CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 113|Reply: 0

Cikgu Jan gigih cari ‘ramuan’

[Copy link]
Post time 4-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Menjelang aksi sulung Liga Super lawan Terengganu  10 Januari ini\rTIADA istilah ‘puas hati’ dalam kamus Norizan Bakar - sekali gus menyaksikan ketua jurulatih Perak itu bekerja keras dalam usaha mengemaskan pasukan menjelang Liga Super 2012 menentang Terengganu pada 10 Januari ini.\r\n\n\n\n\r “Banyak lagi kelemahan dan kepincangan dalam pasukan ketika ini dan ia harus diatasi segera,” katanya, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  Mengenai dua awang import - Lazar Popovic dan Michal Kubala - Norizan yang juga dikenali Cikgu Jan berkata mereka menunjukkan skil individu dan kemampuan tinggi tapi menambah kelebihan ini kurang bermakna andai mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan rentak pasukan. \r“Bola sepak ialah permainan berpasukan. Skil individu tidak akan membawa seseorang pemain ke mana-mana jika tanpa sokongan rakan lain.\r“Popo dan Kubala harus faham hakikat itu dan berusaha ke arah mencapai persefahaman dengan rakan lain,” katanya.\rPengendali itu bagaimanapun berpuas hati dengan komitmen pemain berusaha mempraktikkan apa yang diajar kepada mereka dalam perlawanan.\r\n\n\n\r“Petanda baik ialah pemain berusaha menunjukkan kemampuan mereka semasa perlawanan. Apa yang saya lihat ialah wujud persaingan sihat di kalangan setiap pemain untuk merebut tempat,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051207 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list