CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 105|Reply: 0

Parti Ikhwanul Muslimin menang besar

[Copy link]
Post time 8-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
KAHERAH: Parti politik pergerakan Ikhwanul Muslimin semalam berkata, mereka menang majoriti kerusi dalam pilihan raya kedua Mesir yang memberikan parti itu sekurang-kurangnya 40 peratus kerusi di Parlimen.\rParti Kebebasan dan Keadilan, dalam satu kenyataan berkata, mereka menang 36 daripada 56 kerusi yang diberikan kepada calon individu dalam undian yang tamat kelmarin. \r\n\n\n\n\rPergerakan Islam itu sudah pun menang hampir 37 peratus undi dalam pilihan raya pusingan awal yang memberikan kerusi menurut senarai parti.\r\r\n\n\n\n\nSayap politik Ikhwanul Muslimin itu dan blok Islam lain setakat ini menguasai pilihan raya pertama sejak kejatuhan Hosni Mubarak Februari lalu, dengan parti liberal ketinggalan.\rParti Al-Nour berada di tempat kedua selepas Ikhwanul Muslimin, menang hampir satu perempat daripada undian dalam pemilihan bagi senarai parti lewat November lalu.\rJurucakap parti itu, Yousseri Hamed, memberitahu The Associated Press semalam, kumpulannya menang sekurang-kurangnya lima kerusi tambahan dalam pilihan raya pusingan kedua itu. Undian masih dikira.\rBagaimanapun, sebahagian calon Islam lain berdepan saingan hebat di Kaherah. \r\n\n\nCalon Parti Keadilan yang lebih liberal, Mostafa al-Naggar, berkata dia mengatasi calon Ikhwanul Muslimin dalam undian pusingan kedua itu.\rSementara itu, pergerakan Islam berkenaan berkata, salah seorang calon mereka mengalahkan calon kontroversi Al-Nour, Abdel-Monem el-Shahat, di Iskandariah.\rEl-Shahat mencetuskan kekecohan ketika kempen pengundian dengan berkata novel tulisan pemenang Hadiah Nobel Sastera Mesir, Naguib Mahfouz, yang dibaca secara meluas di sekolah di negara itu sebagai pelacuran.\rIkhwanul Muslimin dan kumpulan Islam lain sudah sekian lama menawarkan perkhidmatan sosial dan perubatan kepada berjuta-juta penduduk miskin Mesir, yang memberikan mereka sokongan politik. \rUndian untuk 498 anggota Parlimen diadakan dalam tiga tahap, dengan dua pertiga daripada penduduk negara itu masih belum membuang undi.\rSementara itu, kerajaan sementara yang diterajui Perdana Menteri dilantik tentera dijangka mengangkat sumpah semalam.\rMereka cuma mentadbir Mesir sehingga undian untuk kedua-dua dewan di Parlimen diputuskan Mac ini.\rKamal el-Ganzouri dinamakan sebagai Perdana Manteri bulan lalu selepas pentadbiran sementara terdahulu meletak jawatan berikutan pertempuran ganas antara penunjuk perasaan dan polis.\rPelantikan el-Ganzouri sepatutnya memenuhi tuntutan penduduk awam yang mahukan kerajaan lebih berkuasa dan mampu berdepan dengan ketidakstabilan, ketegangan sosial dan krisis ekonomi yang melanda negara itu.  AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.257609 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list