CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Waspada ancaman Red Devils

[Copy link]
Post time 20-12-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
  Mancini  ingatkan anak didik bersedia  berdepan cabaran getir United \rMANCHESTER: Roberto Mancini mengingatkan anak buahnya betapa Manchester City terus berdepan cabaran getir hingga akhir musim daripada Manchester United dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).\r\n\n\n\n\r   United buat seketika mengambil alih skuad berbelanja besar City di persada liga selepas menewaskan Queens Park Rangers 2-0 kelmarin, sebelum barisan Mancini kembali merampas takhta susulan kemenangan 1-0 ke atas Arsenal.\r\r\n\n\n\n\n   David Silva menjaringkan gol kemenangan — yang juga gol ke-50 City dalam Liga Perdana musim ini — bagi membolehkan kelab itu kekal mendahului dua mata di persada dan menyaksikan pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengisytiharkan peluang pasukannya untuk merebut mahkota kejuaraan kian tipis.\rTetapi menjelang musim perayaan yang sibuk, Mancini memberitahu anak buahnya supaya bersedia untuk bertempur hingga akhir musim dengan juara bertahan United.\r“Kami tidak boleh berfikir kami akan menang kejuaraan tanpa tentangan United,” kata Mancini. “Mustahil. Kami mahu kekal di atas selama-lamanya — tidak hanya sehingga Krismas,” kata pengurus kelahiran Itali itu.\rCity, yang akan melayan kunjungan Stoke Rabu ini, mempamerkan kebangkitan sempurna ketika menentang Arsenal selepas rekod tanpa kalah dalam liga sejak awal musim dirobek Chelsea Isnin lalu.\r\n\n\n\rRembatan Pablo Zabaleta terkena palang tetapi Silva menjaringkan gol kemenangan yang juga gol kelimanya.\rKekalahan kepada City menyaksikan Arsenal tercicir 12 mata di belakang pendahulu itu dan Wenger mengakui, sukar untuk Gunners memenangi kejuaraan.\r“Sukar untuk merapatkan jurang dengan City sekarang, tetapi kami akan cuba,” kata Wenger, yang kehilangan pertahanan Johan Djourou yang cedera pangkal paha, sekali gus terpaksa diketepikan tiga minggu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.431533 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list