CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 2

Impian menggunung Faizal

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengalaman 15 tahun dalam muzik, tapi belum sedia cipta lagu sendiri KELIBATNYA kerap kelihatan di televisyen, mengendalikan sekumpulan pemuzik profesional. Sebagai Pengarah Muzik untuk beberapa program hiburan yang menampilkan penyanyi popular negara serta yang terbaru Vokal...Bukan Sekadar Rupa, tugas Faizal Uzir boleh dianggap sebagai tulang belakang kepada sesebuah program itu.\n\n\n\nPincang muzik yang dipersembahkan, pincanglah juga keseluruhan program itu meskipun dari segi produksi dan artis yang membuat persembahan mempunyai reputasi yang bukan sembarangan. Bukan mudah menggalas tanggungjawab itu.\n\n\n\n\nMenurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Muzik dari UiTM Shah Alam ini, sebelum berada pada kedudukan sekarang, dia terlebih dulu menimba pengalaman dengan menjadi pemuzik pengiring untuk pelbagai acara hiburan.Sebaik tamat pengajian pada 1996, banyak membuat persembahan sebagai pemuzik undangan untuk beberapa acara membabitkan artis penyanyi seperti Mas Idayu dan Hattan. Dari situ belajar serba sedikit dan mencari pengalaman untuk dijadikan ilmu.Perkenalannya dengan pemuzik dan pengarah muzik, Helen Yap banyak mengubah kehidupan Faizal. Helen dianggap sebagai sifu dan juga mentornya dalam bidang ini. Bermula sebagai pemuzik biasa hinggalah diberi kepercayaan oleh pihak stesen untuk menjadi pengarah muzik program hiburan mereka. Program hiburan pertama sebagai pengarah muzik adalah rancangan hari raya Teratak Siti Nurhaliza kira-kira tahun.\n\n\nBercerita mengenai tugasnya itu, jejaka berusia 37 tahun ini berkata, antara perlu dilakukan adalah membuat susunan semula muzik untuk disesuaikan dengan persembahan seseorang artis itu.“Contohnya, kalau ada penyanyi tidak mahu intro sesebuah lagu itu seperti dalam cakera padat, saya akan menggubahnya. Begitu juga jika terdapat lagu yang disampaikan secara medley, kerja saya menyusun semula muzik itu mengikut apa yang dimahukan penyanyi terbabit.“Biasanya sebelum melakukan tugas itu, saya terlebih dulu mengkaji tahap suara mereka untuk disesuaikan dengan muzik yang hendak digubah. Biasanya hanya penyanyi yang tahu mengenai muzik saja yang akan saya layan. Jika tidak, saya akan buat sendiri,” kata Faizal yang pernah menganggotai kumpulan muzik Dominan.Antara penyanyi yang pernah mendapat sentuhannya adalah Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Ziana Zain,  Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah.“Diberi kepercayaan menjadi tulang belakang persembahan penyanyi ini ibarat satu ganjaran di atas kerja keras saya. Mereka adalah penyanyi yang sangat profesional,” kata Faizal yang menjadikan Datuk Ramli MS dan Aubrey Suwito sebagai idola.Impiannya selepas 15 tahun berkecimpung dalam bidang muzik ialah mahu melebarkan kebolehannya di peringkat Asia, sekurang-kurangnya di luar tanah air sendiri. Anak jati Kluang, Johor ini menyimpan hasrat untuk dikenali sehingga ke peringkat lebih tinggi dan meletakkan tempoh lebih lima tahun untuk dia merealisasikan impiannya itu.“Saya ingin dikenali seperti komposer dan pengarah muzik terkenal Indonesia, Erwin Gutawa. Sebelum itu, saya harus mempersiapkan diri terlebih dulu dengan mengisi pelbagai ilmu serta mengumpul pengalaman dalam bidang muzik,” katanya.Sekalipun bercita-cita besar seperti Erwin, tetapi Faizal tidak pula mempunyai impian mencipta lagu sendiri. Ia bertentangan dengan impiannya. Memberi alasan belum bersedia, tidak seharusnya ada pada diri Faizal yang mengaku sudah 15 tahun dalam bidang muzik. “Pernah juga saya mencuba untuk menulis lagu tapi hasrat itu terbantut kerana dalam fikiran saya terlalu banyak melodi yang harus dimuatkan dalam sesebuah lagu sehingga sukar untuk saya buat pilihan. “Seorang komposer dan juga penggubah lagu memang berbeza. Komposer akan mencipta apa saja melodi yang terlintas di fikirannya, manakala penggubah lagu begitu cerewet kerana terlalu banyak melodi yang ingin disumbat dalam sesebuah lagu itu. Jadi saya fikir, biarlah tugas mencipta lagu itu diberikan pada orang lain,” itulah alasan Faizal mengapa tidak bersedia menghasilkan karya sendiri.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2011 10:41 AM | Show all posts
ingatkan faizal tahir...  
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2011 11:27 AM | Show all posts
Reply 2# CikTigger


    i2 la pasalnye..ingatkn faizal tahir...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.054351 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list