CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 120|Reply: 0

Pakistan, Taliban berdamai

[Copy link]
Post time 11-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan  berani bakal keruhkan lagi hubungan Washington, IslamabadPESHAWAR: Timbalan Komander Taliban Pakistan, yang melancarkan perang terhadap kerajaan selama empat tahun, mengesahkan kedua-dua pihak terbabit dalam rundingan damai, usaha yang dilihat bakal mengeruhkan lagi hubungan Amerika Syarikat dan Pakistan.\r“Rundingan kami berjalan lancar. Jika rundingan berjaya dan kami menandatangani perjanjian di Bajaur, kerajaan dan Taliban di kawasan lain seperti Swat, Mohmand, Orakzai dan Waziristan Selatan juga akan menandatangani perjanjian. \r\n\n\n\nBajaur akan menjadi model kepada kawasan lain,” kata komander Taliban Pakistan di Bajaur, dan tokoh nombor pergerakan itu secara keseluruhan, Maulvi Faqir Mohammad.\r\rPenghujung September lalu, kerajaan Pakistan berikrar memberikan peluang kepada keamanan dan berunding dengan militan di negara itu. Tiada komen yang diperoleh daripada kerajaan sama ada rundingan itu sedang dijalankan.\r\n\n\n\n\n\rAmerika Syarikat, sumber bantuan penting bernilai berbilion-bilion dolar kepada tentera dan ekonomi Pakistan, tidak menunjukkan rasa senang berhubung dengan dengan kumpulan Tehrik-e-Taliban Pakistan (TTP), yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas.\rFaqir berkata, kerajaan menyedari tindakan ketenteraan tidak akan membawa penyelesaian kepada konflik di Pakistan.\r“Kami tidak berhasrat memerangi tentera sendiri dan memusnahkan negara kami. Ada perkembangan dalam rundingan tetapi kerajaan perlu menunjukkan fleksibiliti dalam pendirian dan mengembalikan kepercayaan Taliban dengan membebaskan tahanan serta menghentikan tindakan ketenteraan ke atas mereka,” katanya.\rFaqir berkata, Pakistan membebaskan 145 anggota kumpulan itu sebagai tanda muhibah dan militan berjanji mengadakan gencatan senjata. Dia menambah, Pakistan dan Afghanistan perlu bersatu menentang apa yang disifatkannya pencerobohan oleh orang bukan Islam.\rTTP, yang bersekutu dengan Taliban di Afghanistan memerangi tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) diketuai Amerika, berkubu di sepanjang sempadan kedua-dua negara.\rIa berikrar untuk menumbangkan kerajaan Pakistan selepas tentera memulakan operasi terhadap TPP. – Reuters\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.162505 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list