CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 125|Reply: 0

Mencari pengarah muda

[Copy link]
Post time 15-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Peruntukan RM1 juta menunggu pemenang program 1Impian\rTIDAK mahu melihat bakat pengarahan golongan muda terbiar begitu saja di laman YouTube, pengarah dan penerbit filem terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mewujudkan program TV realiti, 1Impian, bagi mencungkil bakat belia yang terdiri daripada penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).\r\n\n\n\n\rProgram yang akan dikendalikan 1Malaysia TV itu pastinya menyuntik semangat golongan belia untuk bersaing dalam penghasilan filem bermutu, seterusnya merebut peruntukan RM1 juta di samping mengangkat mereka sebagai pengarah muda.\r\r\n\n\n\n\nPemenang program berkenaan akan diberikan peluang mengarah sendiri filem mereka dengan peruntukan dalam bentuk kos produksi, di samping penggunaan kelengkapan peralatan penggambaran yang disediakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).\rBagaimanapun, program itu hanya terbuka kepada golongan belia yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dan mempunyai idea menarik dalam penghasilan filem pendek.\rMenurut Idham, setiap karya yang dihantar akan diadili juri profesional, termasuk dirinya sendiri. Karya mereka akan dinilai dari segi kreativiti, bukannya teknikal sesebuah filem.\r“Penyertaan ini terbuka kepada semua golongan belia tidak kira penuntut IPT atau sebaliknya, tetapi mestilah mempunyai keaslian idea mereka sendiri dan karya yang dimuat naik itu mestilah berdurasi antara tiga hingga lima minit saja.\r\n\n\n\r“Filem pendek yang dihasilkan perlu dimuat naik ke laman www.1impian.my untuk dinilai dan setiap muat naik akan dikenakan bayaran RM5,” katanya.\rPemilihan stesen TV terbabit sebagai penyiar program itu adalah kerana siarannya dapat ditonton di internet dan telefon anroid, yang menjadi medium terbaik untuk golongan belia.\rMengharapkan sambutan memberangsangkan daripada golongan belia seluruh negara, penyertaan yang sudah pun dibuka itu turut mengalu-alukan pembabitan penuntut Malaysia di luar negara.\r“Kita wujudkan program ini bagi mencungkil bakat golongan belia, bukannya untuk menciplak atau mengambil idea mereka. Kita berharap, dengan adanya program ini, ia akan menjadi platform bagi mereka mengembangkan lagi bakat yang ada.\r“Dengan cara ini juga mana-mana penerbit filem atau drama yang berminat untuk mengambil pengarah muda boleh berbuat demikian kerana mereka tidak terikat dengan kami selepas tamat program,” jelasnya.\rBagaimanapun hanya filem pendek berbahasa Melayu saja diterima dan tarikh tutup penyertaan akan dimaklumkan kelak melalui laman web terbabit.\rTanpa mengira genre filem dihasilkan, peserta bebas berkarya asalkan tidak melanggar undang-undang, keharmonian, perpaduan dan tata susila masyarakat Malaysia.\r“Jika penghasilan sesebuah filem pendek itu membabitkan lebih daripada seorang, kita hanya pilih seorang pengarah saja. Hanya seorang saja yang layak bagi setiap penyertaan.\r“Kita juga tidak mahu hadkan kreativiti mereka dalam berkarya atau meletakkan sebarang tema kerana ia akan menyempitkan idea mereka, sebab itu kita terima apa saja karya yang dihantar tetapi tidak berbaur perkauman mahupun seks,” terangnya. \rMengharapkan program terbabit akan menjadi pemangkin kepada pembangunan dan perkembangan industri perfileman negara, Idham mensasarkan lebih ramai bakat muda akan dapat diketengahkan, dengan idea baru dan segar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.867240 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list