CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 106|Reply: 0

Wajah lumayan

[Copy link]
Post time 10-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LALUAN direntasi Kareena Kapoor cukup menarik untuk disorot. Dibesarkan dalam keluarga berdarah seni, Kareena sudah terbiasa menjadi tumpuan media sejak usia muda, namun hanya memperoleh peluang pertama untuk berlakon pada 2000 menerusi filem, Refugee.\rNamanya melonjak menerusi filem melodrama, Kabhi Khushi Kabhie Gham yang mencipta kejayaan luar biasa di pasaran antarabangsa pada 2001. Bagaimanapun, kejayaan itu tidak menjamin ruang selesa bagi gadis yang dilahirkan di Mumbai, India pada 21 September 1980 ini.\r\n\n\n\n\r   Kerap disogok watak serupa, Kareena menerima kritikan hebat membuatkan dia bingkas mencari peranan mencabar supaya tidak terus dibelenggu dalam peranan stereotaip. Serlahan bakat sebenar Kareena dapat dilihat selepas melakonkan watak pekerja seks dalam Chameli pada 2004 yang menjadi titik permulaan untuk dia meneroka peranan berat. \r\r\n\n\n\n\n    Dua filem seterusnya iaitu Dev (2004) dan Omkara (2006) memperlihatkan keunggulan Kareena untuk berada dalam senarai utama aktres pilihan. Lalu, bukan sesuatu yang mustahil jika hari ini, Kareena selesa menuai pelbagai tawaran lumayan termasuk terbaru, menerima peratusan keuntungan daripada filem yang bakal dibintanginya, Heroine.\rTawaran itu sekali gus meletakkan Kareena dalam senarai eksklusif superstar Hollywood yang menerima bayaran lumayan daripada hak cipta filem.\rIa bergantung kepada projek dan pelakon itu sendiri. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana perancangan itu disusun. Namun bersesuaian bajet dikeluarkan, saya akui menerima bayaran agak lumayan tetapi keuntungan bukan milik saya seorang, sebaliknya akan dikongsi bersama, katanya. \rKalendar 2011 bakal ditutup Kareena dengan pencapaian cemerlang apabila dua filem yang menampilkannya sebagai watak utama, Bodyguard dan Ra.One mencatat kutipan luar biasa. Sebelum memberi persetujuan membintangi Heroine, Kareena pernah dilamar dua kali tetapi ditolak penerbit yang tidak bersetuju dengan bayaran ditetapkannya.\r\n\n\n\rBagaimanapun, isu itu berjaya diselesaikan dan Kareena dilaporkan menerima habuan besar melebihi RM4.2 juta, mengatasi Aishwarya Rai Bachchan untuk diletakkan sebagai aktres dengan bayaran paling lumayan.\rSaya tidak pernah membincangkan isu bayaran di media namun untuk Heroine, saya cuma menerima apa yang sepatutnya saya terima, katanya.\rAishwarya pada asalnya menjadi pilihan membawakan watak utama dalam filem itu, namun Kareena dipilih sebagai pengganti apabila bekas Ratu Cantik Dunia 1994 mengumumkan kehamilannya.\rKarakter dalam filem itu tidak jauh beza dengan diri saya, jadi saya berharap dapat membawakan watak itu dengan baik, katanya yang memulakan penggambaran Heroine, akhir bulan lalu.\rApa yang diterima Kareena itu tidak mengejutkan penggiat industri perfileman Bollywood, apatah lagi dia memiliki trek rekod filem pecah panggung yang mengagumkan. Persoalannya, apakah cara Kareena itu akan mencipta satu trend baru kepada dunia perfileman Bollywood?           \rPenerbit-pengedar filem, Shyam Shroff yang pernah menghasilkan filem seperti Chandni Bar berkata, konsep itu tidak akan berhasil di India.\rCuba ambil contoh lima filem yang meraih pendapatan tertinggi sepanjang lima tahun lalu, kemudian nilaikan sumbangan yang dilakukan oleh pelakon utama wanita dalam produksi berkenaan, katanya.\rFaktor lain, katanya, sifat kurang telus yang diamalkan sebahagian besar pemain industri perfileman di negara itu menyebabkan perkongsian keuntungan sulit untuk dilakukan.\rCara pengendalian bisnes di sini mendesak pengamalnya supaya berurus niaga dengan menerima pendahuluan, berbanding menanti keuntungan jangka panjang, katanya.\rBiarpun diletakkan dalam kelompok antara artis wanita yang menerima bayaran tertinggi, namun apa yang diperoleh Kareena itu cuma separuh pendapatan sepupunya, aktor Ranbir Kapoor. Tetapi itu tidak bermakna Bollywood mengenepikan peranan pelakon wanita kerana Madhuri Dixit dilaporkan pernah menerima bayaran melebihi pelakon utama lelaki dalam beberapa filem dibintanginya.\rNamun, keselesaan itu tidak menjadi ruang untuk mereka beraksi di layar perak. Nama Aishwarya pernah digugurkan daripada sebuah produksi dan diganti Amisha Patel apabila dia dikatakan meminta bayaran mencecah RM600,000 untuk 10 hari penggambaran di Mangal Pandey.\rPeningkatan bayaran di kalangan aktres menyebabkan ramai penerbit mengeluh. Kebanyakan mereka berpendapat,  sebahagian besar pelakon utama wanita tidak layak menerima bayaran diminta.\rMampukah pelakon wanita hari ini menarik penonton untuk memenuhi pawagam pada hari pertama tayangan. Saya memang mengagumi Kareena. Tetapi dia hanya akan berjaya apabila digandingkan dengan Shah Rukh Khan, Salman Khan atau Aamir Khan, kata penulis veteran filem, Udaya Tara Nayar.\rBarangkali kerana tanggapan itu, kebanyakan pelakon wanita hari ini berani keluar daripada kepompong selesa dan mencuba watak sukar bersesuaian dengan bayaran diterima. Katrina Kaif umpamanya, bukan saja terpaksa bergelut melancarkan pertuturannya, namun turut menerima peranan luar biasa dalam Rajneeti.\rPriyanka Chopra pula sedia berdepan risiko besar dengan membintangi filem 7 Khoon Maaf, manakala Kareena mencabar diri membawakan watak pelakon schizophrenia dalam Heroine. Namun, jika dibandingkan bayaran diterima aktres Hollywood, jumlah yang diterima mereka tidak terlalu besar hingga menimbulkan perdebatan media.\rHarga Angelina Jolie jauh lebih tinggi daripada apa diterima mereka yang mendapat bayaran tertinggi di Bollywood, kata Kareena yang turut menjadi pilihan pengiklan sebagai duta produk.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.048435 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list