CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 93|Reply: 0

Bintang MU diarah bangkit, Chelsea angkat bendera putih

[Copy link]
Post time 2-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MANCHESTER: Alex Ferguson mahukan bintang Manchester United bingkas bangkit daripada kekalahan 3-2 kepada Blackburn, tatkala pengurus Chelsea Andre Villas-Boas pula mengakui prestasi buruk pada Disember hampir menutup peluang pasukannya memenangi Liga Perdana.Dua gol penyerang Nigeria Ayegbeni Yakubu mengejutkan United tetapi disamakan dengan dua gol jaringan Dimitar Berbatov. Namun prestasi hambar membolehkan pertahanan Rovers Grant Hanley menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-80.\n\n\n\n   “Ia amat mengecewakan, kami bagai tidak mempercayainya. Kita tak jangka keputusan seperti itu.\n\n\n\n\n   “Kita perlu bangkit sekarang, pada detik penting musim ini. Kita akan berkunjung ke Newcastle Rabu ini dan mahu memastikan pulang dengan kemenangan,” kata Ferguson.Sementara itu di sebalik prestasi buruk Chelsea termasuk tewas kepada 3-1 kepada Aston Villa kelmarin, pengurus Villas-Boas yakin kedudukannya sebagai pengurus pasukan tidak terancam.Villas-Boas berkata dia kecewa Chelsea gagal mengutip banyak mata pada Disember ketika beberapa pasukan yang mengejar kejuaraan liga turut tercicir mata.“Daripada apa yang berlaku, Arsenal cemerlang pada Disember, begitu juga Liverpool. Pasukan-pasukan lain tercicir mata tapi kita tak mengambil kesempatan daripadanya. Sukar bagi kita untuk berada dalam perspektif bagi menjuarai liga musim ini,” katanya. Chelsea akan bertemu Wolves hari ini. - AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.882524 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list