CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 82|Reply: 0

‘Kami wajib menang’

[Copy link]
Post time 31-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Saya sudah melalui pelbagai pengalaman sepanjang karier: GiggsLONDON: Juara bertahan, Manchester United cuba memberi tekanan kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City apabila mereka melayan kunjungan pasukan tercorot, Blackburn di Old Trafford, malam ini.Menang atau seri bakal membolehkan United merampas tangga teratas liga daripada City yang hanya akan turun beraksi menentang Sunderland, malam esok memandangkan kedua-dua pasukan berjiran itu kini berkongsi 45 mata.\n\n\n\n  Bagi United, mereka wajib menang ke atas Blackburn bagi memberikan hadiah hari lahir terbaik buat pengurus mereka, Alex Ferguson yang genap berusia 70 tahun, hari ini dan tugas itu tampak mudah kerana Blackburn hanya menang dua kali selepas 18 perlawanan.\n\n\n\n\n “Syukur kami kembali mantap ketika ini. Saya sudah melalui pelbagai pengalaman sepanjang karier, apabila kamu mengalami prestasi buruk atau melepaskan peluang terbaik, kamu pasti tidak sabar menunggu perlawanan seterusnya untuk memperbaikinya,” kata pemain veteran United, Ryan Giggs.Sementara itu, pasukan di tangga ketiga, Tottenham bakal berkunjung ke Swansea, malam ini dengan semua mata tertumpu kepada Gareth Bale yang menyumbat dua gol ketika membantu Tottenham menewaskan Norwich 2-0, Selasa lalu.“Dia (Bale) cukup sempurna. Saiz badannya, kepantasannya, tenaganya serta sentuhan bolanya menjadikan dia seorang pemain cukup berbakat. Jika dia ingin dijual, pasti banyak pasukan terbaik dunia mahukan khidmatnya,” kata pengurus Swansea, Brendan Rodgers mengenai pemain sayap itu. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052657 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list