CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

Produk tempatan diakui

[Copy link]
Post time 9-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Produk tempatan diakuiOleh Serimah Mohd Sallehuddin (Yang mengikuti rombongan FINAS ke ATF 2011 di Singapura)serima@bharian.com.my2011/12/09\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nATF semakin mendapat perhatian penerbit, penyiar dan pengedar Malaysia\rMATLAMAT Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk memperkenalkan karya tempatan ke peringkat global semakin mendapat sambutan penggiat industri kreatif apabila jumlah penyertaan ke Forum Televisyen dan Pasaran Asia (ATF) 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura, bertambah tiga ganda.\r\n\n\n\n\rTahun lalu, acara tahunan itu disertai kira-kira 23 syarikat, bagaimanapun keyakinan penggiat industri kreatif ke atas peranan dimainkan FINAS dengan usaha sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) kian bertambah apabila 63 syarikat terdiri daripada penerbit, penyiar dan pengedar menunjukkan minat menyertai forum selama tiga hari bermula Rabu dan berakhir hari ini.\r\r\n\n\n\n\nPengarah Eksekutif, Hiburan & Media, Agensi Media & Kreatif Global (GCMA), Adam Ham, berkata daripada 63 penyertaan, sebanyak 23 daripadanya ialah penjual program. \rKatanya, ramai penjual program memohon untuk menyertai Pavilion Malaysia tetapi terpaksa ditolak berikutan ruang yang terhad.\r\"Pada ATF kali ini, FINAS menyediakan ruang paling besar supaya kehadiran Malaysia dalam pasaran kreatif itu lebih menonjol. Malah banyak permohonan untuk menyertai Pavilion Malaysia terpaksa ditolak kerana kesemua 23 meja yang disediakan sudah ada pemilik.\r\"Ia menunjukkan kesedaran penggiat industri kreatif untuk melangkah ke peringkat global dalam menjana pulangan yang lebih tinggi sudah mula timbul. \r\n\n\nMereka juga mula sedar peranan penting Pavilion Malaysia yang diwujudkan sejak tahun lalu,\" katanya yang bertanggungjawab mengatur, menguruskan dan menyelia bagi pihak kerajaan di dalam mana-mana pasaran kandungan kreatif di seluruh dunia.\rSelain menyediakan ruang jualan produk tempatan paling besar, FINAS turut menganjurkan beberapa aktiviti lain supaya kehadiran Malaysia di dalam acara yang memasuki 12 tahun penganjurannya lebih disedari. Antaranya dengan menganjurkan majlis makan tengah hari, menyediakan ruang kopi untuk peserta secara percuma serta turut mengadakan sebanyak empat forum perbincangan bersama penceramah luar negara.\rSementara itu Pengerusi FINAS, Datuk Md Afendi Hamdan, nyata amat berpuas hati dengan sambutan yang cukup menggalakkan daripada syarikat tempatan. Beliau bagaimanapun berharap, peserta Pavilion Malaysia tidak hanya menyertai forum selama tiga hari ini untuk menjual produk mereka semata-mata, sebaliknya harus menggunakan peluang yang ada untuk mencari peluang menjalin kerjasama antarabangsa.\rPada majlis makan tengah hari anjurkan FINAS itu, tiga syarikat tempatan turut mengambil peluang mengumumkan kejayaan menjalinkan kerjasama dengan syarikat antarabangsa. \rTurner Broadcasting System Asia Pasifik, mengumumkan siri animasi prasekolah terbitan tempatan, ABC Monsters yang dihasilkan Studios Animasia mendapat kepercayaan daripada Cartoon Network Asia dan Boomerang untuk pasaran Australia serta New Zealand. Program itu akan ditayangkan bermula Januari tahun depan.\rEd-Onlie Technologies yang menerbitkan animasi berjudul Eori pula mendapat kepercayaan Korea NHC Media dengan menjalinkan penerbitan bersama siri kartun berkenaan. Eori sudah mula ditayangkan di saluran KBS TV2 (Korea) sejak sebulan lalu. Eori mencipta rekod apabila mencatat sasaran penonton yang tinggi setiap kali ditayangkan. Animasi berkenaan akan mula ditayangkan di Astro Ceria bermula Mac ini.\rSementara itu FriedChillies Media pula mengumumkan penubuhan saluran FriedChillies Food Network. Saluran ala Asian Food Channel (AFC) itu akan memperkenalkan pelbagai jenis makanan Asia dan juga dokumentari pengembaraan.\rMd Afendi berkata, sejak enam tahun FINAS menyertai ATF, tahun ini cukup bermakna kerana perkembangan produk terbitan tempatan yang kian membanggakan. \rBukan saja kerana kepesatan penerbitan produk, tetapi juga produk tempatan khususnya animasi semakin mendapat kepercayaan negara luar seperti Korea dan Jepun.\r\"Produk terbitan syarikat tempatan bukan saja semakin berkembang, namun lebih menggembirakan kualiti mereka setanding keluaran antarabangsa sehingga banyak negara luar mula berminat untuk bekerjasama dengan kita. Saya turut didatangi wakil dari saluran Disney yang katanya berminat untuk menayangkan siri animasi keluaran negara kita. \r\"Ini menunjukkan produk terbitan kita semakin diiktiraf. Oleh itu saya menggesa supaya penggiat industri kreatif mengambil peluang ini. \r\"Saya percaya jika syarikat penerbitan tempatan ingin menembusi pasaran luar negara, itulah cara yang mereka harus lakukan. Saya juga menggesa agar lebih banyak syarikat bumi putera dapat menyertai Pavilion Malaysia. Kos yang dikenakan FINAS tidaklah begitu tinggi, lagipun mereka boleh membuat tuntutan melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Negara (MATRADE) yang menyediakan rebat pulangan sebanyak 50 peratus untuk setiap kos yang mereka keluarkan untuk menyertai forum sebegini,\" katanya.\rATF yang dianjurkan Reed Exhibition sejak 12 tahun lalu ialah pasaran media utama Asia yang disertai lebih 254 syarikat jualan kandungan televisyen antarabangsa dengan lebih 400 pembeli daripada 41 negara. Antara pembeli berpotensi ialah Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Sepanyol, Korea, China, Jepun, Taiwan, Vietnam dan banyak lagi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.074378 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list