CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

KBS tidak mahu campur tangan

[Copy link]
Post time 27-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta persatuan negeri dan kelab supaya mematuhi syarat ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung proses pendaftaran pemain import bagi memastikan kelicinan perjalanan perlawanan Liga M musim depan.\rAhmad Shabery berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak mahu campur tangan kerana ia sekadar menjadi pemerhati atau orang tengah saja dalam kemelut itu.\r\n\n\n\n\r   \"FAM berhak menguatkuasakan sebarang peraturan yang dibuatnya namun persatuan negeri dan kelab boleh kemukakan rayuan kepada FAM untuk didengar dan dipertimbangkan,\" katanya di Kemaman, Terengganu semalam.\r\r\n\n\n\n\n   Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin, FAM tidak akan melayan rayuan kelab dan persatuan negeri sebaliknya meminta persatuan membuat pendaftaran dalam jendela kedua yang akan dibuka pada April depan. \r\"KBS tidak boleh campur tangan sebarang masalah yang timbul antara persatuan negeri dan kelab dengan FAM. Secara peribadi saya harap sebarang isu berkaitan pemain import negeri dan kelab yang timbul mesti diselesaikan dengan baik bersama FAM,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.396206 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list