CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Lelaki hina Raja Thai kena penjara

[Copy link]
Post time 9-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Sebuah mahkamah di Thailand menjatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun kepada warga Amerika semalam kerana menghina keluarga diraja negara itu dengan terjemahan petikan biografi Raja yang diharamkan dan menyiarkannya secara online. \rLelaki berbangsa Thai kelahiran Amerika, Joe Gordon, 55, kelihatan tenang dengan buku lali digari, memakai pakaian seragam penjara berwarna jingga ketika keputusan dibacakan di mahkamah jenayah Bangkok. \r\n\n\n\n\r  Hakim Tawan Rodcharoen berkata, hukuman itu pada asalnya penjara lima tahun tetapi dikurangkan kerana Gordon mengaku salah pada Oktober.\r\r\n\n\n\n\n  Gordon menyiarkan laman yang mengharamkan biografi Raja Bhumibol Adulyadej beberapa tahun lalu ketika tinggal di Colorado, Amerika Syarikat dan kes itu mencetuskan persoalan mengenai keupayaan undang-undang Thailand bertindak terhadap perilaku warga asing di luar  negara itu.\rBercakap selepas penghakiman, Gordon berkata “Saya warga Amerika dan kejadian itu berlaku  di sana.” \rBeliau  juga yakin tidak  akan dilepaskan dengan mudah.\r“Inilah sistem di Thailand. Di negara ini, mereka memenjarakan orang walaupun tiada bukti,” katanya.\r\n\n\n\rGordon ditahan akhir Mei ketika melawat Thailand untuk mendapatkan rawatan perubatan. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 1.282874 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list