CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 101|Reply: 0

Iran siar pesawat AS ditembak

[Copy link]
Post time 10-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tehran dakwa kapal peninjau  teknologi tinggi cabul ruang udaraTEHRAN: Stesen televisyen Iran semalam menayangkan video  pesawat kawalan jauh berteknologi tinggi Amerika Syarikat yang  didakwa ditembak tenteranya awal minggu ini dan membuat aduan diplomatik berhubung pencabulan ruang udaranya.\rRakaman  dua minit itu menunjukkan pegawai tentera Iran memeriksa  pesawat kawalan jauh RQ-170 Sentinel, dan menawarkan bukti pertama Tehran menawan pesawat itu. Pesawat berkenaan bagaimanapun, tidak mengalami kerosakan.\r\n\n\n\n\rKetua bahagian angkasa lepas Pengawal Revolusi Iran, Jeneral Ami Ali Hajizadeh, mendakwa tentera Iran menembak jatuh pesawat peninjau itu dengan peralatan elektronik, menyebabkan kerosakan minimum kepada pesawat.\r\r\n\n\n\n\nIa ditembak jatuh menerusi operasi bersama Pengawal Revolusi dan tentera Iran, katanya kepada televisyen.\rTehran menggunakan rakaman video itu untuk melancarkan propaganda dan kain rentang di kaki pesawat  dalam video itu berbunyi Amerika tidak boleh melakukan perkara terkutuk - kenyataan bekas pemimpin tertinggi negara itu, Ayatollah  Khomeini. Satu lagi kain rentang dicetak seperti bendera Amerika tetapi bintang diganti dengan tengkorak.\rDi WASHINGTON, jurucakap Pentagon, Kapten John Kirby, berkata tentera Amerika dan beberapa pihak lain masih mengkaji imej itu tetapi tidak memberi  kenyataan.\rSetiausaha Akhbar Pentagon, George Little, berkata Jabatan Pertahanan tidak akan menyebut sama ada imej berkenaan adalah pesawat kawalan jauh Amerika.\rSementara itu, Kementerian Luar Iran memanggil Duta Switzerland semalam untuk membantah pencerobohan ruang udara Iran oleh pesawat berkenaan, menurut laporan televisyen. Ia menyebut kementerian menuntut penjelasan dan pampasan daripada Washington.\rAmerika dan Iran tidak mempunyai hubungan diplomatik dan Switzerland mewakili kepentingan Amerika di Iran.\rIran melaporkan kejadian itu Ahad lalu tetapi tidak menyatakan bila ia berlaku. \rKetika itu, agensi berita rasmi IRNA berkata pasukan bersenjata Iran menembak jatuh pesawat peninjau itu, dakwaan yang kemudian ditolak pegawai Amerika yang berkata ia terhempas hujung minggu lalu tetapi tiada petunjuk ia ditembak.\rRadio Iran berkata pesawat kawalan jauh itu dikesan di bandar Kahsmar di timur Iran, kira-kira 225 kilometer dari sempadan dengan Afghanistan. - AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Apa sebenarnya Anxiety?
adila39Apa sebenarnya Anxiety?
Views : 11346 Replies : 7
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 119346 Replies : 3084
Telah menghabiskan simpanan mereka atau terpaksa berhutang hanya untuk membayar ejen bagi dokumentasi,Menteri Bangladesh Rayu Kerajaan Malaysia Benarkan 17,000 Abangla Masuk Bekerja
YgBenarTelah menghabiskan simpanan mereka atau
Views : 8141 Replies : 9
MADAME WEB
SY_MumiMADAME WEB
Views : 5056 Replies : 12
BEETLEJUICE BEETLEJUICE
SY_MumiBEETLEJUICE BEETLEJUICE
Views : 3133 Replies : 1
Herbal Improved Cream For Big Butt & Small Breat in Midrand,Modderfontein+27791574740 Orange Farm,RandburgSouth africa
shifahHerbal Improved Cream For Big Butt & Sma
Views : 2845 Replies : 1
Max Curve Women Creams And Pills in Roodepoort,Sandton,Soweto,Naturena South Africa+27791574740
shifahMax Curve Women Creams And Pills in Rood
Views : 3338 Replies : 1
Azizulhasni bersara dengan tenang jika rangkul pingat emas di Olimpik Paris
prettygoodAzizulhasni bersara dengan tenang jika r
Views : 8434 Replies : 1
[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
doubleA[Takziah] Pyan Habib meninggal dunia
Views : 24149 Replies : 28
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 185474 Replies : 1709

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.046064 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list