CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

Mbele beri Selangor harapan pulih lebih awal

[Copy link]
Post time 28-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENYERANG import Selangor dari Congo, Lelo Mbele memberi harapan untuk pulih lebih awal daripada jangkaan apabila turun menjalani latihan penuh buat kali pertama di Padang SUK, Shah Alam, petang kelmarin.\rMbele, 24, sebelum ini menghadirkan resah kerana belum pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan otot depan paha kirinya, Julai lalu, ketika menyarung jersi kelab Libya, Al-Nasr Benghazi.\r\n\n\n\n\r  Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Mbele turun berlatih tanpa menunjukkan sebarang masalah selepas tiga minggu dia menjalani latihan pemulihan dan dijangka dapat diturunkan untuk perlawanan sebenar, tiga minggu lagi.\r\r\n\n\n\n\n  “Banyak peningkatan saya nampak berbanding ketika dia datang pada hari pertama latihan (5 Disember lalu). Dia kini tidak menunjukkan sebarang kesakitan, cuma perlu meningkatkan tahap kecergasannya selepas lima bulan tidak beraksi.\r“Tapi saya tak mahu paksa, biarlah dia benar-benar bersedia. Sepanjang ketiadaannya, saya akan sandarkan harapan kepada penyerang tempatan yang ada iaitu Amri Yahyah, R Surendren dan Wan Hoesne Wan Hussain,” katanya ketika dihubungi, semalam.\rSelangor sudah mengharungi enam aksi persahabatan dengan mencatat lima kemenangan - Sime Darby 2-0, MP Muar 5-0, Polis 3-0, MP Muar 2-1 dan Johor 4-1, tetapi tewas 0-2 kepada Johor FC, Jumaat lalu.\r“Cuma saya agak pening memilih Asraruddin Putra Omar atau Nasriq Baharom bergandingan dengan Ramez Dayoub (import dari Lubnan) di posisi bek tengah kerana kedua-duanya bagus,” jelas Irfan.\r\n\n\n\rBaki tiga aksi persahabatan sebelum pertemuan sulung Liga Super menentang Negeri Sembilan di Paroi, 10 Januari depan, Selangor bertemu UiTM, malam tadi, disusuli Pahang (Jumaat ini) dan Pos Malaysia (3 Januari).\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052388 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list