CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 119|Reply: 0

13 terbunuh pesawat jatuh atas sekolah

[Copy link]
Post time 11-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kapal terbang mohon mendarat cemas terbakar sejurus terhempasMANILA: Sekurang-kurangnya 13 maut, termasuk dua kanak-kanak apabila sebuah pesawat ringan terhempas ke atas bangunan sebuah sekolah berhampiran ibu negara Filipina semalam selepas juruterbangnya memohon melakukan pendaratan kecemasan sejurus berlepas.“Pesawat malang itu terbakar selepas terhempas”, kata Datuk Bandar Paranaque, Florencio Bernabe.\n\n\n\nTiada kelas diadakan ketika kejadian tetapi pegawai masih menentukan berapa ramai mangsa di darat yang cedera atau terbunuh.\n\n\n\n\nBarnabe berkata pasukan bomba melaporkan pihaknya menemui mayat   rentung  maut termasuk juruterbang dan pembantunya. Bagaimanapun, kedua-dua mereka berada dalam pesawat.Inspektor Kanan Polis, Dennis Sirilan, berkata api  merebak dengan cepat  ke rumah setinggan berhampiran sekolah selepas pesawat dua enjin itu terhempas.Sirilan berkata, beliau melihat pesawat itu berlegar di udara sebelum terjunam ke atas Sekolah Rendah F Serrano, yang rosak teruk akibat kebakaran.Pasukan bomba lambat tiba di tempat kejadian berikutan keadaan jalan sempit. Kesan kebakaran masih  dapat dilihat di kawasan itu selepas api berjaya dikawal tiga jam kemudian.\n\n\nSetiausaha Agung Pertubuhan Palang Merah Filipina, Gwen Pang, berkata seorang bayi dan seorang kanak-kanak antara yang terkorban. Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10 mangsa dibawa ke hospital, termasuk lima yang mengalami kebakaran teruk.Ketua Pihak  Berkuasa Penerbangan Awam, Ramon Gutierrez, berkata pesawat Beechcraft Queen Air yang mempunyai enam hingga lapan tempat duduk itu melakukan panggilan kecemasan sejurus berlepas dari Manila ke Pulau Mindoro. Ia terhempas sebelum sempat pulang ke lapangan terbang. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 1.644994 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list