CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

UNESCO kibar bendera Palestin

[Copy link]
Post time 12-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PARIS: Bendera Palestin bakal berkibar di ibu pejabat UNESCO esok, lebih sebulan selepas penyertaannya ke dalam agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mengundang kemarahan dan reaksi tidak senang Amerika Syarikat dan Israel.\rPresiden Mahmoud Abbas akan ke Paris untuk menghadiri majlis itu, yang menjadi punca Washington menarik balik dana kepada UNESCO, dan dilihat oleh banyak pihak sebagai langkah awal Palestin untuk mendapatkan keanggotaan PBB.\r\n\n\n\n\rPresiden Abbas mahu menunjukkan kepentingan hubungan dengan UNESCO. Ini adalah kali pertama bendera akan dikibarkan di ibu pejabat institusi PBB, kata seorang diplomat Palestin.\r\r\n\n\n\n\nUNESCO berkata, majlis pengibaran bendera itu adalah upacara simbolik menandakan kemasukan Palestin  dalam organisasi itu yang dilakukan setiap kali ia menerima anggota baru.\rPalestin diterima masuk ke badan dunia itu lewat Oktober lalu, apabila perhimpunan agung UNESCO mengundi 107 untuk menerima wilayah itu sebagai anggota ke-195 berbanding 14 yang menentang.\rKeputusan itu menaikkan kemarahan Amerika, sekutu kuat Israel, yang berkata Palestin mesti mencapai persetujuan perjanjian damai dengan Israel sebelum boleh menjadi anggota penuh organisasi antarabangsa.\rWashington segera menggantung dana kepada badan PBB itu, yang memilih dan memantau tapak Warisan Dunia dan berfungsi dalam bidang sastera dan kebebasan media kepada isu sains dan alam sekitar.\r\n\n\n\rPresiden Barack Obama berkata, dia sudah menjelaskan dengan tegas kepada Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, meluah kekecewaan Amerika kerana Paris menyokong usaha Palestin menjadi anggota UNESCO.\rTindakan Amerika membekukan dana menyebabkan UNESCO kehilangan 22 peratus daripada bajetnya, kerugian AS$65 juta (RM204 juta) tahun ini dan kekurangan AS$143 juta (RM449 juta) untuk tahun 2012 hingga 2013. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.064354 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list