CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Nuon Chea pertahan Khieu Samphan

[Copy link]
Post time 15-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Dakwa tak pernah dipanggil \'Brother Number Two\'PHNOM PENH: Bekas timbalan pemimpin Khmer Rouge memberitahu mahkamah jenayah perang Kemboja semalam bahawa beliau tidak pernah dipanggil \'Brother Number Two\', gelaran yang disifatkan sebagai \'terlalu besar\' bagi dirinya serta menolak seorang lagi tertuduh, Khieu Samphan bertanggungjawab mengarahkan berjuta-juta penduduk berpindah ketika era pemerintahan mereka di Kemboja.\n\n\n\nBeliau yang membuat pengakuan dalam perbicaraan terbabit bersama dua lagi anggota kanan lain yang terbabit dalam rejim 1970-an itu, Nuon Chea berkata tiada sistem hiraki nombor seperti itu dalam Khmer Rouge.\n\n\n\n\n\n“Saya bukan ‘Brother Number Two,” katanya yang berusia 85 tahun, walaupun mengakui dirinya timbalan setiausaha parti di bawah Pol Pot.Pemimpin tertinggi Khmer Rouge itu meninggal dunia pada 1998 dan dikenali ‘Brother Number One.’Beratus-ratus rakyat Kemboja memenuhi galeri awam untuk melihat Nuon Chea, yang mengenakan baju hitam dan jaket memberikan keterangan.“Gelaran ‘Brother Number Two’ terlalu besar bagi saya,” kata tertuduh. “Saya tidak pernah menggunakan gelaran itu dan dalam parti tiada siapa yang menggunakan gelaran itu untuk memanggil saya,” katanya.Frasa pertama perbicaraan memberi tumpuan kepada arahan secara paksa supaya lebih dua juta penduduk berpindah dari Phnom Penh ke kawasan luar bandar.Nuon Chea berkata, keputusan itu tidak membabitkan pandangan daripada rakan beliau yang turut didakwa, Khieu Samphan.“Beliau langsung tidak terbabit dalam langkah perpindahan atau sesuatu yang membabitkan penduduk. Ia bukan tugas beliau,” kata Nuon Chea.Kelmarin, Khiew Samphan memberitahu hakim beliau tidak mempunyai kuasa sebenar dalam parti. Beliau yang mendapat pendidikan Perancis sentiasa menegaskan tidak mengetahui apa-apa termasuk pembunuhan beramai-ramai ketika pemerintahan mereka.Khmer Rouge dilaporkan mengosongkan kebanyakan bandar di negara itu, menghentikan penggunaan wang dan melarang sebarang kegiatan agama.Gerila itu juga dianggap bertanggungjawab membunuh hampir suku daripada penduduk melalui program yang menyebabkan kebuluran, buruh paksa atau pembunuhan dalam usaha mewujudkan masyarakat pertanian.Nuon Chea, bekas Menteri Luar Ieng Sary dan bekas ketua negara, Khieu Samphan menafikan dakwaan melakukan jenayah perang, penghapusan kaum dan jenayah kemanusiaan atas pembabitan mereka dalam rejim yang dipersalahkan atas kematian lebih dua juta penduduk.Perbicaraan ketiga mereka yang sekian lama dinantikan dilihat penting sebagai menyembuhkan luka lama di negara yang masih lagi trauma akibat pemerintahan gerila itu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.602093 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list