CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

Rasuah di Indonesia bertambah tenat

[Copy link]
Post time 9-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Mahkamah Perlembagaan akui kehabisan idea, mahu pesalah dimalukan\rJAKARTA: Ketua Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Mahfud MD  akhirnya membuat pengakuan bahawa  beliau sudah  kehabisan idea untuk menyelamatkan Indonesia daripada perbuatan rasuah.\r\n\n\n\n\r  Mahfud, yang berang dengan penggubal undang-undang dan pegawai kerajaan dalam ulasannya, mengutuk rasuah,  dengan menyatakan pesalah rasuah perlu dimalukan dengan dikurung dalam zoo khas.\r\r\n\n\n\n\n  Katanya, beliau tidak tahu apa yang perlu lagi dikatakan mengenai rasuah dan masalah birokrasi yang melanda kerajaan Indonesia.\rBeliau juga menyelar bekas aktivis atau ahli akademik yang turut terbabit dalam rasuah selepas mendapat kuasa.\r“Orang yang sering bercakap mengenai rasuah, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan yang pernah membantah rasuah apabila menjadi pemimpin, berakhir dipenjarakan kerana rasuah,” katanya. \rKetika bercakap di Universiti Indonesia, pemimpin yang dihormati itu berkata kesan penyelewengan birokrasi Indonesia turut menjejaskan iklim perniagaan.\r\n\n\n  “Kenapa ramai ahli perniagaan memberi rasuah? Jawabannya ialah kerana  birokrat mahukan suapan,” katanya. \rBeliau berkata walaupun pemimpin silih berganti,  keadaan birokrasi di Indonesia terlalu kotor dan masih tidak berubah. \r“Marilah berhentikan daripada mengemukakan teori. Lebih baik bertindak terus, jika seseorang menyalahgunakan kuasa birokrasi, saya akan hapuskan mereka,” katanya. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 1.872698 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list