rencana dan Makalah.
5.Kitab Az-Tazkirah Imam Qurtubi rahimullah
6.Lain-lain..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-12-2011 11:20 AM | Show all posts
NOTA 2 : ADIL  ADALAH SIFAT MANUSIA BERIMAN

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang
yang sentiasa menegakkan keadilan"
surah Annisaaa' 135
" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
keadilan.Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap
adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu
lakukan."
surah Al- Maaidah  8
" Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan,
serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada
melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.Dia
mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu
mengambil peringatan mematuhi-Nya."
surah  An Nahl – 90
الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:

Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih...

     Alhamdulillah syukur kepada Allah swt walaupun masih demam,otakku masih waras dan mampu menulis nota pagi ini.Sekarang jam menunjukkan 7.48 minit pagi,hari Sabtu,9 Oktober 2011.Aku juga bersyukur kerna hanya demam biasa,bukan sakit jantung atau barah otak di mana terpaksa berada di hospital.....hidup di luar hospital amat indah...

     Selesai sudah pembentangan bajet 2012 oleg Perdana Menteri kelmarin.Ada berita gembira,ada juga yang berduka.Sebagai pemimpin memang amat payah memuaskan hati semua orang.Apa yang menghairankan  ada juga ahli Parlimen yang mengkritik  mengenai kenaikan elaun buat mereka.Itulah rezeki namanya..bak kata orang rezeki jangan tolak..bala jangan cari!

      Keadaan ekonomi dunia tidak menentu.Di Britain rusuhan berlaku akibat pengangguran dan kos naik mendadak.Begitu juga AMerika yang gah negara maju dan kaya juga mengalami kemelesetan ekonomi.Apabila Amerika mengalami kemerosotan,dunia pun akan terpalit sama kerna AMerika umpama seorang ayah kepada anak-anak .Amerika adalah paksi ekonomi dunia pada hari ini..

       Amat sukar dalam ekonomi yang lembab ini dalam perniagaan.Aku juga terasa bahangnya.Jualan semakin merosot dan rakyat lebih mengutamakan keperluan penting seperti makanan berbanding pakaian,perhiasan dan sebagainya.Itulah asam garam dunia perniagaan..

       Namun Allah swt mengajar kita bersyukur...dengan cara melihat rakyat negara lain yang lebih menderita seperti Somalia ..Mereka berada di khemah dari kain nipis dan tiada makanan.Akhbar melaporkan seorang ibu mengandung berjalan kaki sejauh 8 batu untuk mendapatkan makanan.Begitulah azabnya rakyat Somalia..

     Kedaifan hidup rakyat di benua Afrika memang meruntun jiwa.Seorang wartawan Amerika yang merantau ke Afrika untuk melihat kedaifan dan kesengsaraan manusia akhirnya membunuh diri apabila melihat gambar seorang kanak-kanak yang kurus kering mengutip cebisan makanan di jalanan.Gambar tersebut diambil olehnya dan melihat gambar tersebut melahirkan tekanan perasaan dahsyat.Tekanan amat dahsyat dan dia tidak mampu menahan kesedihan melihat kesengsaraan manusia.. akhirnya membunuh diri...

   Somalia adalah sebuah negara Islam dan masih banyak negara Islam yang kaya seperti negara arab namun orang kaya arab lebih berminat membeli kelab Inggeris seperti bilionair dari UAE membelanjakan berbilion dolar untuk pasukan Manchester  City...orang arab juga lebih berminat membina bangunan tertinggi di dunia berbanding menghulurkan wang untuk membangunkan negara Islam yang miskin dan susah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:20 AM | Show all posts
Sejak 1948 Israel menjajah Palestin dan negara Palestin semakin mengecil.Hingga hari ini tanah penduduk dirampas Yahudi tanpa simpati.Namun pemimpin arab yang kaya tidak membantu.Walaupun bangsa Palestin adalah arab namun pemimpin arab yang kaya tidak sayangkan bangsa sendiri.Mereka hidup senang lenang dan kaya raya  namun saudara sebangsa dan seagama hidup dalam penderitaan...Benarlah kata Baginda saw "kamu ramai tapi umpama buih di lautan............."

     OIC dianggotai banyak negara Islam dan majoriti kaya raya namun yang kaya terus kaya,yang miskin terus miskin.OIC hanya sebuah pertubuhan yang bnayak bercakap,begitu juga liga-liga arab yang lebih suka membincangkan harga petrol berbanding nasib manusia miskin di Somalia.

   Sejak aku melihat kedaifan rakyat Somalia dalam akhbar,TV dan internet selera  makan aku semakin kurang.Betapa mereka memungut cebisan sisa makana di tepi jalanan,berjalan berbatu mencari air...aku juga masih hairan ada rakyat Malaysia yang tiak bersyukur..mungkin mereka biasa melancong ke negara mewah dan kaya dan tidak pernah merantau ke bumi di mana ada manusia miskin dan papa..

      Dalam ayat di atas Allah memberi tips menjadi manusia beriman.Allah swt memberi tips menjadi manusia beriman agar manusia menjadi ahli Syurga bukan Neraka.Jika sekadar bernama Fatimah atau Ahmad sahaja bukan jaminan ke Syurga.

      Allah swt  mengajar manusia mengenai keadilan iaitu manusia perlu bersifat adil dalam kehidupan.Keadilan adalah sifat mahmudah yang perlu diamalkan manusia dalam semua cabang kehidupan.

Antara cabang keadilan adalah :

1.Adil kepada diri sendiri.

Adakah kita memakai pakaian size M dan membeli saiz L?Jika ya,kita adalah bodoh dan tidak adil kepada diri sendiri.Kita perlu adil kepada diri sendiri...

Begitu juga manusia yang solat dengan panjang dan khusyuk di depan orang ramai di masjid tapi solat pendek dan ringkas ketika bersendirian,ia juga dikatakan tidak adil.

Manusia yang adil kepada diri sendiri adalah melakukan sesuatu yang sesuai  buat diri sendiri.


2.Adil kepada anak-anak.
      Ibu bapa perlu melakukan keadilan kepada anak-anak.
اعدلوا بين أبنائكم، اعدلوا بين أبنائكم، اعدلوا بين أبنائكم
Imam Bukhari dan Muslim merekodkan hadis tersebut yang bermaksud "Adillah kamu terhadap anak-anak, Adillah kamu terhadap anak-anak,Adillah kamu terhadap anak-anak"

              Pada zaman moden ini masih  ada ibu bapa bersifat Jahiliyyah .Mereka amat sayangkan anak lelaki dan tidak menghargai anak perempuan,maka itu adalah sifat yang tidak adil.Sama ada anak lelaki atau perempuan,mereka perlu dilayan sama rata.

Begitu juga ibu bapa yang sering memuji anak yang berjaya dalam pelajaran berbanding anak yang lemah dalam pelajaran.Ia juga dikira tidak adil.Manakala ibu bapa yang sering membelikan sesuatu kesukaan anak-anak mengikut keputusan pelajaran anak-anak juga tidak adil.Sepatutnya ibu bapa menyamakan layanan kepada anak-anak sama ada yang cemerlang atau kurang dalam pelajaran.

Ibu bapa perlu menerima hakikat bahawa setiap manusia berbeza walaupun mereka adik beradik.Ada yang bijak,ada yang kurang.Ada yang nakal,ada yang menurut kata.Kadangkala anak yang nakal ketika kecil bila dewasa berubah menjadi manusia baik dan menjaga ibu bapa,manakala anak yang menurut kata akan bertukar menjadi biadap dan kasar serta mengabaikan ibu bapa.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan.Begitulah dengan anak-anak.Ada yang pandai dalam pelajaran dan berjaya mendapat ijazah namun tidak pandai berniaga.Manakala ada yang berkelulusan setakat darjah 6 sahaja pandai berniaga dan berjaya dalam kehidupan.Setiap manusia ada bakat dan kelebihan masing-masing.

Banyak berlaku anak-anak menjadi rosak akibat sikap tidak adil ibu bapa.Mereka mengalami tekanan perasaan dan pengabaian sejak kecil dan memberontak bila remaja dan dewasa.Itulah psikologi manusia.

Mereka melepaskan tekanan dengan merempit,menghisap ganja,melepak buang masa,berkawan dengan manusia jahat,berzina,mengabaikan pelajaran dan sebagainya.Ibu bapa bukan sahaja wajib memberi makan minum kepada anak-anak namun juga wajib menjaga psikologi dan mnetal anak-anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2011 11:21 AM | Show all posts
Anak-anak berbeza dari rupa,tubuh badan,IQ,sikap,watak,hbi,kemahuan,perasaan dan sebagainya.Ibu bapa perlu memahami setiap anak-anak dan melayan kesemua dengan adil dan saksama.

Walaupun anak-anak masih kecil,mereka juga perlu diberi peluang meluahkan perasaan  supaya  kita faham perasaan mereka.Luahan perasaan anak-anak juga akan memberitahu kita kelemahan dan kesilapan kita.

Menjadi ibu bapa bukan semudah membaca ABC.Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan anak-anak  dengan nilai positif dan nilai positif adalah adil terhadap anak-anak.

3.Adil sebagai pemimpin.

Pemimpin adalah ibu bapa kepada rakyat dan orang bawahan.Ramai ketua dan pemimpin zaman moden tidak melakukan keadilan sebaiknya.Contoh mudah adalah apabila seorang pemimpin menggunakan pangkat dan kuasa memasukkan anak saudara sebagai pegawai di bawahnya tanpa mengikut prosedur yang betul.Itulah tidak adil.

Begitu juga ketua yang melayan pekerja wanita yang cantik dan rupawan dengan bahasa baik,sopan manakala pekerja hodoh tidak dipedulikan,malah kasar dan buruk sangka.Itu juga tidak adil.

Manusia yang bergelar ketua perlu adil kerna ketua adalah contoh teladan.Apabila ketua tidak menunjukkan contoh baik,maka orang bawahan akan memandang hina dan sinis.Ia menyebabkan ketua tidak dihormati dan dikagumi.Bergelar ketua perlu mempunyai peribadi mulia.Jika berasa tidak mampu berperibadi baik,maka jangan menjadi ketua,berikan pangkat dan gelaran kepada orang lain.

Pada zaman ini manusia berebut menjadi ketua dan pemimpin walaupun mereka tidak layak.Memang pelik manusia bergelar bekas banduan mahu menjadi Menteri.

Tanggungjawab ketua dan pemimpin amat berat.Jangan mengejar kuasa dan pangkat jika tidak layak.

4.Adil sebagai guru.

Guru adalah profesion mulia.Guru umpama lilin membakar diri sendiri demi menerangi orang lain.Namun bukan semua guru  menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai guru.Ada yang menjadi guru sebagai pilihan terakhir setelah tidak mendapat pekerjaan.

     Guru yang tidak adil  adalah guru yang  hanya prihatin dengan murid dan pelajar bijak.Manakala pelajar kurang cerdik disisihkan dan dianggap menyusahkan.Ramai guru hanya berminat mengajar dengan baik bila diminta mengajar pelajar bijak dan mencebik pabila diminta mnegajar pelajar kurang cerdik.

Ada  pula guru yang mengeji pelajar dalam kelas sedangkan ia perbuatan menjatuhkan maruah seseorang.

Bukan semua guru menjadi lilin.Ada pula guru yang merosakkan mental pelajar dan menjadikan pelajar tertekan dan bingung dengan pelajaran.Malah ada pula guru yang sibuk mengejar wang berniaga MLM setelah tamat perekolahan.Pelajaran pelajar terabai dek kerna sikap guru.

       Guru perlu adil kepada diri sendiri dan juga orang lain.Jangan rosakkan nama guru kerna guru adalah penyambung ilmu.

5.Adil dalam perbuatan.

   Kita lihat ramai manusia tidak adil dalam perbuatan.Perbuatan membuang sampah merata-rata adalah sikap tidak adil kerna istilah adil adalah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.Sampah tempatnya adalah tong sampah,bukan di jalanan,longkang dan sungai.

   Begitu ada manusia yang mengumpat tanpa hak.Mengumpat diharuskan dalam beberapa perkara bukan mengumpat sesuka hati siang dan malam.Mengumpat sesuka hati tanpa panduan dan kebenaran syarak adalah berdosa besar dan bakal masuk Neraka.Manusia adil akan hanya mengumpat dalam perkara yang dibolehkan seperti nasihat kepada manusia agar tidak mencontohi perbuatan buruk seseorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:22 AM | Show all posts
Begitu juga manusia yang melayan  jiran yang kaya dengan baik,manakala jiran yang miskin dan kurang mampu sebaliknya.Ia juga adalah perbuatan tidak adil.

6.Adil dalam poligami.

     Poligami itu harus namun ramai suami mengamalkan poligami tidak adil terhadap isteri-isteri.Isteri muda seriung dimanjakan,isteri tua dilayan dengan kasar.Isteri muda dibawa ke Eropah melancong,isteri muda hanya dibawa ke Langkawi.Itulah sikap tidak adil.
     Adil dalam poligami adalah wajib.Manusia yang bergelar suami akan ke Neraka jika tidak adil.

   Demikianlah beberapa contoh cabang keadilan.Kajilah Quran dan hadis dan bertanyalah ramai ulama' agar kita tidak tergolong dalam manusia yang tidak adil.Adil adalah sifat mahmudah dan kita wajar mengamalkan sifat mahmudah .

SALAH FAHAM MANUSIA MENGENAI KEADILAN.

     Ada  pula manusia yang tidak memahami keadilan dengan betul.Contohnya anak  bernama Ali memakai baju siza S,dan bernama Abu memakai size M namun ibu bapa membeli size S kerna mahu adil.itulah kebodohan ibu bapa.

      Begitu juga ibu bapa yang menghitung jumlah sudu nasi dan menyamakan setiap pinggan kepada anak-anak kerna mahu adil.Itu juga adalah salah.Biarlah anak-anak makan mengikut selera mereka,sebanyak mana mereka mahukan.

       Apabila seseorang mendapat pekerjaan  mengikut prosedur dan kelayakan sedangkan ketua jabatan tersebut adalah bapa saudaranya dan terbukti jelas bapa saudaranya tidak pernah mempengaruhi keputusan mendapat pekerjaan namun jabatan menolaknya,ia adalah tidak adil.Seseorang berhak mendapat pekerjaan mengikut kelayakan.Walaupun bapa saudaranya ketua jabatan,ia bukanlah alasan untuk menolak permohonan.

       Manusia sering menyalah tasir keadilan lantaran jahil dan tiada ilmu.Paling malang manusia tidak belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan.Hidup dihabiskan dengan mencari wang siang malam dan tidak pernah menimba ilmu,maka kejahilan terus bersarang dalam kehidupan.

Tanya diri sendiri,adakah aku adil dalam kehidupan?

Segala kebaikan dan kesempurnaan milik Allah swt Maha Gaha lagi Maha Mengetahui manakala diriku bernama Saat penuh kenaifan dan kelemahan…

Nota ditulis pada
9.40 pagi
8 Oktober 2011
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:23 AM | Show all posts
NOTA 3 : Adakah Baginda saw pernah marah?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah  sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
surah Ali Imran  ayat 200
Abu Hurairah mengatakan seorang lelaki bertemu Baginda saw dan berkata "Wasiatkan daku" maka Baginda bersabda "Jangan marah!".Baginda saw mengulanginya beberapa kali..Hadis riwayat Imam Bukhari.


بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
وبعد :
Bismillah

dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengasih....

Aku bersyukur  kerana sentiasa  mahukan ilmu.Aku bersyukur menjadi manusia dahagakan ilmu,bukan dahagakan wang.Aku bersyukur jadi manusia gilakan buku,bukan gilakan botol arak...

Aku bersyukur kerana merasai alam kanak-kanak,remaja dan dewasa.Aku berharap merasai  alam tua dan aku tidak mahu terlampau tua dan nyanyuk....Aku minta umur  90 tahun dan sihat...kalau umur panjang sakit macam2 susah juga!

Manusia itu ada sifat marah.Aku tidak terkecuali.Aku memang suka marah.Aku suka marahkan syaitan setiap hari kerana setiap saat mengajak aku melakukan dosa dan maksiat.Memang aku marah sangat dengan syaitan laknatullah...Memang aku naik angin dengan syaitan tapi apakan daya aku terpaksa berhadapan hasutan syaitan siang malam...

Baginda saw juga sentiasa dihasut syaitan sepanjang masa namun Allah swt menjaga Baginda saw dari gangguan syaitan.Kita manusia biasa ,bukan nabi....

Baginda saw juga pernah marah....Baginda saw marah kerana Allah,bukan marah tak tentu pasal macam orang marah petrol asyik naik je...
Petrol naik pun nak marah..Harga petrol ikut pasaran dunia....kalu nak jimat naik motor,pergi balik kerja baru RM2 sehari.....Pakai  BMW petrol naik,mahu marah sahaja....Kalau nak murah pi Venezuela,satu liter baru 20 sen......

Aku pun kadangkala pi KL park kereta dan naik LRT,ERL,Star atau Rapid.Lagi jimat dan x pening jem....
Tak pening bawa kereta.....kan senang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:23 AM | Show all posts
Antara kisah Baginda saw marah :
1.Seorang lelaki memaki hamun Saidina Abu Bakar r.a dan Abu Bakar diam.Namun lelaki tersebut terus memaki hamun Abu Bakar beberapa kali dan Abu Bakar tidak dapat menahan kesabaran terus memaki hamun lelaki itu pula.Baginda saw yang duduk di sebelah Abu Bakar bangun dengan kemarahan yang amat marah dan meninggalkan Abu Bakar.
Kemudian Abu Bakar bertanya selepas mendapatkan Baginda saw yang telah pergi "Mengapa engkau marah "Lantas Baginda saw menjawab " Ketika lelaki itu memaki hamun Malaikat berada bersama kita,namun bila engkau memaki hamun lelaki tersebut,syaitan pula datang dan aku tidak mahu duduk bersama syaitan".

2.Baginda saw sedang solat dan Abu Jahal telah melakukan sesuatu yang menyebabkan Baginda saw tidak boleh solat.Lantas Baginda saw amat marah dan berkata sesuatu.

3.Baginda saw mellaui sebuah kampung dan melihat penduduk membakar semut,lantas Baginda saw amat marah dan bersabda "Tidak layak seorang  manusia mengazab sebagaimana Allah mengazab".

4.Abdullah bin  Amru mendatangi Rasulullah dan memakai pakaian kuning,lantas Baginda saw marah.Lantas Baginda saw bersabda "Pergi dan buang".Amru bertanya  ke mana?
Baginda saw bersabda "Dalam api!".

5.Bilal bin Rabbah berkata "telah mati seorang wanita itu dan berehatlah ia.Lalu baginda saw amat marah dan bersabda "Sesungguhnya hanya yang berehat jika diampunkan dosanya".

6.Seorang lelaki memakai cincin emas di jarinya.Lantas Baginda saw marah dan mengambil cincin serta mencampakkannya ke tanah.

7.Seorang wanita telah mencuri dan para sahabat meminta diringankan hukuman .Baginda saw marah dan bersabda "Adakah kamu mahu meminta had yang telah ditentukan hadnya oleh Allah?".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:23 AM | Show all posts
Apabila kita membaca kisah tersebut,jelas menunjukkan bahawa Baginda saw juga marah namun Baginda saw marah kerana Allah,bukan marah mengikut perasaan membuta tuli....

Namun manusia hari ini suka marah membabi buta,bukan marah kerana Allah.Ada suami memaki hamun isteri hanya kerana lambat memasak.Ada isteri memaki hamun suami hanya kerana suami terlambat pulang rumah.

Ada pula manusia memarahi anak  membuta tuli.Ada pula guru memarahi anak murid membuta tuli.Ada pula manusia memarahi orang gila kerana kencing di tepi jalan.....Manusia suka marah tetapi tidak bertempat........

Yang paling pelik ada juga suami tidak marah isterinya yang suka membuka aurat,malah senyum sepanjang masa melihat maksiat dilakukan isterinya.Ada pula suami senyum melihat suaminya membeli nombor ekor...

Akhir zaman mansuia semakin rosak.Mereka rosak kerana tidak menanam iman,hanya menanam wang dalam bank dan makan siang malam.Mereka tahu makan nasi untuk kenyang namun membiarkan iman kurus kering dalam jiwa.......

Jadilah manusia suka marah namun marah bertempat!Marah Baginda saw adalah marah bertempat..Ikuti peribadi Baginda saw......

Kebaikan dan kesempurnaan hanyalah milik Allah swt Maha Perkasa lagi Maha Pencipta manakala diriku hanyalah insan naif dan kerdil....setiap hari melakukan dosa siang bin malam..........

NOTA DITULIS PADA :

1.10 pagi
20 Mei 2011
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:25 AM | Show all posts
NOTA 4 : ANTARA YANG BAIK DAN BURUK

"Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sama yang buruk dengan yang
baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu.Oleh itu
bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya
kamu berjaya."
surah al-Maaidah ayat 100.

الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله وخيرته من خلقه وأمينه على وحيه صلى الله عليه وعلى آله وصحبه ومن اهتدى بهديه.
أما بعد:

Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih
   Jam menunjukkan 6.30 pagi,hari Ahad,2 Oktober 2011.Aku masih belum tidur sepanjang malam kerna pelbagai tugas ...bertemankan TV dan radio,kepala ini mencari pelbagai idea menyiapkan pelbagai modul perniagaan..

  Aku bukanlah robot yang boleh bekerja 24 jam tanpa henti..namun kdgkala sepanjang malam berjaga melakukan pelbagai urusan...kalau malam x tidur,nanti jam 8 pagi aku tidur sampai 12 tengahari....

   Sudah lama x menulis nota Kisah Teladan.Sejak dua tiga menjak memang sibuk dengan pelbagai urusan....

Alhamdulillah genaplah usiaku 37 tahun pada 28 September lalu.Semakin bertambah umur,semakin pendek jangka hayat.Itu adalah pasti.Tiada apa pun tarikh lahir,,,hanya bertambah insaf dengan kematian yang semakin dekat..

Selepas solat subuh,aku minum nescafe...buat sendiri,isteri masih dibuai mimpi..almaklum cuti solat,tidurlah sepuasnya dari malam..

   Setelah 7 bulan Kisah Teladan lahir,jumlah fans tidak sampai 400 orang.Walaupun pengguna FB seluruh dunia ada 500 juta manusia,namun hany sedikit menjadi fans...itulah miskinnya page Kisah Teladan ini...

  Rakyat Malaysia lebih gemarkan page korek hidung dapat RM100 berbanding page ini.Page bodoh itu mendapat puluhan ribu fans!Memang pelik rakyat Malaysia...

Tidak perlu diulas apa itu baik,apa itu buruk kerna semua manusia faham makna baik dan buruk.Apa yang mahu diulas di sini adalah sikap manusia dalam memilih baik dan buruk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:25 AM | Show all posts
Cuba perhatikan sikap manusia hari ini..

1.Mereka suka mencari salah orang lain dan tidak pernah melihat kesalahan diri sendiri.
2.Mereka suka mmebuang sampah di mana sahaja walaupun ada tong sampah merata-rata.
3.Mereka suka mengumpat siang dan malam.
4.Mereka suka mengeluarkan perkataan kesat dan keji.
5.Mereka makan wang riba dan mengatakan ia bonus dan faedah.
6.Mereka melagakan ayam yang tidak berdosa..
7.Mereka berlumba haram..
8.Mereka minum arak dan berzina.
9.Mereka menggunakan ayat Allah demi kepentingan politik.
10.Mereka tidak hadir kuliah agama di masjid dan surau walaupun percuma.
11.Mereka dilalaikan dengan Facebook siang dan malam.
12.Mereka menganggap manusia taraf rendah sebagai hina dan memalukan.
13.Mereka bergelar guru namun tidak menunjukkan contoh dengan baik.
14.Mereka makan rasuah sen dan ringgit.
15.Mereka membunh dan bakar.
16.Mereka meragut dan mencuri.
17.Mereka tidak solat..
18.Mereka hanya solat Jumaat dan abaikan solat 5 waktu.
19.Mereka melagakan manusia hingga saling membenci dan bergaduh.
20.Mereka menjadi ibu bapa yang tiada keimanan serta tidak mampu menanam iman dalam jiwa anak-anak.
21.Mereka sentiasa mahukan Syurga dan malas beribadat.
22.Mereka takut Neraka namun melakukan pelbagai perbuatan yang memasukkan ke Neraka.
23.Mereka menggunakan kuasa dan pengaruh untuk kepentingan diri sendiri.
24.Mereka mempunyai kuasa namun mengabaikan rakyat.
25.Mereka membuat fitnah jijik siang dan malam.
26.Mereka kuat bekerja tekun siang malam namun abaikan ibadat.
27.Mereka menjalankan perniagaan haram.
28.Mereka menghasilkan pelbagai  produk  kesihatan dan makanan yang mengandungi bahan berbahaya kepada manusia.
29.Mereka menjawab salam waalaikumsalam bila bukan Islam memberi salam.
30.Mereka menagih dadah dan ganja.
31.Mereka menghancurkan rumah tangga orang lain yang bahagia.
32.Mereka menjual daging lembu yang dicuri.
33.Mereka mencurah minyak dan meletakkan paku di jalanan..
34.Mereka menaikkan harga sewenangnya.
35.Mereka  membiarkan diri jahil dan terus jahil..
36.Mereka mampu memandu BMW  namun x bayar zakat.
37.Mereka mendengar kisah Neraka namun tiada langsung perasaan takut dan insaf..
38.Mereka membuang tuala wanita dalam lobang tandas awam..
39.Mereka menganggap gosip adalah kisah benar,bukan fitnah.
40.Mereka berjalan dengan sombong dan angkuh...

    Setiap hari pelbagai kisah manusia dipaparkan.Memang menyedihkan  membaca pelbagai kisah salah laku manusia.Ada polis rasuah,ada pelajar sekolah dibunuh,ada orang tua berzina,ada pemandu mabuk kemalangan,ada isteri curang,ada suami curang,ada anak lari rumah,ada jadi bomoh cabul,ada manusia yang melakukan pelnbagai kisah-kisah benar yang rosak ..


    Walaupun baik itu jelas,buruk itu terang,mengapa manusia memilih buruk?
Plato ada mengatakan "Perkara pertama dan kejayaan terbesar adalah menguasai diri".
Dalam diri manusia,Allah swt berikan akal yang waras dalam membuat penilaian sama ada memilih
baik atau buruk.Allah swt  tidak pernah memaksa akal untuk  memilih kejahatan sepanjang masa dan
memberi pilihan kepada manusia.

     Apakah penguasaan diri?Manusia berjaya dan cemerlang adalah manusia yang menguasai dirinya.Apakah penguasaan diri yang membawa kepada kejayaan dan kecemerlangan?Iaitu manusia yang tahu menilai baik dan buruk serta  mmeilih yang baik.Itulah manusia berjaya.

   Mengapa ada pekerjaan halal seperti operator kilang tapi memilih pekerjaan GRO?Mengapa tahu mengumpat dosa besar namun masih mengamalkan?Mengapa  diberikan jawatan tinggi seperti menteri dan pengarah tapi menyalahgunakan kuasa dan pangkat?Mengapa  seseorang sanggup meminum racun membunuh diri sedangkan kehidupan itu indah?Mengapa manusia  memilih lelaki atau wanita yang tidak beriman sebagai pasangan hidup sedangkan ramai manusia baik dan beriman?Mengapa dan mengapa?

Itulah gunanya  penguasaan diri di mana manusia menggunakan akal dengan bijak.Ramai manusia melihat pakaian dan  jenis kereta sdgkan pakaian dan jenis kereta hanyalah satu perhiasan.Kita lihat betapa ramai memandu BMW dan Mercedes berharta ratusan ribu namun membuang kulit rambutan dari dalam kereta di jalan  raya?Berapa ramai manusia memakai kot dan tali leher namun terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa?Tidakkah itu bukti pakaian dan kereta hanya perhiasan?

Apabila lidah mahu mengumpat,manusia yang gagal menguasai diri akan melepaskan lidah mengumpat..namun manusia yang berjaya menguasai diri akan menahan lidahnya sekuat mungkin agar tiada satu pun perkataan umpatan keluar...

Apabila melihat gaji GRO 5 ribu sebulan,namun manusia yang berjaya menguasai diri akan menjauhkan pekerjaan tersebut walaupun ia mudah dan pendapatan banyak.Begitu juga apabila mahu membuang sampah merata-rata,manusia yang berjaya menguasai diri akan menahan tangannya dan memastikan sampah masuk dalam tong sampah.

Amat berbeza manusia yang berjaya menguasai dirinya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:26 AM | Show all posts
Apabila tangan kita mahu mencuri atau membunuh,adakah sebab Allah swt ?Tidak...segala perbuatan dilakukan oleh tangan kita adalah kehendak diri kita sendiri...Allah swt hanya mencipta tangan dan memberi kebebasan manusia melakukan apa sahaja yang dikehendaki..

Penguasaan diri bergantung kepada akal .Apabila akal ditanam iman,akal sentiasa menyuruh kebaikan dan menjauhi kejahatan...akal sentiasa memberi idea perkara baik ..itulah akal manusia beriman.

Cuba tepuk tangan....tangan kiri dan kanan.Adakah kita menepuk tangan dengan sukarela atau ada kuasa yang menyebabkan kita menepuk tangan?Tiada kuasa yang memaksa kita menepuk tangan,hanya kita memilih untuk melakukannya..begitulah dengan apa juga kita lakukan ....

Kita mempunyai akal dan akal memandu kita memilih baik dan buruk.Bukan SESIAPA yang memaksa atau menyebabkan semua pancaindera melakukan sesuatu yang bukan keinginan kita.....Adalah gila apabila seseorang minum arak atau bekerja sebagai GRO dan menuduh Allah swt menjadikan mereka sedemikian.Tuduhan terhadap Allah swt amat besar dosanya..

FIKIRKAN  apa sahaja kita lakukan dan katakan setiap hari..adakah baik atau buruk?

Segala kesempurnaan dan kelebihan milih Allah Maha Mengetahui lagi Amat Perkasa ,manakala kelemahan dan kenaifan milikku seorang manusia bernama Saat......

Terima kasih kerna membaca........


NOTA DITULIS PADA :
2 Oktober 2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-12-2011 11:27 AM | Show all posts
NOTA 5 : BERIMAN DENGAN TAKDIR ALLAH.........

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang
ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja dan Dia
mengetahui apa yang ada di darat dan di laut dan tidak gugur sehelai
daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun
dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering,
melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang
terang nyata."
surah al-Anaam ayat 59

"Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak
mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam
pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu
menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang
sempurna."
surah al-Furqan ayat  2

Bismillah
dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Amat Pengasih..
Jam 8.16 malam,24 Jun 2011,baru lepas makan malam.Alhamdulillah malam ini makan ayam sambal dan kerang rebus masakan isteri kesayangan...

Kebiasaannya mata terpacul ke TV jam 8 hingga 9 malam...Namun malam ini,aku menghadamkan makanan yang penuh dalam perut dengan menulis nota...Sambil  perut bekerja,jemari ini bekerja..

Sambil TV melontarkan berita,aku sesekali menjeling ..Jika ada berita menarik minat,aku tumpukan.Jika tidak,sekadar dengar sahaja..



Kita semua pernah merasai perut ibu kecuali Adam dan Hawa.Adam dan Hawa tidak merasai menjadi janin dan berada dalam perut ibu.Kejadian Adam dan Hawa amat menarik,menunjukkan betapa Allah swt Amat Berkuasa mencipta apa sahaja...

Betapa susahnya ibu mengandung anak...Kira-kira 9 bulan lebih ibu mengandungkan.Ia adalah ujian amat  berat bagi seseorang ibu.Membawa kandungan ke mana sahaja,siang dan malam..

Mengingatkan betapa ibu  amat berjasa,Allah swt mewajibkan manusia mentaati ibu,sebagaimana firman-Nya :
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan
susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah
kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua
tempat kembali (untuk menerima balasan)."
surah Lokman ayat 14.
  Ok,jumpa lagi...............aku nak layan History Channel dalam Astro....2 pagi aku tidurrr........

Selepas solat Subuh,aku bersarapan Tongkat Ali dan sekeping biskut,kemujdian melayan TV Hijrah dalam Astro....jika tiada Astro,mungkin tahun depan baru ada TV Hijrah.....Kalau bukan tahun depan,tahun selepasnya....Ramai dah komplen dalam Facebook,namun TV Hijrah masih belum sampai ke pelusuk negara...yang menghairankan TV Hijrah dah sampai ke Sabah,Melaka belum sampai....adakah Sabah  lebih dekat dari ibu TV Hijrah di KL,aku pun x tahu kerna aku bukan pakar bidang satelit!

9.25 pagi 25 Jun.....aku menyambung .....

   Alhamdulillah sihat di pagi Sabtu ini....

  Bila ditanya “kamu beriman?” Manusia menjawab ‘Ya..........”.Mereka semua mengaku beriman.
Beriman bukan semudah ucapan,kerna iman itu mengikut Imam Bukhari rahimullah adalah menyebut dengan lidah ,percaya  dalam hati dan mengamalkan.Jika seseorang mengaku beriman dengan Allah iaitu percaya kewujudan Allah swt sebagai Tuhan,Maha Melihat lagi Amat Mengetahui,mengapa ramai manusia meragut dan tinggalkan solat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:28 AM | Show all posts
Itu bermakna manusia hanya percaya dalam hati namun mereka tidak menterjemahkan keimanan dengan amalan.Islam bukan agama bercakap,islam agama praktikal yang perlu diterjemahkan keimanan melalui perbuatan.Jika seseorang abaikan solat 5 waktu,ia menunjukkan tiada amalan melalui perbuatan.

Ramai manusia tidak memahami apa itu iman.Bagi mereka cukuplah percaya kepada Allah itu Tuhan,mengetahui nama 10 Malaikat ,Quran itu kalamullah,Iman dengan Qadar Qasdar,percaya hari kiamat,percaya ada siksa kubur.Bagi mereka percaya sudah cukup,namun amalan untuk membuktikan kepercayaan adalah tidak penting.


Dalam Islam,iman itu penting.Dalam Quran diulang ribuan kali ayat yang menggunakan perkataan “manusia beriman”.

Jika kita lihat kepada sikap umat Islam moden,mereka tidak pernah mengkaji apa itu Iman.Bagaimana menghayati rukun iman.Bagaimana iman itu boleh rosak.Bagaimana amalan yang menjadikan seseorang itu beriman.

Solat 5 waktu bukan menjadikan seseorang beriman,kerna manusia yang sering menunaikan solat juga akan masuk Neraka,sebagaimana firman Allah swt  :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari
pembalasan)?
2. Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
3. Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak
diterima oleh orang miskin.
4. (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang
mendustakan agama), maka  neraka Wail  bagi orang-orang Ahli
Sembahyang;
5. (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan
sembahyangnya;
6. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam
ibadat dan bawaannya),
7. Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang
yang berhak mendapatnya).
Surah al-Ma’un ayat 1-7

  Apabila kita solat 5 waktu dalam lalai dan tidak khusyuk,serta riak dan mahu dipuji,solat itu sia-sia dan Allah swt telah menjanjikan neraka Wail untuk manusia solat.Ini buktinya manusia solat 5 waktu bukan tanda manusia beriman.



  Solat yang memberi jaminan manusia itu lepas dari Neraka adalah solat manusia khusyuk,ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah.Solat mereka juga menjadi benteng dari segala kejahatan dan maksiat.Itulah solat yang menjadikan seseorang beriman.

   Ramai manusia menyangka mereka beriman pabila sudah menunaikan solat 5 waktu dan akan mendapat Syurga sedangkan solat itu bukan jaminan.Solat perlu dirasai kemanisannya untuk khusyuk.Manusia yang mahu khusyuk perlu memahami apa yang dibaca sejak takbiratul ihram hinggalah mmeberi salam.Memahami bacaan adalah salah satu cara untuk khusyuk.

Pabila lidah membaca Alhamdulillahirabbil’alamin,dalam hati mengiringi maknanya.Ramai manusia tidak berjaya khusyuk kerana mereka tidak memahmai bacaan solat dan tidak berusaha memahaminya sedangkan dalam solat adalah ayat-ayat yang mudah.

Kita perlu meghafal makna segala bacaan solat jika mahu menikmati kemanisan solat.Jika solat ratusan rakaat sehari namun tidak menikmati kemanisan solat,maka solat itu adalah sia-sia dan lalai.Adakah susah untuk memahami bacaan solat?

Adalah berbeza mendengar lagu yang kita fahami dengan mendengar lagu yang tidak difahami.Jika kita mendengar lagu Korea Winter Sonata,lagu dan melodi amat mengasyikkan,namun jika kita memahami setiap makna bait lirik lagu tersebut,ia lebih mengasyikkan.Begitulah dengan solat.Memahami apa yang dibaca dalam solat akan melahirkan kekhusyukan dan khusyuk itulah kemanisan solat.

Baginda saw bersabda “Solatlah sebagaimana  kalian melihat daku bersolat”.Ia mudah.Jika Baginda saw melakukan thomakninah,maka kita lakukan .Jika Baginda saw khusyuk,kita lakukan.Itulah mencontohi Nabi saw.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:28 AM | Show all posts
Kita diajar mengakui rukun Iman yang lima :
    Percaya kepada Allah
    Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
    Percaya kepada Malaikat-Malaikat
    Percaya kepada Kitab-Kitab
    Percaya kepada Hari Akhirat
Percaya kepada Qada' dan Qadar.

Tajuk nota kali ini adalah BERIMAN DENGAN TAKDIR ALLAH  iaitu termasuk dalam rukun iman ke lima Percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
“Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Al-lmam Muslim

   Dalam hadis tersebut jelas mengatakan mengenai ketentuan Allah kepada manusia iaitu rezeki,ajal,amalan,syurga dan Neraka.

Mengenai ketetepan Syurga dan Neraka,seorang sahabat bertanya “Ya Rasululullah,jika sudah ditetapkan Syurga atau Neraka,apa guna kita beribadat?”Baginda saw menjawab “Berbuat baiklah kamu dan dekatkanlah diri kalian kepadaNya. Sesungguhnya penghuni syurga,perbuatannya ditutup oleh amalan penghuni syurga walau apa pun yg ia kerjakan. Dan penghuni neraka ditutup perbuatannya dengan amal penghuni neraka walau ia mengerjakan apa pun." Kemudian Rasulullah kembali bersabda sambil mengangkat kedua tangannya; "Tuhan kalian telah berlepas diri. Satu Kelompok di antara kalian di syurga dan kelompok lain di neraka."
(Hadis Riwayat Imam Ahmad,At-Tirmidzi dan An-Nasa`i)

Hadis di atas adalah panjang.Kisah penuhnya begini :

Abdullah bin Amr; Katanya:
"Rasulullah menemui kami sambil membawa dua buku di tangannya. Baginda bertanya: "Tahukah kalian buku apakah ini?" Kami menjawab; "Tidak ya Rasulullah,melainkan engkau beritahu kami." Rasulullah menjawab sambil menunjukkan kitab yg ada di tangan kanannya; "
Ini adalah kitab daripada Tuhan sekalian alam. Di dalamnya terdpt nama-nama penghuni syurga dan nama-nama org tua mereka serta kabilah-kabilah mereka. Lalu ALLAH melengkapkan dengan penghuni terakhir dan setelah itu tidak ada lagi yg ditambah atau dikurangi." Kemudian baginda menunjukkan kitab yg berada di tangan kriinya sambil bersabda; "Ini adalah kitab daripada Tuhan sekalian alam. Di dalamnya yerdpt nama-nama penghuni neraka dan nama-nama org tua mereka serta kabilah mereka. Lalu ALLAH melengkapkan dengan penghuni terakhir dan setelah itu tidak ditambah dan tidak dikurangi selamanya."

Para sahabat bertanya: "Kalau begitu,apakah manfaat amal ibadah jika segalanya sudah ditetapkan?" Rasulullah bersabda; " Berbuat baiklah kamu dan dekatkanlah diri kalian kepadaNya. Sesungguhnya penghuni syurga,perbuatannya ditutup oleh amalan penghuni syurga walau apa pun yg ia kerjakan. Dan penghuni neraka ditutup perbuatannya dengan amal penghuni neraka walau ia mengerjakan apa pun." Kemudian Rasulullah kembali bersabda sambil mengangkat kedua tangannya; "Tuhan kalian telah berlepas diri. Satu Kelompok di antara kalian di syurga dan kelompok lain di neraka."


Kita lihat kehidupan manusia.Ada yang bekerja 6 jam sehari,mereka mendapat RM5000 pendapatan sebulan.Ada yang bekerja 12 jam sehari,namun mereka hanya memperoleh RM800 sahaja sebulan.Itulah rezeki.Allah swt telah menetapkan rezeki manusia sejak dalam perut ibu lagi.

Namun manusia tidak boleh menanam dalam jiwa akidah mazhab Qadariyyah.Mazhab sesat tersebut adalah mazhab yang berpegang kepada semuanya ketentuan Allah dan tidak perlu berusaha.Apabila mereka miskin dan papa,mereka tidak mahu berusaha dan menganggap itulah sahaja rezeki mereka.Itulah fahaman sesat menyesatkan.

Fahaman ahli sunnah wal jamaah adalah benar iaitu kita perlu berusaha dan terus berusaha kerna kita tidak tahu berapa banyak rezeki kita.

Seorang ahli politik yang sentiasa menunjukkan dirinya warak dengan serban dan jubah mengatakan “Miskin itu takdir Allah..mengapa kita nak heboh tentang kemiskinan negeri ini?”itulah jawapan seorang bertaraf ulama’ namun sesat.Kata-kata tersebut jelas mengikut fahaman Qadariyyah yang menyimpang dari pegangan ahli sunnah wal jamaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2011 11:30 AM | Show all posts
Kita lihat ketekunan negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad.Ketika menerajui negara,bangsa Melayu miskin adalah 70 %.Usaha beliau memajukan negara dan memberi motivasi kepada bangsa Melayu telah menurunkan kadar kemiskinan kepada 5 % sahaja setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.Itulah usaha.Bukan sekadar bergantung dengan ketentuan Allah.

Ramai cendekiawan dan manusia berilmu dan beriman tidak memakai jubah dan serban seeprti Imam Hassan al-Banna,Syahid Imam Syed Qutub dan sebagainya.Walaupun mereka memakai pakaian biasa,namun mereka terlah berjasa kepada bangsa dan agama.

Dalam Islam,kita perlu mengutamakan apa yang lebih penting.Contoh mudah memakai pakaian cantik dalam solat itu sunat,namun khusyuk dalam solat adalah wajib kerna jika manusia lalai dalam solat ,mereka dijanjikan neraka Wail.Ramai manusia mengambil berat pakaian cantik dalam solat,namun jiwa mereka kosong dan solat dengan lalai.itulah manusia yang mengutamakan perkara tidak penting.

Begitulah  Dr Mahathir.Beliau mengambil aspek lebih penting seperti membasmi kemiskinan,memajukan pendidikan rakyat,mengubah mentaliti bangsa Melayu,memodenkan negara,memperbaiki kemudahan awam dan sebagainya.Beliau melihat aspek yang lebih penting.

Tulisan ini bukan mahu menghina manusia memakai serban dan jubah,namun manusia yang memakai jubah dan serban untuk kepentingan politik dan menyesatkan manusia adalah Munafik.Ketika Baginda saw masih hidup,Abdullah bin Ubai adalah ketua Munafik .Abdullah memakai jubah dan serban,serta solat di belakang Baginda saw,namun Allah swt telah memberitahu sifat Munafik Abdullah mellaui wahyu yang diturunkan  kepada Baginda saw.

Begitu juga ketika berlaku perpecahan umat islam zaman Saidina Omar,Osman dan Ali hinggalah zaman Khalifah Umayyah,Abasiyyah,Fathimiah hinggalah terakhir Khilafah Osmaniyyah di Turki.Golongan Munafik menggunakan pakaian seperti berserban dan jubah untuk menjadikan mereka mendapat ramai pengikut dan melakukan perpecahan kepada umat islam.

Oleh demikian,kiat perlu memahmai Quran dan hadis dengan biak dan membaca sirah dan sejarah Baginda saw,sahabat,tabiin hinggalah zaman moden.Ini untuk mmeberi kefahaman menegnai sikap dan watak manusia.

Ramai manusia tertipu dengan golongan yang mengaku mereka lebih Islam hanya kerna mereka berjubah dan berserban,sedangkan amalan dan perbuatan mereka amat bercanngah dengan islam sebenar.


Tokoh ilmuwan Tok Kenali pernah bersajak :

ikut bapamu, tetapi takutkan Tuhan

kuasailah pengetahuan agama dan politik

ilmu itu apa yang terguris dalam hati

pengetahuan manusia terbatas.

Mengaku salah jika bersalah.

Sunnah Tuhan sudahlah wajar

biar mati adat, jangan mati syarak.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Bertanya pada yang tahu.

Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya.

Doa adalah senjata orang mukmin...

Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali ialah seorang tokoh ulama, guru,dan tokoh pembangun pemikiran umat Islam di dunia asia tenggara.

Beliau dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof di penghujung pemerintahan Sultan Muhammad II (1837-1886M).
Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi dan murni.

Itulah biodata ringkas ulama’ terbilang....

   Sebelum aku bergelar penulis,aku menziarahi makam beliau di Kelantan dan bertemu dengan cucu beliau untuk mendapat pelbagai ilmu di samping menghayati kehidupan ulama’ tersohor itu.Tok Kenlai adalah ulama’ ikhlas membangunkan bangsa dan agama,bukan ulama’ picisan yang mengaku Islam namun sifat dan amalan adalah bersifat Munafik.

  Di Melaka ada sebuah pulau yang dinamakan Pulau Melaka.Ada cerita mengatakan banyak kubur wali Allah di situ.Ketika zaman mereka,wali Allah tersebut mmebuat wasiat agar dikuburkan di pulau tersebut dan jauh dari perkuburan manusia kerna tidak mahu diganggu dengan gangguan kuburan ahli maksiat.Namun banyak batu nisan kubur telah dimusnahkan jabatan agama negeri Melaka kerna ramai manusia melakukan pemujaan dan khurafat seeprti berdoa,meminta nombor ekor dan sebagainya.Aku pernah ke sana sekali  namun setelah pulang berlaku kejadian misteri....lain kali aku akan ceritakan....sabar yea!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.691199 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list