CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 144|Reply: 0

AS akhiri misi di Iraq

[Copy link]
Post time 16-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BAGHDAD: Selepas hampir sembilan tahun, sekurang-kurangnya 4,500 rakyat Amerika Syarikat maut, 32,000 cedera dan lebih AS$800 bilion dibelanjakan, kata pihak berkuasa negara itu yang secara rasmi bersiap sedia untuk menamatkan misinya di Iraq.\rSetiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Leon Panetta tiba di negara itu semalam bagi menyertai satu majlis simbolik di mana bendera tentera Amerika Syarikat-Iraq secara rasmi diturunkan, mengikut tradisi tentera.\r\n\n\n\n\r   Ketika singgah  di Afghanistan minggu ini, Panetta berkata bahawa Amerika Syarikat boleh berbangga dengan misi mereka yang tamat di Iraq sambil menyifatkan kos bagi membiayai perang terbabit memang berbaloi.\r\r\n\n\n\n\n   “Kita menumpahkan banyak darah di sana. Ia bertujuan mencapai satu misi menjadikan negara berdaulat dan bebas dan mampu untuk memerintah dan mengawal keselamatan sendiri,” katanya.\rBeliau berkata ia adalah satu sumbangan kepada semua pihak yang berjuang dalam perang demi mencapai misi yang diinginkan.\rPanetta mengulangi janji Presiden Barack Obama bahawa Amerika merancang untuk meneruskan kehadiran diplomatik di Iraq, memupuk hubungan yang mendalam dan berkekalan. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.222962 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list